Thursday, April 26, 2012

KURUS DENGAN MUDAH..





hihihihihihi ok ni carta terbaru cara nak kurus gebu dan sihat....
sebagai seorang wanita, kesihatan kita memang sukar diramal. bila hormon kita tidak stabil kita senang gemuk dan melebar.... (ni pengalaman sendiri ye hihihi) selain itu kesihatan kita juga akan tergangggu....
Jangan duduk dan asyik bertanya sahaja kenapa lah jadi macam ni... tanpa usaha.. jadi marilah kita cari penyelesaiannya....

Selain dari makan, minum dan sapu kita juga hendaklah mendisplinkan diri kita dengan makan teratur... saya berusaha mengurangkan makan nasi, alhamdulillah ada hasilnya... minum air masak sekurangnya 3 liter sehari dan senaman yang paling bagus adalah aerobik ( saya aerobik ni tgk masa terluang.... kadang seminggu sekali pun susah) tapi saya leh pakai balik baju time anak dara you...time tu saiz M rap -rap je..sekrang saiz S plak rap rap ...dalam usaha nak pakai saiz S..

Ya Allah bantulah aku mendapat saiz S untuk pakaian ku.
Tiada had kuasa melebihi kekuasaaan Mu
Amin.

ok sebelum tidur..Reset dan Delete semua perkara negatif yang berlaku hari ini, dan programkan dalam minda agar kita akan berjaya untuk kurus esok hari....

JOM KURUS DENGAN MUDAH....
JANGAN MALU-MALU EMAIL / PM FB saya..

.

Tuesday, April 10, 2012

GIVE AWAY PERTAMAKU

Hai bila selalu join GA blog lain, terfikir nak buat GA sendiri gak.... jadi siapa berminat jom lah menyertainya.... Hadiah menarik menanti ada....

inilah hadiah nye.... apa ada dalam beg merah yang cute ini?

la praise skin care set (pencuci muka yg best, toner, sun protecter dan night cream) + masker, bio ever, make up mirror, headband, face towel & face cotton
Macammana nak join? ok ini prasyaratnya:-

1) Mesti follow blog jentayubiru dulu

2) Kemudian post kisah dan cerita mengenai GA ini di blog anda (kemudian jgn lupa tgglkan link ye)

3) Tu je syaratnya ..mudahkan..

Jadi marilah beramai-ramai menyertainya......  opss lupa tarikh tutup first GA ini adalah pada 30 hb Mei 2012.....

RESEPSI GAYA SAYA: 365 TIP SIHAT DAN GAYA RASULULLAH


Hari ni genap sebulan beli buku ni, dan malangnya tak habis lagi..adui dashyat betul... Masa beli buku ni best kredit untuk Kedai Buku Pakar Kluang, sebab beli je terus siap disampulkan Plastik...pergg bagus terjaga buku..... syok betul..

Hari ni nak story sikit intipati buku ini tapi sebab buku ini terbahagi tiga bahagian, nak share bahagia kedua iaitu mengenai air..... jom check it out....


Menurut penulis buku ni, Fungsi air bukan setakat menghilangkan dahaga, tetapi penting bagi membantu pertumbuhan semula sel, proses metabolisme (sebab tu siapa nak kurus minum air banyak ye) dan medium pengeluaran toksik daripada tubuk kita.

Badan kita mesti mempunyai satu pertiga isi padu perut kita... tapi macammana nak sukat ye? hihihihi
Ok ni cara yang dikongsi oleh Penulis: (saya share utk manfaat bersama ye..... )

- minum air 250 milimeter air sejam secara rutin dan
-minum 20 minit sebelum makan dan
-500 milimeter air satu jam selepas makan.


AIR DAN KESUBURAN INDIVIDU....

Menurut Penulis juga.. Kekurangan air juga bakal menjejaskan kualiti sperma dan juga kuantitinya..dan jika dibiar berterusan dan tidak dijaga ianya akan menyebabkan kemandulan...

PENYAKIT DISEBABKAN KEKURANGAN AIR
Kekurangan air jug aboleh menyebabkan sakit berbahaya seperti:-
 kencing manis, batu karang, lupus, multiple sclerosis (dan leh klik sini), lelah, kegemukan, rematik, penuaan pramasa dan barah.

Dan akhirnya untuk renungan bersama..
Air sifatnya merakam, sebab itu dalam bacaan yaasin air digunakan, tujuannya untuk mengambil rakaman bunyi bacaan tersebut. dari sudut saintifik, ianya telah disahkan melalui kajian Prof Emoto. Kajian lain juga menunjukan, selain dari suara, air juga boleh merakam reaksi, gelombang hati dan tulisan.. oleh itu berhati2lah ketika dhadapan air/cecair dan makanan serta manusia yg juga 70% nya air agar kita tidak mengeluarkan kata2 yg jelek kerana rakaman kejelekan tersebut akan memakan diri kita sendiri apabila kita kemudiannya meminum air tersebut. Mulai sekarang, Fikir positif dan cakap positif.

 Rasanya tu je dulu nntsambung bahagian lain pula ye.... jangan malas-malas minum air....



Kenapa cuti 11hb April 2012?

Hari ni cuti di tengah minggu..... mula-mula tak tahu tentang kewujudan cuti hari ini sebab tahun lepas tiada cuti hehhehehe yang kelakar siap terambil tarikh kes utk hari ini. Ok jangan risau dah ambil tarikh lain dah....

Hari ini cuti untuk apa ye? oh rupanya hari ini hari pertabalan DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke - 14, dan juga DYMM Sultanah Hajjah Haminah Hamidun sebagai SPB Raja Permaisuri Agong.

Yang menjadi sejarah adalah kerana Tuanku Sultan Abdul Halim dilantik untuk kali ke - 2 memegang jawatan sebagai SPB Yang Di Pertuan Agong. Pertama kali pada tahun 1970 - 1975

DIRGAHAYU TUANKU.....