Monday, December 3, 2012

ADA APA DENGAN KOLAGEN

Bila selalu post tentang kolagen di FB ramai jugak kawan-kawan tanya apa itu kolagen.... wah rupanya ramai yang tidak tahu apa itu kollagen... jadi rasa gembira untuk menambah nilai untuk oran glain...saya share kan tentang kolagen ye.... ( alah sharing is caring kan..)

APA LAH KOLAGEN NI ERK?

Kolagen adalah salah satu protein yang bermolekul makro yang menyusun tubuh manusia
Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya. 

Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud bersifat lekat atau menghasilkan pelekat

 


Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

PENTING SANGAT KE KOLAGEN NI? ATAU APA ERK FUNGSINYA???



NAK TAHU DETAIL... SILA LAH BACA YANG KAT BAWAH NI JGN MALU2....
  • KOLAGEN menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
OK cukup sampai sini dulu. nanti kita sambung lagi ye pasal kollagen.......

ok ingat tau DIRI KITA KITA YANG JAGA........

                                                                Sharing is CARING....