Sunday, November 27, 2011

KHASIAT BISMILLAH

Tadi belek-belek buku kat rak buku abah, terjumpa satu buku eh tak pernah plak baca buku ni, buku baru ni... apa lagi pinjam lah kejap... teba juga nak habiskan baca satu maam memang tak sempat ni, jadi baca cekut cekut je lah... Tertarikh pada perbahasan khasiat dan keistimewaan Bismillah..

Jadi rasanya nak share ngan orang lain pulak ..jom check it out:-


Imam Al-Manaawi di dalam kitabnya "Faidhu Qadiir" mengatakan bahawa diriwayatkan sesungguhnya ketika ayat 'Basmallah' diturunkan maka bergoncanglah gunung ganang.

Basmalllah terdiri daripada 19 huruf, sama dengan bilangan malaikat yang diserahi menjaga neraka. Dan antara keistimiweaannya ialah:-

* /untuk mempertingkatkan kewibawaan

* Dijauhi dari hal-hal yang tidak dingini.

* Agar perniagaan terus maju

* Agat ditunaikan hajatnya

* aman diwaktu tidur

* Untuk menundukkan orang zalim

* Menyembuhkan sakit

* Menjalinkan cinta dan kasih sayang atau mengilangkan bodoh

* Untuk melaksanakan hajat dan menghadapi orang

* Anak sentiasa hidup sihat

* Agar tanaman dihindari dari malapetaka

* Selamat dalam menghadapi musuh

* Menyembuhkan sakit kepala

* Untuk menyedarkan orang zalim

Ok jom kita sama-sama beramal.... Smoga kita dirahmati Allah

Tuesday, November 22, 2011

PROJEK JANA TABUNG

PENUH PETI AIS SAYA...
Sesi persekolahan dah sampai ke penghujung, semua sekolah dah bercuti, biasanya kalau akhir-akhir tahun ni, kebanyakkan sekolah akan buat majlis jamuan akhir tahun atau jamuan perpisahan... ermm macam masa zaman saya sekolah dulu, asyik menjamu je huhuhuhuhu

Asrama sekolah En. Kanda pun tak ketinggalan, boleh tahan gak duit bebudak ni, yelah simpanan dari awal tahun.. En. Kanda telah bermurah hati bagi saya satu projek...buat dadih 100 cup.... masa dapat tempahan tu, confident je sanggup ok..  Memandangkan kesihatan lum ok sepenuhnya, saya start lewat, nak ambil malam, pagi baru saya buat... itupun setelah En. Kanda asyik tanya je...huhuhuhu.

wah bila dah start buat, tak menang tangan plak.... tapi seronok, bila dah sejuk dan nak masukkan dalam peti ais..alamak satu lagi masalah tak muat lah pulak terpaksa keluarkan barang-barang dalam peti yg rasanya boleh dikeluarkan..well akhirnya berjaya...saya buat 3 rasa je: coklat, epal dan jagung...

apapun seronok ok selamat bercuti sekolah.... (dulu suka :) sekarang tidak lagi huhuhu sebab time cuti je kena tingal sorang)

Sunday, November 20, 2011

KEK BUNGA FONDANT


PERCAYA TAK SAYA YANG BUAT? nak tahu klik gambar ye....


Saya bersyukur, apabila saya menghadapi masalah seperti yang saya lalui ini, saya belajar untuk menjadi tabah dan memenuhkan ruang masa saya dengan perkara yang berfaedah dan mencari ilmu-ilmu duniawi yang baru disamping menambah ilmu ukhrawi... Alhamdulillah di atas segala ujian dan limpahan nikmat Mu Ya Allah.

Nak tahu cerita lanjut klik la kat gambar diatas ye....

teka mana satu cupcakes saya? huhuhuhuuhu paling kiri bawah ye...... yg handbag warna biru tu class gitu...



Thursday, November 17, 2011

SAYA DAN BIO EVER



Saya kenal produk ni , dikenalkan oleh member saya (Masa kat court huhhuhu) ... masa mula-mula dia test kat tangan saya, sya kata takkan lah letak kan tangan, dan hasilnya akan ke muka, tipulah... kawan sya cuba lah dulu. dalam 10  minit ..yelah memang pun ada beza.. menarik ni.. sya tanya lagi.. apa lagi boleh buat, takkan tu je? macam-macam dai pun citer pot pet pot pet.. menarik... dia tak jual dia pun pakai jugak saje share-share ngan saya (kira macam saya share hari ni lah hehehehe)

Baik je dari court, saya terus search tentang krim ni... macam menarik je bende ni...saya citer ngan officemate saya, dia terus kenalkan saya dengan consultant ( cantik akak ni), kira K. Elmy buat demo dengan beberapa org officemate yang lain...

Testimoni pertama saya, adalah apabila saya tesilap pakai di dagu dan dagu saya meruncing kehadapan, just amik masa dua hari je... tapi saya tak sukalah dagu over sangat ni saya tanya officemate cara nak kuruskan/hilangkan double chin...hahaha rupanya salah..sekarang double chin sya dah berkurangan, Mr Kanda kata dah tak nampak dah tmpat simpan makanan tu..hahahhaha jahatnye dia...

Testimoni kedua, setiap tahun jika raya haji, gaut abah mesti datang... kesian abah teruk gak, tapi Alhamdulillah tahun ni, mak kata abah takde ngadu sakit sangat, sikit-sikit je nampak beza... Alhamdulillah Bio Ever membantu dengan izin Allah.

 Ok tu je saya nak share tentang krim ni,(lain kali saya citer pasal ramuannya pulak ye) kalau berminat nanti leh lah email saya.... sharing is caring.. saya bersedia berkongsi sebab saya pun dapat hasil dari perkongsian kawan saya....Terima Kasih allah kerana melorongkan hati kawan saya mengenalkan bio Ever....

SATU JANJI-RAM

Time sejuk-sejuk dan hujan macam ni selalu buat kita teringat akan sesuatu kan? sama lah..saya teringatkan kawan saya ..Kenal sejak dari umur 18 tahun dan sekarang kami berdua sama-sama nak masuk 3 series... hehhehehe

Bertambah teringat kat dia apabila kembli membelek-belek noveL RAM-SATU JANJI (INI SEMUA GARA-GARA ABU RAZEEN yang mengajak saya berbincang dengan novel-novel RAM huhhu)..

Dia selalu kata RAM amik nama dia untuk heroin, aleh padahal belakang je sma..LIA huhhuhuhu

Well suka novel ni, plot citer dia bercampur-campur, boleh dikatakan perfect dalam satu kehidupan, ada sedih, gembira, tragis, pengorbanan, cinta, tanggungjawab yang disebadikan di dalam satu penulisan. Suka juga dengan kesabaran watak LOKMAN.. sedikit sebanyak memberi kesan dalam diri ini. Paling best rasa macam tengok citer polis Hog Kong...

Jom kita imbas sinopsis novel ni saya amik dari SINI. Kredit dan terima kasih Penulis Blog...

SINOPSIS:
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
Ok nanti cari SATU JANJI di Kedai Buku berhampiran ye... jangan sampai dia jadi filem baru nak cari..masa tu conform dah sold out...hihihihi (pengajaran bila saya sibuk nak cari OMBAK RINDU hihihihi)

Thursday, November 10, 2011

MUSIM HUJAN


sebenarnya takde kaitan pun tajuk dengan entry kali ini, cuma kat luar hujan. dan dapat email dari adik yg banyak pic -pic menarik ni..so nak share lah kat blog..cantik tau... jom kita check it out...


ala tomei tomei.....

HAVE A NICE DAY!




HIKMAH TERSEMBUNYI?

 


Resah bila diri ditimpa masalah
Buntu bila dihambat kekecewaan
Tk mampu untuk berdiri
apatah lagi melangkah

Lupakah diri ini
Ujian Allah tanda Kasih Sayang Nya
Insan Yang Di Uji adalah
Insan Istimewa Di sisi Allah

Duhai Hati
Bersabarlah
Duhai Diri
Bersyukurlah...

Tuesday, November 8, 2011

APA KAH INI ISYARATNYA?

Winning the Creative MIND and OPPORTUNITIES: Winning the opportunities: PENGARANG KITAB- AL-AZHAR DAN TASAWUF MODEN- ALLAYARHAM PROF HAMKA.
“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.. Datang tidak menent...

Thursday, November 3, 2011

HADIAH DARI SHELL

BAUCER DARI SHELL....

Hari tu tolong isi borang Shell Contest 'Pam & Rebut pelaung memenangi RM500,000.00 untuk EN. Kanda... Well alhamdulillah tak sangka tangan bertuah hehhehhe EN. Kanda bagitau pihak Shell call kata kami menang lucky draw tu....
Ingatkan dapat 500,000.00 tak pun 5000.oo ke atau 500 ke tapi 100 je..huhuhuhu  Alhamdulillah syukur, syukur bukan senang tak dapat dah sekian lama, baru dapat kali nikan... Tak sabar nak tunggu Check..Macam saya dapat dari Petronas  dulu tu....
 Tadi baru kejap ni, En.Kanda tunjuk Mr Gdex hantar surat dari SHELL, wah rupanya RM100.00 dalam bentuk baucer Petrol... jadi apa lagi terus lah minta EN.Kanda hantar g office esok naik MYVI..VIVA rehat ye esok...huhuhuhuhu

Apapun terima kasih YA ALLAH kerana memberi rezeki ini, terima kasih SHELL... harap-harap esok-esok dapat up lagi 0 nye..seperti 100,000.00 wau aminnnnnnnn...