Tuesday, February 22, 2011

CENDERAHATI UNTUK AHLI KENDARAT..



BURUNG MURAI BURUNG KEDIDI

TERBANG RENDAH DI TEBING SUNGAI

TERIMA KASIH DAUN KELADI

BANTUAN KAMI HARGAI....

Masa majlis walimah saya dua bulan yang lepas.... saya ada mengadakan cabutan bertuah kepada para perewang....(betul ke frasa ni?) dan seperti biasa kita akan bagi mereka bunga roset beserta wang dan tuala... dan saya lekatkan dituala tersebut nombor-nombor..... hadiah simple-simple je..tapi yg penting bagi saya ada satu kenangan untuk mereka bawa pulang... jomlah biarkan gambar yang berbicara..........



ini lah bunga rozet yang saya buat sendiri... tapi takde lah plak ambil gambar untuk share DIY je..sorry ye.. tapi simple je bunga rozet saya ni....untuk satu bunga modalnya tak sampai rm0.50 pun.... murah dan jimat kan? hehehehhe sebelum ni ada gak saya cerita pasal bunga ni




ini pula, tuala good morning yang masih belum dilipat... letih wooooo melipat tuala-tuala ini..... hihihihi


Pantun dan no bertuah yang saya lekatkan di tuala-tuala good morning itu..... ni kira no 60 bertuah la ye masuk blog....hihihihihi ohya lupa nak bagitau...pantun tu ciptaan sendiri tau..ahaks.......


Inilah hasil bunga-bunga rozet yang telah siap dilekatkan dengan duit RM1.00




ini pula tuala-tuala yang telah dilipat dan dilekatkan sticker pantun dan no bertuah... saya ikat menggunakan benang sulam lebihan saya buat crostich dulu...hihihihihi lagi jimat.....



ini pula gambar bunga rozet yang telah dicantumkan dengan tuala-tuala dan no bertuah...


inilah botol yang menyimpan nombor-nombor bagi cabutan bertuah nanti..........

saya terlupa nak snap gambar hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah hari tu... takpelah ye bukan apa sangat pon hadiah nya...biasa-biasa je... ok ini sahaja laporan di hari mahligai kasih.... daaaaaaaaaa

jentayu biru

Sunday, February 13, 2011

Saya dan Mudah.com

pernah dengar laman sesawang ini? Mudah.com? ermmm saya dapat tahu mengenai mudah.com ini daripada adik saya...




Dan selama ini saya banyak mencari di mudah.com untuk mendapatkan perkhidmatan, kerja kosong , rumah sewa atau barang-barang lain... tetapi tak sangka pula kali ini saya sendiri yang mengiklan sesuatu di laman sesawang ini..kali ini saya iklankan almari baju saya..



Saya sayang Almari ni, tapi sebab fikir susah nak bawa balik rumah husband..jadi saya rasa elok saya jual je almari ni..elok lagi..dan rupanya anggapan saya silap... saya ingat takde orang nak beli..tapi berduyun-duyun sms masuk tanya mengenai almari ini...

Ermm memang mudah lah dengan mudah.com.my nie.... sesiapa yang berhasrat nak jual barang atau beli barang leh lah cuba.... daaaaaaaaa...

kuih kole kacang


Pernah makan tak kuih ni? no kuih kole kacang..sedap tau kuih ni...kebetulan suka makan kuih ni..rasa nak belajar buat la..bila tanya mak..rupanya senang sangat buat kuih ni.. bahan-bahan dia pun mudah sangat.... so rasa nak kongsi dengan semua resepinya..jeng jeng jeng...
bahan yang wajib ada ialah:-

1) Tepung Kacang.. (ni contoh je) hihihihihi


2)Gula merah ( tapi kalau nak sedap lagi guna gula melaka/gula kabung)

3) Santan ( tak semestinya santan kotak...santan dari kelapa ori lagi best...
4) Gula Pasir
5)Garam..




Cara-cara:-





saya guna kuali je...senang... saya masukkan satu cawan tepung
kacang bersama 3 cawan santan cair, 3 sudu gula merah (ikut
kesesuaian warna dan kemanisan)
1 sudu gula pasir dan secubit garam...
kemudian masakkan diatas api yang perlahan dan dikacau sehingga pekat...
makin lama dikacau/ditanak makin sedap tau..... kemudian boleh lah dimasukkan kedalam loyang atau bekas... dan tunggu sehingga keras dan sejuk..
kacau lama-lama tau dalam kuali..makin lama ditanak dalam kuali makin sedap....


TAPI KUIH NI TAK SEDAP TAU TANPA TAIK MINYAK...... JADI CARA BUAT TAHI MINYAK IALAH CAMNI....

senang je..amik santan pekat..(ikut banyak yang kita suka sebab ianya akan menghasilkan kuantiti hihihi) kemudian masak diatas api yang kecil sehingga kering dan menjadi tahi minyak..


kemudian leh tabur atas kuih kita... senang kan? saya pun tak sangka buat kuih nie semudah ini... kalau tahu dah lama saya buat..cewah hihihihihi

selamat mencuba... :)