Monday, December 3, 2012

ADA APA DENGAN KOLAGEN

Bila selalu post tentang kolagen di FB ramai jugak kawan-kawan tanya apa itu kolagen.... wah rupanya ramai yang tidak tahu apa itu kollagen... jadi rasa gembira untuk menambah nilai untuk oran glain...saya share kan tentang kolagen ye.... ( alah sharing is caring kan..)

APA LAH KOLAGEN NI ERK?

Kolagen adalah salah satu protein yang bermolekul makro yang menyusun tubuh manusia
Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya. 

Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud bersifat lekat atau menghasilkan pelekat

 


Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

PENTING SANGAT KE KOLAGEN NI? ATAU APA ERK FUNGSINYA???



NAK TAHU DETAIL... SILA LAH BACA YANG KAT BAWAH NI JGN MALU2....
  • KOLAGEN menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
OK cukup sampai sini dulu. nanti kita sambung lagi ye pasal kollagen.......

ok ingat tau DIRI KITA KITA YANG JAGA........

                                                                Sharing is CARING....

Tuesday, November 6, 2012

BB PLUS COLAGEN VS RAWATAN LASER

HAI SAYA NAK SHARE TESTIMONI SEORANG RAKAN SEPERJUANGAN SAYA..... JOM KITA TGK APA KATA BELIAU...

sEBAGAI SEORANG JURUTERA.....mendedahkan saya pada tindakan kasar Matahari pada kulit muka, saya mengalami jeragat yang sangat ketara. Sebelum ini saya pernah beberapakali melalui rawatan laser.

Adoi! You tak tidak tahu betapa sakitnya rawatan laser ini, selepas rawatan tiga hari tak boleh keluar rumah kulit terbakar … SAKIT! SAKIT! SAKIT! Tetapi dengan BBPlus … belum pun habis sekotak, lihatlah sendiri.

Kata orang, tak tumbuh tak melata … mana2 saya pergi ada saja yang menegur, abang yang jual telur kat pasar tu pun tanya apa yang I pakai kat muka!

Kalau BBPlus boleh mengatasi rawatan laser dengan harga yang jauh lebih murah, mengapatunggu lagi. Lagi pun Kologen BBPlus ini terbukti memulih, membinadan memperbaharui sel kologen dalam badan kita. hanya sepeket 5gm sehari sekali.

ITULAH TESTIMONI YANG SAYA NAK SHARE..... JADI APA TUNGGU LAGI RAWATAN LASER PUN TAK BOLEH LAWAN BB PLUS..... 

INGAT DIRI KITA KITA YANG JAGA....... JADI JGN LAMBAT CEPAT PM SAYA ..... ATAU SMS : 012-7298195...


Tuesday, October 2, 2012

KOLAGEN YANG BEST DAN MURAH

Wow, hari tu dapt cerita tentang ada satu produk baru... collagen yagn sedang hangat di pasaran.... kenapa ya dia menjadi hangat.... rupanya-rupanya sebab....

oh sebab rasanya yang sedap..superb rasa REBINA...adui sape tak suka RIBENA kan? class ko jah... hihihihi
Ianya ada campuranPATI ROSELLE dan ANGGUR...
 Yang Kedua; sebab KESAN NYA YANG CEPAT.. TAK SAMPAI HABIS SEKOTAK DAH ADA KESAN.....

Nak citer sikit pengalaman diri , sebelum ini saya prnah makan sejenis collagen.. emm 2 -3 kotak dah habis lum nampak hasilnya..... tapi kali ini memang teruja la....

OPSSS mesti nak tahu kan kenapa cepat sangat memberi kesan? ok kat bawah di kita citer ye..
cerita kenapa lah kolagen ikan BB PLUS COLLAGEN ini cepat memberi kesan.....
Perbezaan kollagen ikan dengan collagen yg lain


JADI KENAPA PERLU MEMILIH BB PLUS COLLAGEN INI?

1- Kolagen ikan yang digunakan dikelaskan sebgai Kolagen Jenis 2 yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia.

2- Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkankecantikan kulit dan kesihatan rawan ( rawan ialah sendi dan tulang kita)


BAGAIMANA BB PLUS BERTINDAK?

TIGA TINDAKAN.

1
MEMULIH
menggalakan pembersihan mikro, emngantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak atau lemah.

2
MEMBINA
menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida

3
MEMPEBEHARUI
menggalakan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru...

JADI APA TUNGGU LAGI, BOLEH DAPATKAN MELALUI SAYA SEGERA....
PROMOSI HEBAT SEHINGGA NOVEMBER:
BELI 4 KOTAK PERCUMA 1 KOTAK


UNTUK DAPATKAN WAJAH DAN KESIHATAN YANG MENARIK DAN BAIK.....


DIRI KITA KITA YANG JAGA.....

PM SAYA SEGERA: noorul_305@yahoo.com

Friday, September 21, 2012

VIDEO YOUTUBE SEBAGAI MOTIVASI

EN.Kanda yang bagi suh tengok dan hayati....... dari cuba nak tackle I sampai dah kahwin inilah cara en.kanda yang cukup sweet.... bagi lagu, bagi video..huhuhuhu jom kita hayati bait-bait ksah dari video ni...sebagai motivasi tuk diri yg kekadang terlupa dan alpa......

Watch "PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH" on YouTube

KEMANA HILANGNYA BABY SAYA?

Tajuk maca tajuk drama kemana hilangnya JUWITA kan? hhehheheheh ok ni drama versi saya.....Sedihkan bila yang dihajati Allah dah dimakbulkan, tapi kemudian allah ambil semula.... Apapun bersyukur dan redha kerana Kita tidak tahu apa perancangan Allah untuk kita, dan semestinya prancangan allah adalah lebih baik.

Sekali lagi, kandungan saya hilang.... tapi kali ini baru masuk 3 bulan...sebelum ni sempat 5-6 bulan, itu lagi lama hihihihihihi (aik sedih ke gmbira ni?) Masa kali pertama tu saya tak sempat rasa sedih, sebab masa tu memang diri sendiri pun tak terurus.... tapi kali ini saya rasa cukup cukup cukup sedih... Tapi alhamdulillah En Kanda sentiasa memberi ayat-ayat motivasi yang membuatkan saya rasa tenang....

allah sayangkan kita sebab tu dia uji kita, Dia nak naikkan martabat kita.... itu apa yg encik kanda bisik kat telinga terus ke hati saya.....  Bak kata ustaz yang ubat saya dia kata.... ok la tu tak payah g hospital cuci bagai... betul gak saya dah lah takut ngan hospital..Alhamdulillah....

Dengan hati yang terbuka dan redha, saya terima dan percaya allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kami selepas ini..... Amin..

* well lepas ni kena lah pakai balik bengkung beautiful I tu...... hihihihih


Monday, September 17, 2012

ASUS TRANSFORMER PAD... HIKMAH HP PAVILION SAYA KENA CURI?

ISK ISK sedih teramat sgt...bila rumah saya kena pecah masuk masa hari raya hari tu.... kiranya malam raya kami di balai polis buat laporan... aduihai laptop say sejal dari 2003 telah disamun oleh mereka pak-pak maling.... rasanya mereka lebih dari seorang.... selain dari dapat laptop kesayangan saya mereka juga dapat RM500.00 wang pelajar yg disimpan oleh En.Kanda...( aduhai masaknya nak menganti) lepas tu yg paling kelakar mata pisau cukur en.kanda juga menjadi mangsa..... huhuhuhuhuhuhu

Saya bersyukur kerana, rantai emas saya terselamat, duit tabung ayam saya juga terselamat...Alhamdulillah.. saya sedih sgt sgt sebab dalam laptop tu ada banyak data, artikel, assigment, tesis dan paling berharga byk giler gambar saya dari 2003 sampai sekarang, gambar waktu bertunang pun dalam tu, gambar nikah pun ada gak...(yg tak sempat2 saya cuci) aduhai....

Saya tak tahu adakah asus transformer ni hikmah kehilangan laptop hp pavilion saya? atau apa..... yang penting saya bersyukur atas ketentuannya...kerana kita merancang Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik.....

tapi.... saya rindukan segala-galanya tentang hp pavilion saya terutama segala kenangan danmemori yg terkandung di dalamnya.... aduhaiiiiiiiiiii......


BATU REFLEKSOLOGI?

hai hari ni nak cerita aktiviti kami waktu cuti hari Malaysia.... disebabkan kami yg menyarankan abah pasang batu refleksologi kat umah, jadi kami semua bertanggungjawab membantu abg mencacak batu-batu itu.... jom kita layanzzzz....






Thursday, August 16, 2012

DAN SEBENARNYA


terbaca di satu blog ini...saya suka...

SEBENARNYA.....



Monday, July 16, 2012

PEMENANG GIVEAWAY PERTAMAKU

Wah sudah banyak lama tertanguh.... maaf bukan sengaja tapi keadaan diri yang sedikit sibuk dan kesihatan yg terganggu menyebabkan cabutan undi asyik terganggu...Pastu nak tekan butang post tu asyik tak dapat je... jadi hari ini nak umumkan pemenang bagi : pertandingan main-main saya itu...  ok  jom kita lihat siapa yang kena.....


nama-nama BLog bersama pemilik ada kat dalam kertas yang warna-warni tu....

ok sekarang dah dapat keputusan...

                                                      SAYA PEMENANGNYA

bila saya teliti beliau adalah peserta pertama giveaway saya kali ini... tahniah MamaNajlaa..... nanti hubungi saya ye...

Dan atas kelewatan saya ini... saya ingin bagi satu lagi hadiah kepada seorang lagi peserta.... iaitu...



oK TAHNIAH KEPADA YANG BERTUAH....dan kepada pemenang sila hubungi saya ye......

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MENYERTAI DAN SABAR MENANTI KEPUTUSAN DIUMUMKAN......

Thursday, July 12, 2012

Samsung nexus

hai lama x post apa2.. ni nk test post via samsung en.kanda....

Wednesday, June 6, 2012

ON AIR DI RMJ 101.9


4HB JUN 2012, JAM 12.00 TENGAHARI HINGGA 12.30 DI RADIO MALAYSIA JOHOR 101.9 saya telah berpeluang ke udara bagi slot "tanyalah Pakar" hihihihihihi

Biasanya bos saya yang kena pegi, tapi memandangkan bos-bos saya semuanya terlibat dengan kursus, jadi saya telah di arahkan mengantikan mereka.. Pertama kali ke udara, mula-mula takut gak...tapi alhamdulillah sikit-sikit berjaya mengawalnya ..lain lah dengan ke udara di radio sekolah zaman sekolah dulu... lain sangat-sangat ye..huhuhuhuhhu
MY BIG BOSS SEDANG KE UDARA

Well dulu masa saya jadi DJ kat sekolah pernah juga berangan nak jadi DJ radio bila besar nnt...well tiada rezeki nak jadi DJ jadi tetamu pun ok lah....

Isu yang kami bawa kali ini adalah berkaitan dengan Perceraian di kalangan Orang bukan islam dan Orang Islam... nanti pada enrty yang akan datang saya share soalan dan jawapannya ye....
lepas ni turn saya plak...

Terima kasih kepada my big bos dan bos-bos (biasalah orang ramai bos) kerana memberi saya peluang ini... dan kepada yg menemani saya, hik hik ok jumpa lagi .. " Ku ke udara lagi..................." sambung sendiri ye

Saturday, June 2, 2012

ANGRY BIRD DATANG LAGI...



Erm apa citernya nie... kalau nak tahu klik gambar di atas ye.... huhuhuhuhu pengaruh angry bird telah menerebos ke dalam diri saya.... kih kih kih

PENAWAR DARAH TINGGI

Hai just nak share dengan kawan-kawan mengenai satu produk nie.... Hari tu saya beli Mineral Coffee untuk abah saya... yela asyik beli 3 in 1 yang di kedai tu, yang saya pernah membaca artikel bahawa ianya bahaya....

Selepas sebulan, saya terbaca testimoni seorang rakan bisnes yang memaklumkan bahawa kopi mineral ini telah membantu menurunkan darah tinggi ibunya.... wah Alhamdulillah daapt manfaat yagn tersirat... Saya terus telefon abah dan memaklumkan padanya... wah jawapan abah cukup membuat saya teruja...jeng jeng jeng... abah cakap: Ya lah abah pun rasa betul sebab semalam abah g check tekanan darah, doktor kata tekanan Darah tinggi abah turun..... alhamdulillah lega sangat....

Selain dari   ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat meng galakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Kalsium amat penting dalam menjaga tulang kita... dalam erti kata lain boleh membantu masalah osteoporisis..


“Tulang kita adalah tisu hidup. Ia membentuk struktur paling asas dalam badan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sungguhpun ia nampak keras, tulang kita sentiasa melalui proses penguraian dan pembinaan semula.

“Gaya hidup sedentari tidak membantu kesihatan tulang. Kita perlu mula mengambil langkah melindungi tulang sejak muda, sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya. Proses pembentukan semula tulang menggantikan tisu mati atau rosak membolehkan kita hidup sihat dan aktif,” katanya.

Menurutnya, kekurangan jisim tulang yang berterusan boleh mengakibatkan osteoporosis, satu proses yang tidak boleh dikembalikan.
“Satu-satunya cara untuk melindungi tulang kita sekarang ialah dengan mengamalkan diet seimbang dan gaya hidup sihat. Kita perlu bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat dan memastikan kita memenuhi keperluan kalsium harian diri.

 
ii) Garam buluh bersifat sangat beralkali..(remember : air zam zam di Mekah sangat tinggi alkali +-14 pH nya, Allah mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya) so ia akan neutralise asid berlebihan dalam badan kita (perut lapar/pedih sb asid) . That's why mereka yang minum di waktu pagi akan rasa kenyanggggg je sehingga tengahari..so kadang tu boleh skip lunch atau makan dlm kuantiti sedikit.. then petang minum lagi sekali so dinner takyah ambil banyak...Pastu senang nak membuang, so perut lega!! Kepada yg minum kopi leh jadi kembung perut..dgn kopi mineral - tidak lagi... Hmmm... meh secawen!!

iii) Sel2 badan kita buat 'kerja' secara optimum dlm keadaan yang beralkali, so sel2 yang dah tak berapa optimum buat kerja akan aktif balik...itu la pasal ada testimoni minum kopi mineral seminggu (2kali sehari)..yang kencing manis reduce sugar level dari 11 kepada 7 takhal org diabetis takut woo nak minum 3 in 1!! pastu kalau biasa2 ada bisa2 tumit dan lutut...pas minum hilang la pulak bisanya (itulah kerja asid)...

Em amacam..berbaloi tak dengan hanya minum kopi ini kita dpat 1001 khasiat... Semoga dengan usaha yang kecil Allah akan memberikan kita kesihatan yang baik agar kita dapat meneruskan kelangsungan hidup sebagai khalifah di bumiNya... amin..

Berapa harganya? tak mahal RM26.50 untuk 20 sachet.. berbaloi kan? berminat leh lah email : noorul_305@yahoo.com

Tuesday, May 29, 2012

MASANYA TELAH TIBA....



Ops...alamak hari ini dah 30hb lah..... hampir terbabas.... nasib baik alarm reminder semulajadi saya mengingatkan saya.. hehehhehe

 

Ok sekarang dengan rasminya saya menutup Pertandingan First GA saya ini... ok kepada semua yang sudi memeriahkannya tunggu ya pengumuman PEMENANG.......



Sunday, May 20, 2012

PICU MOTIVASI?


Best sangat dapat email dari irfan khairi..tentang MOTIVASI so jom kita check it out....

 
Apakah yang memotivasikan anda?
 
 

Ramai juga yang mendapat picu motivasi dari membaca buku-buku ilmiah. Dengan banyak membaca, ia umpama makanan kepada minda. Bila bertambahnya ilmu dalam sesuatu perkara, maka, motivasi juga turut bertambah.
 

 
Kita semua mempunyai cara memotivasikan diri yang berbeza. Tiada satu cara sahaja yang mesti kita ikut. Seperti saya, industri muzik menjadi picu motivasi saya. Ada juga yang jadikan filem sebagai picu motivasi seperti filem-filem yang memberi semangat seperti Rocky, Cinderelaman dan Chariots of Fire. Apabila menonton filem-filem sebegini, terus, motivasi memuncak dan bersemangat untuk lakukan sesuatu.
 



Picu kejayaan boleh menjadi apa sahaja yang memberi kesan emosi dan menarik minat kita. Juga, tidak semestinya satu sahaja picu, ia mungkin beberapa perkara yang boleh menjadikan kita bermotivasi, satu ketika, mungkin melalui muzik, ketika yang lain, mungkin keluarga, ada masa juga, mungkin ketika berjalan-jalan ditepi pantai di pagi hari menghirup udara segar!

 
 
 
 
Apabila anda telah mendapat jawapannya, rujuk kepada senarai tersebut dan ulang-ulang perkara yang menjadi picu semangat motivasi anda. Buat koleksi CD lagu, koleksi DVD, koleksi buku, dan keluar bersama orang yang disayangi atau apa sahaja yang menjadi picu motivasi anda untuk menggandakan kesannya berulang-ulang kali.

 
Setiap kali anda terasa lemah, tidak bersemangat dan hilang motivasi, lakukan perkara di atas! Gunakan picu motivasi yang terbaik untuk diri anda!





Saturday, May 12, 2012

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA..



Wah jeles-jeles bila tengok pelajar sekarang dapat baucer buku.... syiokkkk nye... ermmm citer ni dah lama tapi baru sekarang sempat update..nasib lah ye... (tak kira nak citer juga) huk huk huk Ok alhamdulillah En. Kanda I pun dapat tau baucer buku ni...jgn jeles you... wah sebab nak sangat beli buku ni guna baucer, saya minta ngan en.kanda... tukar dengan printer yang en kanda nak sangat....hi hi hi hi


alamak jari siapa tu? hehehehhehe


ni  la 4 buah buku yg saya beli... di Pakar BookStore Kluang. siap disampul tau.... gunakan 3 keping baucer....
satu lagi baucer saya simpan dan gunakan di BADAN BOOKSTORE ANGSANA....


Ok sekarang misi membeli telah selesai... sekarang misi membaca sedang bermula.... hihihihihihi dan saya telah menanam janji dalam diri yang saya tidak akan membeli buku baru dalam tempoh 5 bulan ini...

 JOM BACA!  :)

Thursday, April 26, 2012

KURUS DENGAN MUDAH..





hihihihihihi ok ni carta terbaru cara nak kurus gebu dan sihat....
sebagai seorang wanita, kesihatan kita memang sukar diramal. bila hormon kita tidak stabil kita senang gemuk dan melebar.... (ni pengalaman sendiri ye hihihi) selain itu kesihatan kita juga akan tergangggu....
Jangan duduk dan asyik bertanya sahaja kenapa lah jadi macam ni... tanpa usaha.. jadi marilah kita cari penyelesaiannya....

Selain dari makan, minum dan sapu kita juga hendaklah mendisplinkan diri kita dengan makan teratur... saya berusaha mengurangkan makan nasi, alhamdulillah ada hasilnya... minum air masak sekurangnya 3 liter sehari dan senaman yang paling bagus adalah aerobik ( saya aerobik ni tgk masa terluang.... kadang seminggu sekali pun susah) tapi saya leh pakai balik baju time anak dara you...time tu saiz M rap -rap je..sekrang saiz S plak rap rap ...dalam usaha nak pakai saiz S..

Ya Allah bantulah aku mendapat saiz S untuk pakaian ku.
Tiada had kuasa melebihi kekuasaaan Mu
Amin.

ok sebelum tidur..Reset dan Delete semua perkara negatif yang berlaku hari ini, dan programkan dalam minda agar kita akan berjaya untuk kurus esok hari....

JOM KURUS DENGAN MUDAH....
JANGAN MALU-MALU EMAIL / PM FB saya..

.

Tuesday, April 10, 2012

GIVE AWAY PERTAMAKU

Hai bila selalu join GA blog lain, terfikir nak buat GA sendiri gak.... jadi siapa berminat jom lah menyertainya.... Hadiah menarik menanti ada....

inilah hadiah nye.... apa ada dalam beg merah yang cute ini?

la praise skin care set (pencuci muka yg best, toner, sun protecter dan night cream) + masker, bio ever, make up mirror, headband, face towel & face cotton
Macammana nak join? ok ini prasyaratnya:-

1) Mesti follow blog jentayubiru dulu

2) Kemudian post kisah dan cerita mengenai GA ini di blog anda (kemudian jgn lupa tgglkan link ye)

3) Tu je syaratnya ..mudahkan..

Jadi marilah beramai-ramai menyertainya......  opss lupa tarikh tutup first GA ini adalah pada 30 hb Mei 2012.....

RESEPSI GAYA SAYA: 365 TIP SIHAT DAN GAYA RASULULLAH


Hari ni genap sebulan beli buku ni, dan malangnya tak habis lagi..adui dashyat betul... Masa beli buku ni best kredit untuk Kedai Buku Pakar Kluang, sebab beli je terus siap disampulkan Plastik...pergg bagus terjaga buku..... syok betul..

Hari ni nak story sikit intipati buku ini tapi sebab buku ini terbahagi tiga bahagian, nak share bahagia kedua iaitu mengenai air..... jom check it out....


Menurut penulis buku ni, Fungsi air bukan setakat menghilangkan dahaga, tetapi penting bagi membantu pertumbuhan semula sel, proses metabolisme (sebab tu siapa nak kurus minum air banyak ye) dan medium pengeluaran toksik daripada tubuk kita.

Badan kita mesti mempunyai satu pertiga isi padu perut kita... tapi macammana nak sukat ye? hihihihi
Ok ni cara yang dikongsi oleh Penulis: (saya share utk manfaat bersama ye..... )

- minum air 250 milimeter air sejam secara rutin dan
-minum 20 minit sebelum makan dan
-500 milimeter air satu jam selepas makan.


AIR DAN KESUBURAN INDIVIDU....

Menurut Penulis juga.. Kekurangan air juga bakal menjejaskan kualiti sperma dan juga kuantitinya..dan jika dibiar berterusan dan tidak dijaga ianya akan menyebabkan kemandulan...

PENYAKIT DISEBABKAN KEKURANGAN AIR
Kekurangan air jug aboleh menyebabkan sakit berbahaya seperti:-
 kencing manis, batu karang, lupus, multiple sclerosis (dan leh klik sini), lelah, kegemukan, rematik, penuaan pramasa dan barah.

Dan akhirnya untuk renungan bersama..
Air sifatnya merakam, sebab itu dalam bacaan yaasin air digunakan, tujuannya untuk mengambil rakaman bunyi bacaan tersebut. dari sudut saintifik, ianya telah disahkan melalui kajian Prof Emoto. Kajian lain juga menunjukan, selain dari suara, air juga boleh merakam reaksi, gelombang hati dan tulisan.. oleh itu berhati2lah ketika dhadapan air/cecair dan makanan serta manusia yg juga 70% nya air agar kita tidak mengeluarkan kata2 yg jelek kerana rakaman kejelekan tersebut akan memakan diri kita sendiri apabila kita kemudiannya meminum air tersebut. Mulai sekarang, Fikir positif dan cakap positif.

 Rasanya tu je dulu nntsambung bahagian lain pula ye.... jangan malas-malas minum air....



Kenapa cuti 11hb April 2012?

Hari ni cuti di tengah minggu..... mula-mula tak tahu tentang kewujudan cuti hari ini sebab tahun lepas tiada cuti hehhehehe yang kelakar siap terambil tarikh kes utk hari ini. Ok jangan risau dah ambil tarikh lain dah....

Hari ini cuti untuk apa ye? oh rupanya hari ini hari pertabalan DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke - 14, dan juga DYMM Sultanah Hajjah Haminah Hamidun sebagai SPB Raja Permaisuri Agong.

Yang menjadi sejarah adalah kerana Tuanku Sultan Abdul Halim dilantik untuk kali ke - 2 memegang jawatan sebagai SPB Yang Di Pertuan Agong. Pertama kali pada tahun 1970 - 1975

DIRGAHAYU TUANKU.....

Monday, March 5, 2012

BERJALAN DAN BERMUSAFIR

Berjalan bermusafirlah
Melihat keagungan Allah
Meninjau menitilah
Rahsia ciptaan Allah
Ziarahilah makam kekasih
Kenangilah rasulallah
Bangunkan jiwa jihad Islami
Semangat syuhada ilahi
Marilah bermusafir
Laksanakan tuntutan jiwa
Bermusafir berkelana
Luaskan pandangan saujana
Bermusafir berkelana
Kenal tuhan maha pencipta
Allah hu robbi 8x
Berbekal keimanan
Penyuluh disempanjang jalan
Mengharap keredaan
Doa menjadi kelaziman
Penat lelah mainan safar
Tempuhi ranjau banyak bersabar
Letih lesu tidak menentu
Syurga menjadi idaman kalbu



Gara-gara dengar lagu diatas...perasaan rasa nak pergi melancong MELUAP-LUAP, apatah lagi sekarang ni consultant-consultant group smart tycoon sedang rancak bercerita persiapan mereka pergi VIETNAM dengan tiket VVIP..bestnye... jeles nye sebab diri saya tidak dapat tiket tersebut..takpe tap tap kejayaan mereka....
jom kita usha tempat-tempat yang macam menarik ni.... jom usha!!!!


best kan ... subhanaallah cantik betul ciptaan Allah.. rasa tenang je....

baru b oleh muhasabah diri kat sini... macam orang tu....

Pergi pantai pun best..... romantik gak....
Macam dalam Filem Kaho Na Pyar Hei
sweet moment...
shopping pun best......


saya sedang berfikir dan menarik energy positif untuk
lebih berjaya hebat dan kaya....

wah bila kah masa saya pula untuk menikmat semua ini..... tak sabarnye... Ya Allah permudahkan segala urusan diri ini.... amin.. Terima kasih Allah..

Monday, February 27, 2012

KATA-KATA IRFAN KHAIRI

Dah lama dah saya langgan Buletin Irfan Khairi ni bagaimana menjadi Jutawan.. kalau tak silap masa tu saya belajar lagi. Dan setiap bulan dapat buletin saya delete... tapi sejak menjak dua menjak di rajin pula membacanya... dan tiba-tiba saya rasa menyesal..kalau saya bertindak dari dulu tentu sekarang saya ....... hihihihihi tapi saya bersyukur, Alhamdulillah saya tersedar sekarang, jadi sekarang saya kena terbang dengan pecutan semaksimum boleh bukan lagi terbang makan angin ye...hihihihi jom kita share apa kata JUTAWAN MUDA ...

                                    
                                         SIKAP penentu segala-galanya
Oleh: Irfan Khairi

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.
Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.
Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.
Ubahkan sikap negatif kepada sikap yang lebih positif. Jadikan sikap yang cemerlang sebagai satu tabiat. Di mana, sampai satu tahap anda tidak perlu fikir atau usahapun untuk 'maintain' sikap tersebut. 

Wednesday, February 1, 2012

KISAH BERUANG DENGAN PELUANG


BERUANG SEDANG MENCARI PELUANG.......


Hai hari ni nak kongsi satu kisah BERUANG DAN IKAN...saya dengar dari slot motivasi pagi di IKIM pagi tadi....

Seekor beruang sedang duduk di sebatang sungai mencari ikan untuk makanan walaupun dia tahu waktu itu bukan musim ikan. Lama Beruang tunggu tiba-tiba Bruang dapat seekor ikan kecil...Dan ikan tu merayu dan berkata kepada Beruang,
" Wahai beruang yang besar, lebih kau lepaskan aku, badanaku kecil kalau kau makan aku hanya dicelah-ceah gigi kau sahaja"
Beruang cakap: 'Jadi apa masalahnya?'
Ikan mejawab: Masalahnya rugi lah kau makan aku yang kecil, kalau kau lepaskan aku, bila aku dah besar sikit kau boleh cari aku semula dan masa tu badan ku yang besar sesuai dengan badan kau yang besar'
Tahu tak apa beruangjawab? jeng jeng jeng

Beruang Menjawab dengan memberi persoalan kepada Ikan: 'Wahai ikan, kau tahu kenapa badan aku besar? Badan aku besar sebab aku tidak pernah melepaskan apa juga peluang atau rezki yang datang kepadaku...

Maka tahulah Si Ikan bahawa, masanya telah tiba.....

Ok  apa agaknya moral atau intipati kisah beruang dan ikan ini? Em ianya adalah satu motivasi tentang bagaimana kita menghargai peluang yang datang dari sekecil peluang sehingga sebesar peluang....



LANGKAH PERTAMA BERMULA DARI DIRI KITA.........


Menurut ustaz BAdliSyah.. Untuk mnjadi seorang yang berjaya kita harus menjadikan peluang yang datang sebagai punca rezki dan kejayaan... Langkah seribu mesti bermula dari langkah pertama.



Kata-kata dari seorang pakar motivasi Inggeris: If the opportunity doesnt come you build the door... maksudnya sekianya tiada peluang yang datang kepada kita maka kita hendaklah membina pintu untuk mencipta peluang itu... 


Tersentak ketika saYa mendengar motivasi pagi ini, saya rasa selama ini saya telah banyak mensia-siakan peluang yang ada di depan mata saya tanpa sedar. Tapi Alhamdulillah ketika usia saya diakhir 20an ini saya tersedar dari lamunan, dan alhamdulillah saya telah berjumpa dengan sebuah pintu yang ada peluang untuk saya mencapai 5K = Kesihatan, Kebahagian, kekayaan, kecantikan dan keintiman berganda.. ALhamdulillah terima kasih Allah...

Sekarang saya akan sentiasa mencari peluang setelah saya berjumpa dengan 'dia'.... Terima Kasih Mentor, Terima Kasih Allah.

saya juga bersedia berkongi peluang kecil ini dengan sesiapa yang gemar meneroka peluang yang ada disekeliling mereka...

Free to Email Me: noorul_305@yahoo.com....

Saturday, January 28, 2012

9 NYAWA

Kenapa 9 nyawa? itulah persoalan pertama bila tahu novel terbaru RAM... ntah kenapa macam takde hati sangat nak baca dan membelinya.... Well hari tu Abu Razeen telah mengusha saya untuk tukar novel RAM dengan dia..huhuhuhu masa tu macma baru tertarik nak baca 9 nyawa... well dah baca best jugak lah..
Thanks Abu Razeen... dan ini review versi saya... hihihihihi ( teringat masa sekolah dulu sekarng ni dipanggil Projek Nilam)



* Jangan mudah percaya pada orang lain dengan segera... kena check dulu lagi lah kalau nak jadikan org tu suami atau pasangan hidup kita ( jgn jadi macam Cinta Intan dan Khairil ngeri nya suami ku seorang gangster) ....


* Jangan lari dari segala kenangan dan memori pahit dan meneruskan hidup kita seperti pelarian ( macam Hakim yang cuba melupakan kisah pahitnya dn ibu Intan ) Kita kena berani menghadapinya.

* Tiada jalan mudah untuk berjaya dan kaya raya ( jangan jadi macam shauqi..tapi nasib baik dia cepat tersedar)

* Jangan lari dari masalah hadapi nya dengan tenang dan berdoa serta tawakal pada Allah ( jgn jadi Dr KAren..tapi takpe dia bukan Muslim hihihi )

* Jangan jadi paranoid pada sesuatu membuta tuli ...check dulu ye....

* Hidup kita sudah ada aturannya, kita merancang Allah juga merancang untuk kita..DAn ketahuilah bahawa Perancangan Allah lebih baik untuk kita....

* Selagi bernafas jangan mengalah...USAHA DOA TAWAKAL.....

 Sinopsis saya ni agaknya dapat tak  menarik perhatian semua untuk mencari novel ni dan membacanya... ok lepas ni saya dah boleh pulangkannya kembali pada Abu Razeen, saya tak pulangkan sebab nak wat review ni la  lah...hihihihi...maaf ye Abu Razeen.