Friday, October 14, 2011

BILA ISTERI SUKA BERLETER


Tajuk tu bakal bikin kontroversi tak? hehehehe sebenarnya saya menceduk idea tajuk ni daipada salah satu cerita dari buku ini... jom...

Dah lama juga saya habis baca buku ni, tapi tak sempat nak buat entry mengenainya..buku ini sesuai sangat kepada bakal pengantin dan pengantin baru..hehehhe yg dah lama pun boleh yang penting ada matlamat untuk mengubah dan memperbaiki diri..

Buku ini menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar dan tip-tip berguna serta amalan-amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Banyak sangat ilmu di dalam buku ini, jadi jgn lupa dapatkannya di mana-mana kedai buku ye...
Salah satu kisah yang menarik perhatian saya ialah mengenai isteri yang suka berleter tu la tadi...

"Kisah ini berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khatab..(saya ringkaskan kisah ni ikut gaya bahasa saya) seorang lelaki Badwi yang ingin mengadu menegai isterinya yang suka berleter kepada Saidina Umar yang merupakan khalifah ketika itu tetapi dibatalkan kerana telah mendengar isteri Saidina Umar juga berleter..

Pada suatu kesempatan beliau telah bercerita mengenai peristiwa itu kepada Saidina Umar R.A, dan Saidina Umar menjawab " Isteriku ini memberi ketenangan kepada diri, dia menjaga anak-anakku, dia juga mengelakkan saya daripada perbuatan zina dan maksiat, Dia memasak dan menyediakan makanan sedangkan itu bukan tanggungjawabnya.  Maka pabila isteri ku berleter, saya mesti bersabar memandangkan segala kebaikan yang sudah diberikan"

Ok untuk ulasan lebih boleh lah dapatkan buku ini dan baca ye.......ok check it out..


......jentayubiru.......

No comments: