Tuesday, February 22, 2011

CENDERAHATI UNTUK AHLI KENDARAT..



BURUNG MURAI BURUNG KEDIDI

TERBANG RENDAH DI TEBING SUNGAI

TERIMA KASIH DAUN KELADI

BANTUAN KAMI HARGAI....

Masa majlis walimah saya dua bulan yang lepas.... saya ada mengadakan cabutan bertuah kepada para perewang....(betul ke frasa ni?) dan seperti biasa kita akan bagi mereka bunga roset beserta wang dan tuala... dan saya lekatkan dituala tersebut nombor-nombor..... hadiah simple-simple je..tapi yg penting bagi saya ada satu kenangan untuk mereka bawa pulang... jomlah biarkan gambar yang berbicara..........



ini lah bunga rozet yang saya buat sendiri... tapi takde lah plak ambil gambar untuk share DIY je..sorry ye.. tapi simple je bunga rozet saya ni....untuk satu bunga modalnya tak sampai rm0.50 pun.... murah dan jimat kan? hehehehhe sebelum ni ada gak saya cerita pasal bunga ni




ini pula, tuala good morning yang masih belum dilipat... letih wooooo melipat tuala-tuala ini..... hihihihi


Pantun dan no bertuah yang saya lekatkan di tuala-tuala good morning itu..... ni kira no 60 bertuah la ye masuk blog....hihihihihi ohya lupa nak bagitau...pantun tu ciptaan sendiri tau..ahaks.......


Inilah hasil bunga-bunga rozet yang telah siap dilekatkan dengan duit RM1.00




ini pula tuala-tuala yang telah dilipat dan dilekatkan sticker pantun dan no bertuah... saya ikat menggunakan benang sulam lebihan saya buat crostich dulu...hihihihihi lagi jimat.....



ini pula gambar bunga rozet yang telah dicantumkan dengan tuala-tuala dan no bertuah...


inilah botol yang menyimpan nombor-nombor bagi cabutan bertuah nanti..........

saya terlupa nak snap gambar hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah hari tu... takpelah ye bukan apa sangat pon hadiah nya...biasa-biasa je... ok ini sahaja laporan di hari mahligai kasih.... daaaaaaaaaa

jentayu biru

3 comments:

Anonymous said...

salam,tumpang tanye mana nk beli tuala good morning dengan harga borong?

Dalielaramlie Sahat said...

sye pon nak tau kt mane sis borong tuala gud moning tu..

Noorul0206 said...

maaf sis... saya beli ni mydin.. mana2 mydin semua ada...