Wednesday, September 22, 2010

ekspedisi malam 16 september 2010

apa yang berlaku pada malam 16 september 2010? tahun ni 16hb september adalah hari cuti umum kerana meruapkan hari malaysia....
Seingat minda ini, 16 September 1963 merupakan hari pertama nama Tanah Melayu ditukar kepada nama Malaysia...dan diguna pakai sehingga hari ini. Sebelum ini ianya bukan cuti umum tetapi semenjak Datuk Seri Najib memegang tampuk pimpinan Malaysia dan dengan slogan 1 Malaysia, maka hari ini diangkat sebagai hari cuti umum Malaysia dan merupakan salah satu dari hari-hari bersejarah kepada Malaysia..... sebenanrnya kalau dihayati dan diterokai Sejarah Malaysia dan Tanah Melayu banyak kisah dan cerita-cerita yang tersurat dan tersirat, pengorbanan pelbagai pihak yang perlu dihargai oleh warga muda.... betapa susahnya untuk memperolehi apa yang telah kita perolehi.... Semoga Malaysia berada dibawah payungan rahmat Ilahi dan sentiasa aman dan damai sentiasa aminnnnn.


spa yg kami pergi tu lagi best dari gambar ni...suasananya nyaman je....macam tepi sungai

Tapi sebenarnya bukan nak cerita tu saje...tapi ada cerita lain sebenarnya... waktu tengah rehat2 kat rumah seorang rakan sepejabat telefon, ingat kenapa la ...rupanya bakal pengantin ni ajak teman dia pergi buat inai.... dan g pedicure dan menicure.... dan lepas asar kami..(bertiga tapi bukan nga pengantin lelaki ye... hihihihihi) menjalankan misi... pertama nya pergi ke SPA...dan nasib baik... kakak SPA tu bagitau rupanya kalau nak pakai inai tak sesuai buat Pedicure dan Menicure sebab nanti inai tak lekat..perg nasib baik dia bagitau...kalau tak ,, menangis tak berlagu la bakal pengantin ni nanti...huhuhuhu inai ni penting kan bagi pengantin ... Jadi dia just basuh rambut je.... (aktiviti lain dirahsiakan)

Lepas  maghrib, dalam perjalanan nak pergi kedai inai, tetiba makcik dia telefon suh cari coklat, yang macam mana ntah..jadi kami terus je ke jusco bukit indah cari coklat yang dibayangkan dan buah-buahan.... coklat yang dicari tak jumpa habis stock adapun sikit je separuh pun tak sampai.... last2 beli je coklat apa yang sesuai tapi kat situ je dekat 1 jam setengah... sempat juga tempah kek untuk hantaran kat secret recipe.....lepas tu kitaorg cepat2 g kedai inai tu... tapi malangnya kami dah lewat la.... kedai tu dah tutup, tapi masih bernasib baik bila kedai bawah tu bagi no telefon kakak tu.... membr ni terus telefon dan setelah sesi pujuk memujuk selesai kami bergegas ke rumah kakak tu... dasat kan siap g rumah buat inai... memang dasat la malam tu misi selesai jam 11.30 malam (tak termasuk time aku sampai umah) hihihihihi dan malam ni buat pertama kalinya aku memandu keta member ni yang tak pernah aku pegang streng nya... pertama kali aku memandu keta orang lain...selalunya aku memang mengelak, tapi kali ni memang tak leh nak elak dah..tawakal je la...

Kenduri kahwin? susah rupanya...selama ni menghadiri majlis kahwin nampak macam senang je yela kita sebagai tetamu dan pemerhati je...tapi bila tengok dan terlibat sikit aku dah rasa pergggggggggg susahnya nak kahwin.!!!!!!.. tak leh wat last minit, perlukan persiapan yagn rapi dan teliti.... tapi kekadang aku sendiri pun hairan, kenapa pasangan-pasangan sekarang (terutama client2 I ler) senang-senangn je nak minta cerai, tak menjalankan tanggungjawab dengan baik? mereka tak fikir dan tak ingat ke ye kesusahan mereka sewaktu persiapan perkahwinan dulu? hargailah perkahwinan yang di bina...

Untuk diri ini......  belajar la dari pengalaman mereka.... Dan semoga diri ini akan dapat menyerapi ilmu-ilmu tidak formal ini dengan baik, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.....

No comments: