Wednesday, October 26, 2011

FM FOTO FREE?

Lagi sekali saya mencuba nasib...


KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK JOIN
BOLEH LAH CLIK SINI YE..

Friday, October 21, 2011

SERONOKNYE

Saya seronok sebab percubaan pertama saya menjadi... tapi semuanya saya citer di blog hobi saya...
KLIK GAMBAR UNTUK CERITA DAN RESEPI..




.........JENTAYUBIRU.........

JOM TAMBAH TRAFIK BLOGGGGG!

 
Macam menarik je kan banner ni lain dari yang lain... jom kita cuba nak... KLIK JE SINI! atau...



  
KLIK BANNER PUN BOLEH GAK.. 


Wednesday, October 19, 2011

SIAPA MEREKA YANG DOANYA SEGERA DIMAKBULKAN ?

Pagi tadi dalam perjalanan pergi kerja, saya dengar slot Motivasi Pagi di IKIM.FM.. ustaz Izhar kalau tak silap saya (yang saya ingat , beliau adalah salah seorang mushrif IMAM MUDA siri 2)Menurut beliau ada 7 Orang Insan-insan yang doa Mereka mustajab... jom kita check it out...

1)  Doa Ibu Bapa kepada anaknya....
Terima kasih mak dan abah atas segala titipan doa untuks aya sepanjang kehidupan ini... Luv both of u..

2)  Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya
Terfikir sejenak, adakah saya anak yang soleh kepada ibu bapa saya? semoga sayalah anak solehah tersebut..amin..

3)  Doa orang yang dalam kesusahan
   Lupa plak nak doa banyak-banyak masa kereta panjit hari tu... hihihihi

cutenya..
Doa saya semoga satu hari nanti saya pun dapat sebegitu bukan setakat seorang tetapi kembar ye..AMIN...


4)  Doa orang yang musafir
Siapa yang nak musafir tu, outstation ke balik kampung ke, Kenang Daku dalam DOAmu...

5)  Doa Pemimpin yang Adil
Kena buat appointment ni nak jumpa depa... hihihihi

6)  Doa seorang kawan keatas kawannya
Kawan-kawan doakan yang baik-baik ia untuk saya, saya pun Insyaallah akan doakan yang baik-baik untuk kawan-kawan..

7)  Doa orang yang sedang berpuasa...
Jom esok puasa.... hihhihi

Ini setakat yang sempat saya fokus ketika memandu tadi..dan untuk pengetahuan selanjutnya apakata  kita baca sini.


Lirik Lagu Doa RAHIMAH RAHIM
Hanya padaMu aku meminta
Sesungguhnya Kau pemurah
Ampuni segala dosaku..
Kesejahteraan,kedamaian,keimanan,ketaqwaan
hindarku dari Mu Tuhan
{Selawat serta salam
buat Nabi junjungan kepada muslimin dan juga muslimat
Ya Allah Ya Tuhanku
aku mendengar seruan dan hanya kepadaMu ku beriman}
KeranaMu aku disini
KepadaMu aku kembali
Apabila tiba saatnya nanti
Sehingga tiba detik itu
                                                      Ku bermohon hanya dariMu
                                                      Engkau peliharailah diriku
                                                        Dengan namaMu Allah Yang Agung
Yang Pengasih Yang Pengampun
kepadaMu ku berlindung 2x
{reff}2x..
....JENTAYU BIRU......


Monday, October 17, 2011

MCDONALD BELANJE SAYA?

Hari ni dapat email dari adik saya,, baucer dari Mcdonald... isk isk habislah diet saya... Pipi saya dah macam nak sama dengan itu burger... hihihihi
bestkan kalau dapat lagi best kalau orang belanje..hihihih
Ok siapa yang suka teramat sangat dengan McD leh lah pergi sekarang.... teringat plak dengan
X-officemate saya dulu.. peminat tegar MCD, boleh dapat award kalau ada award sebegitu..hihhihihi

Ok selamat makan... saya kena bertahan ...isk isk isk


....Jentayu Biru...

Giveaway: FM Macam-macam Ada'

Wah penyakit saya sudah agak kronik... takpe-takpe selagi tak menang, saya nak cuba juga hihihihi..
Hadiah kali ini agak menarik..kebetulan saya memang peminat tegar FM ni, (tak sabar nak tunggu peti ais saya dipenuhi dengan FM) hhehehehhe jadi jom kita sama-sama usha Blog dia...


Semoga ada rezki ku disini...... (harap-harap anak Tuan Tanah yang cute akan mencabut nama saya) hehehe
Insya Allah..amin

Sunday, October 16, 2011

KENAPA TAYAR SPARE BERSAIZ KECIL?


Pernah tak mengalami situasi di atas? huhuhuhu suspen kan bila tayar kereta tetiba kempis.. pulak tu kat tengah-tengah kawasan yagn sunyi dan takde orang... tambahan pula memang zero pasal tukar menukar tayar ni.. fuh memang mencabar...Itu lah pengalaman yang tak mungkin dilupakan ketika dalam perjalanan menghadiri perbicaraan di Mersing. Selama hampir tiga tahun ini, inilah pengalaman pertama yagn begitu suspen ni...

Alhamdulillah, walaupun kawasan di sunyi sepi, tapi line telefon masih ada, jadi apa lagi terus call En.Kanda tanya nak buat camne...mula-mula dengan penuh yakin nak tukar tayar sendiri, tapi bila buka je boot, terfikir boleh ke nak naik/tinggi kan kereta ni, macam tak kuat je... hehehehehe
En.Kanda macam tahu je, dia dah tolong callkan keluarga angkat dia kat area Tenggaroh, bila dengar je ada orang yang akan datang tolong terus duduk dalam kereta..takut sebenarnya heheheheh.
     

itulah jeck, alat untuk tinggikan kereta.... lepas tu baru leh tukar tayar.

  Lebih kurang 20 minit menunggu, akhirnya sampai pun adik kepada adik angkat En.Kanda, mulamula takut juga nak keluar sebab ini pertama kali jumpa dengan dia, tapi tengok muka ada iras adik so betullah tu... Alhamdulillah

Ok tayar spare yang comel dah keluar....
Tak puas hati betul dengan saiz tayar spare ni, kenapa la dia kecil sangat tak imbang, nak pakai sampai gaji pun tak boleh, memang kena tukar tayar sebelum balik rumah nanti.  So kawan-kawan leh tak tolong jawab tajuk entry saya ni? hehehehe

alhamdulillah saya selamat, walau adik kedai tayar kata, teruk tayar akak ni tinggal tunggu meletup je (Saya tak perasan pancit sebab hujan lebat), jadi terima kasih kepada Uncle Lori yang potong kereta saya, kalau dia tak potong saya tak melayang dan tak perasan tayar dah kempis,  dan terima kasih kepada Angah yang tolong tukar tayar, terima kasih banyak, dan terima kasih pada EN.Kanda dan abah yang memberi tunjuk ajar walau hanya melalui panggilan telefon je, Dan terima kasih untuk semua anakguam yang kena menunggu dek kerana kelewatan ku hampi satu jam. Dan yang paling penting TERIMA KASIH ALLAH .

Moralnya:
* Marilah kita sama-sama belajar cara tukar tayar kereta ( teringat masa ambil lesen dulu cikgu ajar, buat tak tahu je, hehehehe ni lah padahnya)

* Sebelum outstation atau memulakan perjalanan, check tayar dulu ye..

* Pastikan tayar spare sentiasa ada angin.

* Kalau boleh pastikan dalam kereta ada alat-alat untuk menganti tayar.


....JENTAYU BIRU........

Friday, October 14, 2011

BILA ISTERI SUKA BERLETER


Tajuk tu bakal bikin kontroversi tak? hehehehe sebenarnya saya menceduk idea tajuk ni daipada salah satu cerita dari buku ini... jom...

Dah lama juga saya habis baca buku ni, tapi tak sempat nak buat entry mengenainya..buku ini sesuai sangat kepada bakal pengantin dan pengantin baru..hehehhe yg dah lama pun boleh yang penting ada matlamat untuk mengubah dan memperbaiki diri..

Buku ini menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar dan tip-tip berguna serta amalan-amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Banyak sangat ilmu di dalam buku ini, jadi jgn lupa dapatkannya di mana-mana kedai buku ye...
Salah satu kisah yang menarik perhatian saya ialah mengenai isteri yang suka berleter tu la tadi...

"Kisah ini berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khatab..(saya ringkaskan kisah ni ikut gaya bahasa saya) seorang lelaki Badwi yang ingin mengadu menegai isterinya yang suka berleter kepada Saidina Umar yang merupakan khalifah ketika itu tetapi dibatalkan kerana telah mendengar isteri Saidina Umar juga berleter..

Pada suatu kesempatan beliau telah bercerita mengenai peristiwa itu kepada Saidina Umar R.A, dan Saidina Umar menjawab " Isteriku ini memberi ketenangan kepada diri, dia menjaga anak-anakku, dia juga mengelakkan saya daripada perbuatan zina dan maksiat, Dia memasak dan menyediakan makanan sedangkan itu bukan tanggungjawabnya.  Maka pabila isteri ku berleter, saya mesti bersabar memandangkan segala kebaikan yang sudah diberikan"

Ok untuk ulasan lebih boleh lah dapatkan buku ini dan baca ye.......ok check it out..


......jentayubiru.......

3rd GA RossRazif

Saya semakin ketagih plak dengan contest & give away ni... ok nie contest kedua yg saya cuba..nak tenggok ada tak rezki yang tertulis buat saya disini..amin, hihihihihi.

Hadiah yang ditawarkan menarik perhatian saya.... jom check it out... (manalah tahu ada yang nak join sama jom lah....)


Tuesday, October 4, 2011

GIVE AWAY FROM BLOGGER- pertama kali join.

Hai ini pertama kali saya nak join give away, selalunya saya hanya jadi pemerhati, tapi tak tahu kenapa hari ni berubah angin pulak, dan ini adalah give away pertama yang saya nak cuba..
nak tahu lebih lagi? klik sini...
give away  igauan ku.....
kenapa ye nak join? maybe sebab saya tertarik dengan hadiah dia...best!!!
InsyaAllah jika ada 2 orang pemenang, salah seorangnya adalah saya dan jika ada SEORANG sahaja Pemenang orang itu ADALAH SAYA!! wah penuh confident!

 Kepada Tuan Punya blog,semoga sewaktu pemilihan secara random itu nanti, nama saya akan tersenarai ye....amin..

'