Sunday, September 26, 2010

MINAT YANG DAPAT DIREALISASIKAN

BUNGA....isskk saya memang giler ngan bunga.... sejak dari sekolah lagi memang suka bunga...walau tak reti mengubah bunga tapi sebab minat sangat saya tetap akan cucuk juga... kekadang habis bunga yang di beli saya mengatal gubah balik sebab nak tiru.... tak sangka sampai ke besar rupanya minat tu... adakalanya mak membebel gak... tak habis2 bunga...ui kui kui..


Klu pergi kedai buku plak pantang nampak buku mengenai krftangan atau gubahan mula la tercegat dan berdiri lama depan rak dan membelek-belek buku-buku tu.....  masa  belajar dulu, klu cari maklumat atau bahan assigment dari majalah di library dan sekiranya jumpa apa-apa gubahan yg cantik dan  berkenan saya akan potostat.... fuh yoooo punye la giler ngan bunga ni....
                                                                                          baki bunga dulang masa majlis pertunangan


Sempena satu majlis yang akan diatur oleh keluarga hujung tahun ni, saya telah cuba untuk menyiapkan sendiri bunga rozet untuk dipakai oleh mereka-mereka yang akan menyediakan makanan....  walau rasanya kos buat sendiri dan beli tak jauh bezanya.... (jika dicampur dengan kos tenaga)hhihihihihi kerana minat sangat,  maka saya rasa baik saya buat sendiri ...bukan banyak pun 80 keping je.. isk betuk ke penjodoh bilangan yg saya gunakan ni? kalau salah betulkan ye.... :)
saya bukan seorang yg kreatif, tetapi kerana minat maka...tarar...
 
Jadi setelah mencari contoh-contoh, dan kemudian mencari reben  
yang sesuai, maka akhirnya saya telah berjaya menyiapkan 80 keping bunga rozet ini....itupun setelah beberapa kali percubaan gagal... betul kata pepatah melayu... usaha tangga kejayaan

No comments: