Saturday, January 8, 2011

KENAPA SAYA TAK TUKAR WEDDING COUNTDOWN SAYA?


Kalau buka je blog saya..agaknya mesti ada yang pelik..kenape la saya tak tukar-tukar lagi atau buang wedding countdown saya tu? ermm jawapannya simple je dan cukup mudah..


KERANA
SAYA SUKAKANYA!!!! hihihhi

dan sebab keduanya adalah...

saya cukup suka nak kira berapa lama dah saya dan En.Kanda telah disatukan dengan lafaz Ijab dan Qabul bersaksi dengan izin berwali...

tentu ada yang tanya kenapa saya tak cari je ticker yang leh mengira sebegitu?

contoh ticker tempoh pertunangan saya....

sebenarnya saya bertunang hanya 6 bulan dan 5 hari hihihihihi


Dan jawapan saya adalah.... kerana saya nak menyimpan dan mengenang saat-saat saya menghitung hari bahagia tersebut... saya seperti tidak mahu melupakan debaran saya menghitung hari indah itu... jadi rasanya tak salah kan saya menggunakannya? hihihihi saat-saat debaran tersebut seronok dan mengasyikan jika dikenang....

Dan...sykur alhamdulillah pada hari ini telah 29 hari kami disatukan dengan lafaz yang suci..... semoga kami tabah menghadapi hari-hari mendatang dengan tabah dan bersama-sama melalui suka-duka dengan tenang diiringi restu Ilahi..amin...


.....jentayu biru....

No comments: