Friday, September 30, 2011

USAHA TERAKHIR, AMIN

slwt slm kpd semua muslimin muslimt..setiap mnusia brbeda ujianya..semuanya ujian menaikkan lgi drjat,ksih syg allah s.w.t pda dri kita,menaikkn keimanan..bkn kemenangan sekrng yg kita cri,klau boleh kedua 2 insyallah..pling pnting 1- cra kita mnerima setiap ujian,msalah itu 2-jgn sesekali prasngka buruk di ats kejdian yg brlaku 3-ikut turutn check klinik comformkn 4-perubtn islam 5-cuba dhulu+bca,amal, 6-setiap pesakin mestilah tanam kenyakinan setiap bacaan,amaln yg dberi+doa+taubat+sabar+mintak petunjuk ,setiap penyakit ada ubatnya,buruk@baik kejadian itu dri allah,pkoknya hti mesti mau cuci sklai oo sifat2 azazil..masalah dlaman@rhsia2,salah silap sebelumnya sdr@ x,allah mha mndngar,dizinkn sekiranya masih lgi ado jdoh pengubtn lain2,sekiranya dkhabulkn doa mintk petunjk,insyallah akn trjdilah miracle allah s.w.t.aitu di utuskn hamba2 special give,bkn pwg@bomoh..insyallh allah akn temukan jodoh kpd penyakit kita itu..inyallah,,sedia brkongsi tips2 nsihat,setkat mna yg terdya,mungkin dpt membntu meringankn,memberi moral support kpd muslimin,muslimah..d antara hmba2 allah yg kurniakan sedkit anugerah,bgi membntu hmba2 lain yg lebih memerlukn..laatakof walaatahzan..ini juga jihat krn allah,bkn palestin shja..robbana 'aatinafiddunyaa hasanah waafil'aakhiroti hasanah..wassalm..
Saya copy daripada blog ini, sebab saya rasa terkesan dengan apa yang diluahkan oleh Penulis tersebut. Mungkin apa yang saya lakukan sebelum-sebelum ini, belum diizinkan oleh Allah akan hasilnya. Saya berdoa dan mengharap dengan penuh keyakinan semoga usaha saya dibantu oleh suami, keluarga, ustaz, pakar dan mereka disekeliling saya akan diizinkan oleh Allah untuk berjaya. dan semoga Usaha kali ini diizinkan Allah untuk membuahkan hasil yang berkesan dan semoga usaha yang terakhir. AMIN...


......JENTAYUBIRU......

Thursday, September 29, 2011

TRIFFLE



Jeng- jeng siap pun triffle saya, saya terbaca mengenai triffle ini di salah satu blog ni, Tapi triffle dia cantik yela sifu kan..saya punye kelakar je, tapi en.Kanda kata sedap..kira ok lah tukan. saya telah dapat resepi Triffle ini dari sini.. Ada satu lagi blog ni lagi detail cara buatnya... bezanya dia guna whipping cream/ yougurt..

Dan alhamdulillah saya berjaya, saya sebenarnya tak pasti sangat triffle ini apa, sebenarnya triffle ini sejenis puding. Terdiri daripada 4 lapisan:-
                                             1) Lapisan kek sifon
                                             2) Lapisan kastad
                                             3) lapisan buah-buahan / samaada dalam tin atau tidak
                                             4) lapisan agar-agar kosong (saya guna agar2 perasa pandan)
Bagi mengemar puding, triffle memang resepi baru yang boleh dicuba... nyum nyum sedap....

Thursday, September 22, 2011

SEGENGGAM TABAH...

Segenggam Tabah

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Dah 9 bulan 1 minggu dan 6 hari (stakat hari ini) awan mendung yang menyelebungi kehidupan harian, namun tetap bersyukur kerana dalam tempoh itu langit tidak sentiasa diselebungi awan mendung itu, kadangkala ada hujan, taufan, angin kenyang dan ada juga cahaya matahari yang menyinar, dan kadangkala malu-malu menunjuk sinar dan adajuga hari-hari yang dihiasi pelangi indah...Apapun kehidupan mesti diteruskan dengan tabah  sabar dan kuat, walau apapun dugaan yang mendatang , tak boleh tewas di tangan mereka yang tidak suka melihat insan lain bahagia.
Apapun  bersyukurlah, kerana ini semua adalah ujian dari Allah untuk melihat harga cinta kepada Nya, dan kepada si dia serta kepada diri  sendiri. Allah hanya menghantar orang itu sebagai orang tengah, dan tanpa izin dariNya semua usaha orang itu tidak akan berjaya. Tiada apa yang kuat selain kekuatan Allah!
Maka redhalah, kerana hanya dengan redha kepadaNya, akan menambah kekuatan diri untuk menempuh segala yang telah berlaku dan bakal berlaku.

Bersyukur kepada Ilahi
Kerana sehingga hari ini
diri ini masih kuat menongkah arus hidup ini
dengan taburan ranjau berduri,
walau kadangkala kaki lemah berdiri,
Hati merintih sendiri,
Demi mengejar redha Ilahi
Sabarlah duhai diri,
tabahlah wahai hati,
Kuatkan semangat ini
Untuk mengejar redha Ilahi
Semoga dipinjamkan kepada ku kekuatan, ketabahan Para Nabi dan Rasul ketika tabah menghadapi ujian darri Mu,
Semoga diri ini ikhlas dan redha menerima semua ini
Semoga segala usaha diredhai dan dipertemukan dengan
Sinar bahagia dan rahmat Ilahi..
Amin...
From the bottom of my heart
Johor Bahru.
                                           .......JENTAYU BIRU........

Tuesday, September 20, 2011

ALHAMDULILLAH...SERONOKNYA

SERONOKNYA SAYA...MACAM UPIN IPIN TU...  :)
Alhamdulillah, saya sangat suka dan gembira, ini kerana blog saya telah kembali sihat..setelah setahun lebih 'dia" tak sihat.. bukan tak sihat apa, tapi setiap entry baru saya tidak dapat dipaparkan di blog list sahabat-sahabat saya... tu yang sedih tu.. sampai  ABU RAZEEN kata, saya update blog setahun sekali hahahhaha..

sekadar gambar hiasan...
Pelbagai cara saya cuba..sehinggakan saya pernah terfikir untuk pindah blog baru...tapi kerana sayangkan blog ini,saya lupakan niat untuk berpindah blog.. Yela ini kan blog yang mengenalkan saya kepada pelbagai cara... Lagipun pindah blog baru seolah-olah seperti saya mahu lari dari masalah.

Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha yang tak kenal erti jemu dan kesetiaan saya, akhirnya pada hari ini, saya telah sedari bahawa blog saya telah kembali seperti biasa, seronoknya....

Moralnya:

*kita kena rajin berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan, jangan kenal erti putus asa.

Seperti semut yang rajin berusaha dan tidak cepat putus asa
* Kita kena mencari jalan untuk menyelesaikan masalah bukan lari dari masalah.

* Kesetiaan akan memberikan kita kesan yang begitu INDAH...

* SAYA  SANGAT GEMBIRA...

Ketika menaip entry ini, telinga saya terngiang-ngiang lagu Maher Zain- ALhamdulillah (walaupun lirik lagu ini macam tiada kaitan dengan keseronokkan saya) hihihi
 jom kita layan...

was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009


…Jentayubiru ….

Thursday, September 15, 2011

KHASIAT AIR KOSONG....

air masak? ala tak nak lah...huhuhu tu la dialog yang sering meniti bibir sejak 28 tahun yang lalu.. sebab tu selalu je kena hidration atau kurang air dalam badan..cuma alhamdulillah tidak pernah dimasukkan ke wad kerana kurang air.... (rahsianya tak suka ke hospital kalau sakit..ke klinik je) huhuhu
Tapi sekarang rasanya menyesal pulak..sekarang ni nak paksa diri ini minum air.. dan setelah dileteri oleh Mr.Kanda dan rakan2 kat pejabat akhirnya saya nekad..ditambah pulak maklumat yang saya dapat daripada blog ini.. so saya share kat sini ye..kredit utk pemilik blog ini...



"MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.



Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.



Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

* Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

...jentayubiru...

Thursday, September 8, 2011

ALLAH BERSAMAKU...

Bila diri ini ditimpa permasalahan..mungkin kah itu ujian atau Dugaan atau peringatan daripada Allah..Wa Allahu Alam... apapun sebagai HambaNya, kita seharusnya redha dan bersabar di atas Ujian tersebut... Banyak Rahsia Allah yang tidak kita ketahui kecuali dengan izinNya..jadi kita kena redha dan bersabar dengan percaturan yang diberikan kepada kita..

Saya pernah juga terbaca, sebagai HambaNya kita kerapkali redha, bersabar dan pasrah dengan apa jua yang berlaku... tetapi kita jarang bersyukur ke atasnya kecuali kalau perkara yang terjadi itu memang kita hajati.

Tetapi perasan tak?.. Realitinya Allah akan Menurunkan hujan dahulu sebelum menghadiahkan kita Pelangi yang indah.. jadi marilah kita bersama-sama bersyukur dan bersabar dengan apa jua Ujian atau Dugaan yang mendatang dalam diri hidup kita...Dan satu kalimah berhantu yang sering dititipkan oleh En. Kanda ketika saya terumbang ambing...."  ALLAH BERSAMA KITA" thanks abg.....
Jom kita sama-sama hayati bait-bait lirik lagu Mestica nie...

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimala dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu