Sunday, February 13, 2011

kuih kole kacang


Pernah makan tak kuih ni? no kuih kole kacang..sedap tau kuih ni...kebetulan suka makan kuih ni..rasa nak belajar buat la..bila tanya mak..rupanya senang sangat buat kuih ni.. bahan-bahan dia pun mudah sangat.... so rasa nak kongsi dengan semua resepinya..jeng jeng jeng...
bahan yang wajib ada ialah:-

1) Tepung Kacang.. (ni contoh je) hihihihihi


2)Gula merah ( tapi kalau nak sedap lagi guna gula melaka/gula kabung)

3) Santan ( tak semestinya santan kotak...santan dari kelapa ori lagi best...
4) Gula Pasir
5)Garam..




Cara-cara:-





saya guna kuali je...senang... saya masukkan satu cawan tepung
kacang bersama 3 cawan santan cair, 3 sudu gula merah (ikut
kesesuaian warna dan kemanisan)
1 sudu gula pasir dan secubit garam...
kemudian masakkan diatas api yang perlahan dan dikacau sehingga pekat...
makin lama dikacau/ditanak makin sedap tau..... kemudian boleh lah dimasukkan kedalam loyang atau bekas... dan tunggu sehingga keras dan sejuk..
kacau lama-lama tau dalam kuali..makin lama ditanak dalam kuali makin sedap....


TAPI KUIH NI TAK SEDAP TAU TANPA TAIK MINYAK...... JADI CARA BUAT TAHI MINYAK IALAH CAMNI....

senang je..amik santan pekat..(ikut banyak yang kita suka sebab ianya akan menghasilkan kuantiti hihihi) kemudian masak diatas api yang kecil sehingga kering dan menjadi tahi minyak..


kemudian leh tabur atas kuih kita... senang kan? saya pun tak sangka buat kuih nie semudah ini... kalau tahu dah lama saya buat..cewah hihihihihi

selamat mencuba... :)


























1 comment:

Anonymous said...

This is very interesting, You're a very skilled blogger. I've joined your feed and look forward to seeking more of your magnificent post. Also, I've shared your website in my social networks!