Friday, November 26, 2010

PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA?

Hai, hari jumaat memang hari yang cukup pendek... saya tak dapat siapkan pun perancangan kerja harian saya semalam.... walaupun saya tak keluar lunch tapi still tak sempat siap juga...adui camne nak amik cuti panjang ni..sempat ke? ada 5-6 fail utk hujah tak termasuk fail2 yang perlu kemaskini..aduhai.... takpe pelan2 saya yakin saya leh siapkan..bukan apa saya tak mahu menyusahkan click saya bila saya bercuti nanti...hihihihihihi

Ok sebenarnya bukan nak citer pasal keje atau cuti ..tapi nak cerita mengenai satu ceramah ringkas yang dibuat di pejabat tadi... iaitu mengenai pengesanan awal kanser payudara.... Saya telah membuat sedikit carian (macam biasa di internet ler...hihihihi) dan nak kongsi di blog ini:-

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

untuk keterangan lanjut boleh rujuk kat kat sini

Ceramah ringkas ini disampaikan oleh penceramah daripada YEH MARKETING SDN BHD... mereka memperkenalkan satu alat baru (menurut beliau baru di Malaysia tapi telah digunakan lama di Russia) menarik gak alat ni... nak tahu lebih-lebih kena rujuk di  laman web rasmi mereka: click sinun ye...hihihihi

ok selamat menambah pengetahuan.... :)

No comments: