Monday, February 27, 2012

KATA-KATA IRFAN KHAIRI

Dah lama dah saya langgan Buletin Irfan Khairi ni bagaimana menjadi Jutawan.. kalau tak silap masa tu saya belajar lagi. Dan setiap bulan dapat buletin saya delete... tapi sejak menjak dua menjak di rajin pula membacanya... dan tiba-tiba saya rasa menyesal..kalau saya bertindak dari dulu tentu sekarang saya ....... hihihihihi tapi saya bersyukur, Alhamdulillah saya tersedar sekarang, jadi sekarang saya kena terbang dengan pecutan semaksimum boleh bukan lagi terbang makan angin ye...hihihihi jom kita share apa kata JUTAWAN MUDA ...

                                    
                                         SIKAP penentu segala-galanya
Oleh: Irfan Khairi

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.
Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.
Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.
Ubahkan sikap negatif kepada sikap yang lebih positif. Jadikan sikap yang cemerlang sebagai satu tabiat. Di mana, sampai satu tahap anda tidak perlu fikir atau usahapun untuk 'maintain' sikap tersebut. 

No comments: