Wednesday, November 10, 2010

saya yang tiada idea untuk menulis

Hai...lama nye tak tgk blog ni... nak sempat atau dalam erti kata lain malas  hihihihihi ...sebenarnya byk idea-idea yg merencana di dalam minda tapi tak mampu diluahkan di papan keyboard ni.. bila jari jemari ni mula untuk menari tapi akhirnya gagal dalam mencari rentak..maka hilang la irama dan lagu untuk saya postkan ke dalam entry saya...


Tapi rasanya malam ni tetap nak gagahkan diri mencari kembali rentak dan irama untuk menghasilkan sebuah lagu yg menarik...cewah... saya sebenarnya dilanda kerisauan ... kenapa ntah rasa takut sikit... rasanya bukan saya je yg takut ni..mak abah n adik2 saya pon nampak risau....


Kekadang saya terfikir sendiri, susahnya menguruskan majlis walimah ye.... tapi kenapa ada sesetengah masih sibuk mencari dan mengintai ruang tuk memutuskan ikatan murni tersebut..adui kes tuntutan fasakh dan taliq boleh la tahannya..itu tak termasuk kes permohonan cerai dan lafaz cerai....


mungkin ada benarnya, kalau menguruskan majlis walimah sahja sudah sukar, apatah lagi kehidupan dalam perkahwinan tersebut...semestinya juga sukar ..tetapi semua perkara sukar dan susah jika kita tidak berjaya mengatasi dan mengurus masalah dengan baik.


Tak cakap lebih pon tak reti sebab belum cukup pengalaman dan belum pun menempuhinya, semoga melalui pengalaman rakan2, client (pengalaman yg paling banyak sampai kekadang buat saya takut hihihi), pembacaan dan observasi tak formal saya akan menjadikan saya lebih matang dan dapat melalui fasa tersebut dengan lebih baik

Dan semoga segala perancangan kami dipermudahkan berjalan lancar...aminnn

No comments: