Tuesday, November 22, 2011

PROJEK JANA TABUNG

PENUH PETI AIS SAYA...
Sesi persekolahan dah sampai ke penghujung, semua sekolah dah bercuti, biasanya kalau akhir-akhir tahun ni, kebanyakkan sekolah akan buat majlis jamuan akhir tahun atau jamuan perpisahan... ermm macam masa zaman saya sekolah dulu, asyik menjamu je huhuhuhuhu

Asrama sekolah En. Kanda pun tak ketinggalan, boleh tahan gak duit bebudak ni, yelah simpanan dari awal tahun.. En. Kanda telah bermurah hati bagi saya satu projek...buat dadih 100 cup.... masa dapat tempahan tu, confident je sanggup ok..  Memandangkan kesihatan lum ok sepenuhnya, saya start lewat, nak ambil malam, pagi baru saya buat... itupun setelah En. Kanda asyik tanya je...huhuhuhu.

wah bila dah start buat, tak menang tangan plak.... tapi seronok, bila dah sejuk dan nak masukkan dalam peti ais..alamak satu lagi masalah tak muat lah pulak terpaksa keluarkan barang-barang dalam peti yg rasanya boleh dikeluarkan..well akhirnya berjaya...saya buat 3 rasa je: coklat, epal dan jagung...

apapun seronok ok selamat bercuti sekolah.... (dulu suka :) sekarang tidak lagi huhuhu sebab time cuti je kena tingal sorang)

No comments: