Thursday, September 22, 2011

SEGENGGAM TABAH...

Segenggam Tabah

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Dah 9 bulan 1 minggu dan 6 hari (stakat hari ini) awan mendung yang menyelebungi kehidupan harian, namun tetap bersyukur kerana dalam tempoh itu langit tidak sentiasa diselebungi awan mendung itu, kadangkala ada hujan, taufan, angin kenyang dan ada juga cahaya matahari yang menyinar, dan kadangkala malu-malu menunjuk sinar dan adajuga hari-hari yang dihiasi pelangi indah...Apapun kehidupan mesti diteruskan dengan tabah  sabar dan kuat, walau apapun dugaan yang mendatang , tak boleh tewas di tangan mereka yang tidak suka melihat insan lain bahagia.
Apapun  bersyukurlah, kerana ini semua adalah ujian dari Allah untuk melihat harga cinta kepada Nya, dan kepada si dia serta kepada diri  sendiri. Allah hanya menghantar orang itu sebagai orang tengah, dan tanpa izin dariNya semua usaha orang itu tidak akan berjaya. Tiada apa yang kuat selain kekuatan Allah!
Maka redhalah, kerana hanya dengan redha kepadaNya, akan menambah kekuatan diri untuk menempuh segala yang telah berlaku dan bakal berlaku.

Bersyukur kepada Ilahi
Kerana sehingga hari ini
diri ini masih kuat menongkah arus hidup ini
dengan taburan ranjau berduri,
walau kadangkala kaki lemah berdiri,
Hati merintih sendiri,
Demi mengejar redha Ilahi
Sabarlah duhai diri,
tabahlah wahai hati,
Kuatkan semangat ini
Untuk mengejar redha Ilahi
Semoga dipinjamkan kepada ku kekuatan, ketabahan Para Nabi dan Rasul ketika tabah menghadapi ujian darri Mu,
Semoga diri ini ikhlas dan redha menerima semua ini
Semoga segala usaha diredhai dan dipertemukan dengan
Sinar bahagia dan rahmat Ilahi..
Amin...
From the bottom of my heart
Johor Bahru.
                                           .......JENTAYU BIRU........

No comments: