Sunday, May 20, 2012

PICU MOTIVASI?


Best sangat dapat email dari irfan khairi..tentang MOTIVASI so jom kita check it out....

 
Apakah yang memotivasikan anda?
 
 

Ramai juga yang mendapat picu motivasi dari membaca buku-buku ilmiah. Dengan banyak membaca, ia umpama makanan kepada minda. Bila bertambahnya ilmu dalam sesuatu perkara, maka, motivasi juga turut bertambah.
 

 
Kita semua mempunyai cara memotivasikan diri yang berbeza. Tiada satu cara sahaja yang mesti kita ikut. Seperti saya, industri muzik menjadi picu motivasi saya. Ada juga yang jadikan filem sebagai picu motivasi seperti filem-filem yang memberi semangat seperti Rocky, Cinderelaman dan Chariots of Fire. Apabila menonton filem-filem sebegini, terus, motivasi memuncak dan bersemangat untuk lakukan sesuatu.
 



Picu kejayaan boleh menjadi apa sahaja yang memberi kesan emosi dan menarik minat kita. Juga, tidak semestinya satu sahaja picu, ia mungkin beberapa perkara yang boleh menjadikan kita bermotivasi, satu ketika, mungkin melalui muzik, ketika yang lain, mungkin keluarga, ada masa juga, mungkin ketika berjalan-jalan ditepi pantai di pagi hari menghirup udara segar!

 
 
 
 
Apabila anda telah mendapat jawapannya, rujuk kepada senarai tersebut dan ulang-ulang perkara yang menjadi picu semangat motivasi anda. Buat koleksi CD lagu, koleksi DVD, koleksi buku, dan keluar bersama orang yang disayangi atau apa sahaja yang menjadi picu motivasi anda untuk menggandakan kesannya berulang-ulang kali.

 
Setiap kali anda terasa lemah, tidak bersemangat dan hilang motivasi, lakukan perkara di atas! Gunakan picu motivasi yang terbaik untuk diri anda!





No comments: