Tuesday, April 10, 2012

RESEPSI GAYA SAYA: 365 TIP SIHAT DAN GAYA RASULULLAH


Hari ni genap sebulan beli buku ni, dan malangnya tak habis lagi..adui dashyat betul... Masa beli buku ni best kredit untuk Kedai Buku Pakar Kluang, sebab beli je terus siap disampulkan Plastik...pergg bagus terjaga buku..... syok betul..

Hari ni nak story sikit intipati buku ini tapi sebab buku ini terbahagi tiga bahagian, nak share bahagia kedua iaitu mengenai air..... jom check it out....


Menurut penulis buku ni, Fungsi air bukan setakat menghilangkan dahaga, tetapi penting bagi membantu pertumbuhan semula sel, proses metabolisme (sebab tu siapa nak kurus minum air banyak ye) dan medium pengeluaran toksik daripada tubuk kita.

Badan kita mesti mempunyai satu pertiga isi padu perut kita... tapi macammana nak sukat ye? hihihihi
Ok ni cara yang dikongsi oleh Penulis: (saya share utk manfaat bersama ye..... )

- minum air 250 milimeter air sejam secara rutin dan
-minum 20 minit sebelum makan dan
-500 milimeter air satu jam selepas makan.


AIR DAN KESUBURAN INDIVIDU....

Menurut Penulis juga.. Kekurangan air juga bakal menjejaskan kualiti sperma dan juga kuantitinya..dan jika dibiar berterusan dan tidak dijaga ianya akan menyebabkan kemandulan...

PENYAKIT DISEBABKAN KEKURANGAN AIR
Kekurangan air jug aboleh menyebabkan sakit berbahaya seperti:-
 kencing manis, batu karang, lupus, multiple sclerosis (dan leh klik sini), lelah, kegemukan, rematik, penuaan pramasa dan barah.

Dan akhirnya untuk renungan bersama..
Air sifatnya merakam, sebab itu dalam bacaan yaasin air digunakan, tujuannya untuk mengambil rakaman bunyi bacaan tersebut. dari sudut saintifik, ianya telah disahkan melalui kajian Prof Emoto. Kajian lain juga menunjukan, selain dari suara, air juga boleh merakam reaksi, gelombang hati dan tulisan.. oleh itu berhati2lah ketika dhadapan air/cecair dan makanan serta manusia yg juga 70% nya air agar kita tidak mengeluarkan kata2 yg jelek kerana rakaman kejelekan tersebut akan memakan diri kita sendiri apabila kita kemudiannya meminum air tersebut. Mulai sekarang, Fikir positif dan cakap positif.

 Rasanya tu je dulu nntsambung bahagian lain pula ye.... jangan malas-malas minum air....



No comments: