Sunday, October 16, 2011

KENAPA TAYAR SPARE BERSAIZ KECIL?


Pernah tak mengalami situasi di atas? huhuhuhu suspen kan bila tayar kereta tetiba kempis.. pulak tu kat tengah-tengah kawasan yagn sunyi dan takde orang... tambahan pula memang zero pasal tukar menukar tayar ni.. fuh memang mencabar...Itu lah pengalaman yang tak mungkin dilupakan ketika dalam perjalanan menghadiri perbicaraan di Mersing. Selama hampir tiga tahun ini, inilah pengalaman pertama yagn begitu suspen ni...

Alhamdulillah, walaupun kawasan di sunyi sepi, tapi line telefon masih ada, jadi apa lagi terus call En.Kanda tanya nak buat camne...mula-mula dengan penuh yakin nak tukar tayar sendiri, tapi bila buka je boot, terfikir boleh ke nak naik/tinggi kan kereta ni, macam tak kuat je... hehehehehe
En.Kanda macam tahu je, dia dah tolong callkan keluarga angkat dia kat area Tenggaroh, bila dengar je ada orang yang akan datang tolong terus duduk dalam kereta..takut sebenarnya heheheheh.
     

itulah jeck, alat untuk tinggikan kereta.... lepas tu baru leh tukar tayar.

  Lebih kurang 20 minit menunggu, akhirnya sampai pun adik kepada adik angkat En.Kanda, mulamula takut juga nak keluar sebab ini pertama kali jumpa dengan dia, tapi tengok muka ada iras adik so betullah tu... Alhamdulillah

Ok tayar spare yang comel dah keluar....
Tak puas hati betul dengan saiz tayar spare ni, kenapa la dia kecil sangat tak imbang, nak pakai sampai gaji pun tak boleh, memang kena tukar tayar sebelum balik rumah nanti.  So kawan-kawan leh tak tolong jawab tajuk entry saya ni? hehehehe

alhamdulillah saya selamat, walau adik kedai tayar kata, teruk tayar akak ni tinggal tunggu meletup je (Saya tak perasan pancit sebab hujan lebat), jadi terima kasih kepada Uncle Lori yang potong kereta saya, kalau dia tak potong saya tak melayang dan tak perasan tayar dah kempis,  dan terima kasih kepada Angah yang tolong tukar tayar, terima kasih banyak, dan terima kasih pada EN.Kanda dan abah yang memberi tunjuk ajar walau hanya melalui panggilan telefon je, Dan terima kasih untuk semua anakguam yang kena menunggu dek kerana kelewatan ku hampi satu jam. Dan yang paling penting TERIMA KASIH ALLAH .

Moralnya:
* Marilah kita sama-sama belajar cara tukar tayar kereta ( teringat masa ambil lesen dulu cikgu ajar, buat tak tahu je, hehehehe ni lah padahnya)

* Sebelum outstation atau memulakan perjalanan, check tayar dulu ye..

* Pastikan tayar spare sentiasa ada angin.

* Kalau boleh pastikan dalam kereta ada alat-alat untuk menganti tayar.


....JENTAYU BIRU........

1 comment:

Anonymous said...

Minta share utk peringatan kpd semua. Tq admin