Wednesday, July 13, 2011

KENAPA CINTA SUSAH DATANG

HAI...WAKTU KEMAS-KEMAS FOLDER MY DOCUMENT SAYA TERJUMPA PUISIS NI,SAYA PUN LUPA DARI MANA SAYA COPY PUISI NI.... JADI TAK DAPATLAH NAK KREDIT PADA TUANNNYA...KALAU TUANNYA ADA TERBACA SAYA MOHON MAAF KERANA BERKONGSI PUISI INI DI SINI... JOM LAYAN.....

Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,


Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan



jentayubiru...