Monday, October 25, 2010

Filem Kita Wajah Kita?

Semalam, saya berkesempatan menonton Festivel Filem Malaysia yang Ke23... banyak juga filem yang tercalon tapi saya tak pernah dengar, contoh macam filem estet, Haq dan ada beberapa lagi... adakah filem tu kurang publisiti atau bajet kecil takde modal untuk publisiti? atau saya yang tak ambik tahu pasal filem tersebut..

Apapun sebagai penonton biasa yang tiada pengetahuan penuh mengenai filem apatah lagi dunia seni, saya tertarik untuk bercerita mengenai Filem yang telah menjadi filem terbaik iaitu Magika...bagi saya filem magika adalah satu anjakan dalam dunia perfileman Malaysia, walau dilihat ianya seakan meniru cerita-cerita Disney dari Hollywood namun bagi saya ianya tetap ada jati diri Malaysia, kisah dan jalan ceritanya tetap Malaysia kerana semua watak-watak didalamnya adalah watak-watak cerita rakyat masyarakat kita yang kian di lupakan...

Saya dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat ini, yang diselitkan dengan unsur-unsur moral yang bersahaja. Sekurang-kurangnya cerita ini dapat mengantikan kisah-kisah fairy tales seperti sleeping beauty, cinderella, Pinachio ddan sebagainya. Bukan apa tetapi jati diri dan asal usul kita perlu diterapkan kepada generasi muda kita terutama kanak-kanak...Bukan kah kanak-kanak adalah permata negara?

Bila melihat Magika saya tidak segan untuk melaungkan kembali sloganyang pernah diwar-warkan Finas satu masa dahulu "Filem Kita Wajah Kita" tapi sekiranya melihat lambakan filem diluar sana pada hari ini saya malu bukan setakat mewawarkan untuk menyebut slogan tersebut juga malu. Kerana saya malu untuk meniayakan apakah masyarakat yang gemar kepada kisah-kisah seram, mengeksplotasi wanita, atau kisah cinta yang tidak melambangkan masyarakat timur dan syariat Islam seperti yang digambarkan di dalam filem itu sama dengan realiti hidup masyarakat kita?

Saya teringat mengenai kupasan wartawan Utusan Malaysia sebulan yang lalu mengenai kurangnya filem berunsur Islam di Malaysia, jika dilihat sekeliling kita memang betul pun, cetusan pendapat seorang pembaca Utusan Malaysia (untuk penulisan penuh sila klik) mengenai filem kita hari ini, secara peribadi saya turut bersetuju dengan pendapat beliau...

Senaman Minda untuk hari ini......

* Sekadar luahan rasa dan pendapat dari pemikiran dan pandangan dari insan yang tidak mengerti dan memahami dunia seni tapi apa yang saya faham matlamat tidak menghalalkan cara...... Wa Allahu Alam.

No comments: