Wednesday, February 1, 2012

KISAH BERUANG DENGAN PELUANG


BERUANG SEDANG MENCARI PELUANG.......


Hai hari ni nak kongsi satu kisah BERUANG DAN IKAN...saya dengar dari slot motivasi pagi di IKIM pagi tadi....

Seekor beruang sedang duduk di sebatang sungai mencari ikan untuk makanan walaupun dia tahu waktu itu bukan musim ikan. Lama Beruang tunggu tiba-tiba Bruang dapat seekor ikan kecil...Dan ikan tu merayu dan berkata kepada Beruang,
" Wahai beruang yang besar, lebih kau lepaskan aku, badanaku kecil kalau kau makan aku hanya dicelah-ceah gigi kau sahaja"
Beruang cakap: 'Jadi apa masalahnya?'
Ikan mejawab: Masalahnya rugi lah kau makan aku yang kecil, kalau kau lepaskan aku, bila aku dah besar sikit kau boleh cari aku semula dan masa tu badan ku yang besar sesuai dengan badan kau yang besar'
Tahu tak apa beruangjawab? jeng jeng jeng

Beruang Menjawab dengan memberi persoalan kepada Ikan: 'Wahai ikan, kau tahu kenapa badan aku besar? Badan aku besar sebab aku tidak pernah melepaskan apa juga peluang atau rezki yang datang kepadaku...

Maka tahulah Si Ikan bahawa, masanya telah tiba.....

Ok  apa agaknya moral atau intipati kisah beruang dan ikan ini? Em ianya adalah satu motivasi tentang bagaimana kita menghargai peluang yang datang dari sekecil peluang sehingga sebesar peluang....



LANGKAH PERTAMA BERMULA DARI DIRI KITA.........


Menurut ustaz BAdliSyah.. Untuk mnjadi seorang yang berjaya kita harus menjadikan peluang yang datang sebagai punca rezki dan kejayaan... Langkah seribu mesti bermula dari langkah pertama.



Kata-kata dari seorang pakar motivasi Inggeris: If the opportunity doesnt come you build the door... maksudnya sekianya tiada peluang yang datang kepada kita maka kita hendaklah membina pintu untuk mencipta peluang itu... 


Tersentak ketika saYa mendengar motivasi pagi ini, saya rasa selama ini saya telah banyak mensia-siakan peluang yang ada di depan mata saya tanpa sedar. Tapi Alhamdulillah ketika usia saya diakhir 20an ini saya tersedar dari lamunan, dan alhamdulillah saya telah berjumpa dengan sebuah pintu yang ada peluang untuk saya mencapai 5K = Kesihatan, Kebahagian, kekayaan, kecantikan dan keintiman berganda.. ALhamdulillah terima kasih Allah...

Sekarang saya akan sentiasa mencari peluang setelah saya berjumpa dengan 'dia'.... Terima Kasih Mentor, Terima Kasih Allah.

saya juga bersedia berkongi peluang kecil ini dengan sesiapa yang gemar meneroka peluang yang ada disekeliling mereka...

Free to Email Me: noorul_305@yahoo.com....

2 comments:

abu razeen said...

semalam adalah kenangan, hari ini masa untuk berjaya, besok adalah peluang. semoga pelangi itu dapat dikejar... tapi jentayu tu burung kan.. so takyah kejar terbang ajer

Noorul0206 said...

HUHUHUHU bestnye ayat-ayat tu... i like!!! walaupun jentayu boleh terbang tapi bila nak kan sesuatu dia tetap kena kejar... hihihihi