Thursday, November 17, 2011

SATU JANJI-RAM

Time sejuk-sejuk dan hujan macam ni selalu buat kita teringat akan sesuatu kan? sama lah..saya teringatkan kawan saya ..Kenal sejak dari umur 18 tahun dan sekarang kami berdua sama-sama nak masuk 3 series... hehhehehe

Bertambah teringat kat dia apabila kembli membelek-belek noveL RAM-SATU JANJI (INI SEMUA GARA-GARA ABU RAZEEN yang mengajak saya berbincang dengan novel-novel RAM huhhu)..

Dia selalu kata RAM amik nama dia untuk heroin, aleh padahal belakang je sma..LIA huhhuhuhu

Well suka novel ni, plot citer dia bercampur-campur, boleh dikatakan perfect dalam satu kehidupan, ada sedih, gembira, tragis, pengorbanan, cinta, tanggungjawab yang disebadikan di dalam satu penulisan. Suka juga dengan kesabaran watak LOKMAN.. sedikit sebanyak memberi kesan dalam diri ini. Paling best rasa macam tengok citer polis Hog Kong...

Jom kita imbas sinopsis novel ni saya amik dari SINI. Kredit dan terima kasih Penulis Blog...

SINOPSIS:
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
Ok nanti cari SATU JANJI di Kedai Buku berhampiran ye... jangan sampai dia jadi filem baru nak cari..masa tu conform dah sold out...hihihihi (pengajaran bila saya sibuk nak cari OMBAK RINDU hihihihi)

No comments: