Wednesday, September 29, 2010

TIADA YANG MUSTAHIL

Sebenarnya tajuk untuk entry kali ni macam tak berapa nak kena... tapi saje sebab tiba-tiba terfikir ayat tu, jadi nak guna juga....
tujuan entry ni sebab @ untuk menyatakan ralat pada entry sebelum ini......
 maaf, tak perasan video kat entry sebelum ni tak habis... takpe saya upload yang baru ni...tararrrr....



video
lama juga tunggu tuk upload video ni...mata dah mula kuyu, esok ada kes luar daerah...fail?

 boleh tahan lah 10 fail... huhuhuhuhu semoga esok berjalan dengan lancar.. masa menunggu di

terjumpa satu post yang rasa macam menarik untuk dikongsi....


utk diri ini: selamat memahami dan beramal...... (orange ? eeeee color yg orang Tu sukerrrr. hihhuhuhuhu)

belajar dari kehidupan



video
  
Pagi tadi dengar motivasi pagi dari IKIM.FM.... motivator cerita pasal hati.... dan apa yang menarik perhatian saya adalah apabila ustaz cerita pasal belajar dari kehidupan... Sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran, dengan mudah kita dapat menyerap ilmu-ilmu tidak formal dari persekitaran kita dankehidupan... sedar atau tidak, dalam tempoh 24 jam kita sebenarnya bertemu dgn 1001 pelajaran dan pengajaran, bezanya sama ada kita berjaya menyerapi nya atau ilmu itu pergi bagai angin lalu.... kalau itu terjadi betapa ruginya kita....

Tersentak bila ustaz tersebut, bercerita mengenai bapa peguin... teringat kepada satu video yang saya terima dari rakan FB... sama lah dengan apa yang ustaz ceritakan... ustaz telah menghuraikan mengenai sikap sabar bapa penguin dalam menjalani rutin dan sunahtullah yg telah ditetapkan kepada mereka.... alhamdulillah sikit sebanyak terkesan juga di hati saya....

Tapi apa yg ingin saya sampaikan sedikit berbeza, kisah yang sama tapi kesan yg berbeza... saya ingin menyentuh mengenai tanggungjawab seorang bapa terutama mengenai nafkah... ( mungkin pengaruh kerja saya menyebabkan saya berfikir begitu) Saya merasakan betapa bapa peguin sangat bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai anak mereka... mereka bersusah payah menjaga selama 4 bulan dan memberi makan walau mereka sendiri tidak makan... Cukup berbeza dengan sikap segelintir masyarakat kita hari ini... Mereka hanya pandai merancang untuk mendapat anak tetapi gagal dalam menyediakan keperluan anak tersebut... (tapi bukan semua ya) bagi saya masalah bapa culas dalam pemberian nafkah bukan isu kecil dan terpinggir tapi ia merupakan wabak yang semakin serius, kalau tak takkan lah sampai kerajaan terpaksa mewujudkan satu bahagian atau unit dibawah Jabatan Kehakiman Syariah semata2 untuk menguatkuasakan pembayaran nafkah oleh bapa-bapa culas ini...

Kekadang rasa lucu, apabila tanggungjawab dan amanah dibahu, perlu diingatkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan... Seharusnya sekiranya mereka-mereka ini beramal dengan AL-Quran dan Sunah, brpaksikan kepada ajaran Islam sebenar, maka semestinya isu bapa-bapa culas nafkah tidak timbul, kerana masing-masing tahu akan tangungjawab masing-masing...

Kadangkala kasihan kepada si ibu, bersusah payah turun naik mahkamah, menebalkan muka memohon bantuan guaman, JKM dan baitulmal kerana tidak mampu menanggung sendirian kos kehidupan anak, lagi malang ada yang  terpaksa menanggung kehidupan bapa-bapa culas ini.... dan bapa-bapa ini seolah seperti batu mendiamkan diri dan ada yang lebih dashyat melarikan diri atau menyusahkan diri sendiri dengan mengecilkan pendapatan di slip pendapatan masing-masing...

Bila melihat video ini dan membandingkan dengan sikap-sikap insan culas ini, terasa malu sendiri... sebagai insan yang dianugerahi akal dan fikiran seharusnya kita lebih teratur dan bertanggungjawab. Jika diteliti, saya berpendapat kes-kes culas nafkah  adalah satu dari faktor kebobrokan akhlak remaja, mereka mula mencari jalan pintas untuk mendapatkan duit kerana sedih melihat ibu bersusah payah atau mungkin kerana seronok jika memperolehi duit yang banyak... tepuk dada tanya lah minda...

Bila direnungi, sebenarnya sekeliling kita ada ilmu dan peringatan yang Allah berikan kepada kita, terserah kepada kita untuk mencari, menyedari dan menyerapi ilmu-ilmu tersebut dan akhirnya mengamalkannya...
Jom sama-sama kita belajar dari kehidupan ini.... sebab FOC je.... ( baru je belajar perkataan ni FOC = Free Of Charge... hai byk nye yg tak tahu hihihihi )

* Ini adalah pendapat peribadi hasil dari penelitian dan pengamatan tidak formal saya...yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan... wa Allah hu alam..

Sunday, September 26, 2010

MINAT YANG DAPAT DIREALISASIKAN

BUNGA....isskk saya memang giler ngan bunga.... sejak dari sekolah lagi memang suka bunga...walau tak reti mengubah bunga tapi sebab minat sangat saya tetap akan cucuk juga... kekadang habis bunga yang di beli saya mengatal gubah balik sebab nak tiru.... tak sangka sampai ke besar rupanya minat tu... adakalanya mak membebel gak... tak habis2 bunga...ui kui kui..


Klu pergi kedai buku plak pantang nampak buku mengenai krftangan atau gubahan mula la tercegat dan berdiri lama depan rak dan membelek-belek buku-buku tu.....  masa  belajar dulu, klu cari maklumat atau bahan assigment dari majalah di library dan sekiranya jumpa apa-apa gubahan yg cantik dan  berkenan saya akan potostat.... fuh yoooo punye la giler ngan bunga ni....
                                                                                          baki bunga dulang masa majlis pertunangan


Sempena satu majlis yang akan diatur oleh keluarga hujung tahun ni, saya telah cuba untuk menyiapkan sendiri bunga rozet untuk dipakai oleh mereka-mereka yang akan menyediakan makanan....  walau rasanya kos buat sendiri dan beli tak jauh bezanya.... (jika dicampur dengan kos tenaga)hhihihihihi kerana minat sangat,  maka saya rasa baik saya buat sendiri ...bukan banyak pun 80 keping je.. isk betuk ke penjodoh bilangan yg saya gunakan ni? kalau salah betulkan ye.... :)
saya bukan seorang yg kreatif, tetapi kerana minat maka...tarar...
 
Jadi setelah mencari contoh-contoh, dan kemudian mencari reben  
yang sesuai, maka akhirnya saya telah berjaya menyiapkan 80 keping bunga rozet ini....itupun setelah beberapa kali percubaan gagal... betul kata pepatah melayu... usaha tangga kejayaan

Wednesday, September 22, 2010

ekspedisi malam 16 september 2010

apa yang berlaku pada malam 16 september 2010? tahun ni 16hb september adalah hari cuti umum kerana meruapkan hari malaysia....
Seingat minda ini, 16 September 1963 merupakan hari pertama nama Tanah Melayu ditukar kepada nama Malaysia...dan diguna pakai sehingga hari ini. Sebelum ini ianya bukan cuti umum tetapi semenjak Datuk Seri Najib memegang tampuk pimpinan Malaysia dan dengan slogan 1 Malaysia, maka hari ini diangkat sebagai hari cuti umum Malaysia dan merupakan salah satu dari hari-hari bersejarah kepada Malaysia..... sebenanrnya kalau dihayati dan diterokai Sejarah Malaysia dan Tanah Melayu banyak kisah dan cerita-cerita yang tersurat dan tersirat, pengorbanan pelbagai pihak yang perlu dihargai oleh warga muda.... betapa susahnya untuk memperolehi apa yang telah kita perolehi.... Semoga Malaysia berada dibawah payungan rahmat Ilahi dan sentiasa aman dan damai sentiasa aminnnnn.


spa yg kami pergi tu lagi best dari gambar ni...suasananya nyaman je....macam tepi sungai

Tapi sebenarnya bukan nak cerita tu saje...tapi ada cerita lain sebenarnya... waktu tengah rehat2 kat rumah seorang rakan sepejabat telefon, ingat kenapa la ...rupanya bakal pengantin ni ajak teman dia pergi buat inai.... dan g pedicure dan menicure.... dan lepas asar kami..(bertiga tapi bukan nga pengantin lelaki ye... hihihihihi) menjalankan misi... pertama nya pergi ke SPA...dan nasib baik... kakak SPA tu bagitau rupanya kalau nak pakai inai tak sesuai buat Pedicure dan Menicure sebab nanti inai tak lekat..perg nasib baik dia bagitau...kalau tak ,, menangis tak berlagu la bakal pengantin ni nanti...huhuhuhu inai ni penting kan bagi pengantin ... Jadi dia just basuh rambut je.... (aktiviti lain dirahsiakan)

Lepas  maghrib, dalam perjalanan nak pergi kedai inai, tetiba makcik dia telefon suh cari coklat, yang macam mana ntah..jadi kami terus je ke jusco bukit indah cari coklat yang dibayangkan dan buah-buahan.... coklat yang dicari tak jumpa habis stock adapun sikit je separuh pun tak sampai.... last2 beli je coklat apa yang sesuai tapi kat situ je dekat 1 jam setengah... sempat juga tempah kek untuk hantaran kat secret recipe.....lepas tu kitaorg cepat2 g kedai inai tu... tapi malangnya kami dah lewat la.... kedai tu dah tutup, tapi masih bernasib baik bila kedai bawah tu bagi no telefon kakak tu.... membr ni terus telefon dan setelah sesi pujuk memujuk selesai kami bergegas ke rumah kakak tu... dasat kan siap g rumah buat inai... memang dasat la malam tu misi selesai jam 11.30 malam (tak termasuk time aku sampai umah) hihihihihi dan malam ni buat pertama kalinya aku memandu keta member ni yang tak pernah aku pegang streng nya... pertama kali aku memandu keta orang lain...selalunya aku memang mengelak, tapi kali ni memang tak leh nak elak dah..tawakal je la...

Kenduri kahwin? susah rupanya...selama ni menghadiri majlis kahwin nampak macam senang je yela kita sebagai tetamu dan pemerhati je...tapi bila tengok dan terlibat sikit aku dah rasa pergggggggggg susahnya nak kahwin.!!!!!!.. tak leh wat last minit, perlukan persiapan yagn rapi dan teliti.... tapi kekadang aku sendiri pun hairan, kenapa pasangan-pasangan sekarang (terutama client2 I ler) senang-senangn je nak minta cerai, tak menjalankan tanggungjawab dengan baik? mereka tak fikir dan tak ingat ke ye kesusahan mereka sewaktu persiapan perkahwinan dulu? hargailah perkahwinan yang di bina...

Untuk diri ini......  belajar la dari pengalaman mereka.... Dan semoga diri ini akan dapat menyerapi ilmu-ilmu tidak formal ini dengan baik, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.....

Tuesday, September 14, 2010

Stress ker?

Hari kedua bekerja lepas cuti raya...berapa kerat je kat office ni...boring betul... client hari ni ramai sikit la dari semalam..... kira ok la kan... member yg nak kawin minggu ni... nampak stress sikit tapi ok kot sebab masih boleh dikawal.....hihihiihi pening gak erk nak kawin ni....

Kerana kebosanan yang melanda... jadi aku jadi melawat blog-blog yang ada di alam maya ni.... dan satu rencana dari satu blog ni memang rasanya sesuai untuk bakal-bakal pengantin (B2B) malas nak terjemah dalam bahasa jadi copy dan letak bulat-bulat la kat blog ni... nanti leh g blog dia ye . http://yourstruly-norr.blogspot.com/ dan kepada empunya blog terima kasih diatas perkongsian ini....

1. The #1 People Who Will Stress You Out: Each OtherIt's true. No one can stress you out during wedding planning as much as your future spouse can. Of all the people involved in the planning, they're probably the one whom you'll most frequently need to make decisions with. It's probably also the most major project you've worked on together and so differences in issues like budgeting, organization styles, and even just taste level can suddenly become problems. And though they'll probably stress you out more, the only way out is to understand each others' need..it's not a 1 person's wedding..it's "our wedding" so compromise is the best answer of all.

 

2. Your ParentsOur parents stress us out for our entire lives, why would they stop now? Whether its complaining about money you're spending, wanting to be overly involved, having high ideals of what a wedding should be, or disapproving of your marriage totally, parents can be STRESSFUL. Here are some strategies:Early in the wedding planning process, get together to talk money, and discuss general initial ideas of when/where/style/size. Then try to avoid the pitfalls. Don't promise any thing you haven't first talked about with your fiance. Keep sight of your vision for your wedding; write it in large type next to the phone if necessary. Try to let your parents feel involved by asking for advice and giving them the tasks you don't need creative control of.

3. Well-meaning Opinionated Friends, Coworkers, and RelativesIt's pretty much guaranteed that everyone will want to know the details of your wedding and everyone will have an opinion. Listen to what they have to say, but with a grain of salt. Repeat this mantra: They are not the ones getting married, we are. If you listened to what everyone thought, you would have a mishmosh wedding that would not reflect who you are in the slightest. So you can consider what they think - they might have valuable advice for you - but don't let it sway you from what's really important to you. In the moment you can say, "Thanks so much for the advice! It's nice to have wisdom from people who've done it before. I'll add it to my "things to think about" folder!"

Idea No 3 ni macam terkena batang hidung kan..sebab saya ni memang suka dan kekadang terlalu memikirkan apa org kata nanti...sikit-sikit ala nanti orang akta...nanti orang kata... bila fikir balik betul juga... buat apa ye sibuk nak fikir apa orang kata...  jadi kena ada anjakan paradigma baru dalam diri.... :)


4. Divorced and Bickering Family Members
These people stress you out for two reasons:1) Who knows how they'll behave at your wedding? Sit down with them to say "I'm so glad you're coming to my wedding. I hope you can do me a big favor. You two fight so much, and I really want the focus of our wedding to be on love. Do you mind doing everything in your power to be civil just for that one day?" Remember, if they do bicker at your wedding, you'll probably be too caught up in everything else to even notice. 2) They can make marriage and family seem really unhappy and doomed to fail. So take time now to focus on yourselves.

 

5. The Stress of Pushy or Unresponsive Wedding Vendors
Vendors want to make money, so they'll often push more expensive products. But it's okay to say, "I need to stick to my budget. Can we stay with the basic option?" If you're still tempted, say firmly, "I love it, but I need to be strict about budget. Do you have any flexibility on the price?" Then rather than agreeing to it right away, say "I'll have to go home and see if I can move some things around and get back to you." At home, it will be easier to decide if that extra option is really necessary.For unresponsive vendors who don't return your phone calls quickly, politely tell them that you're concerned about promptness. Then it's 3 strikes: If they don't step up their game, it's time to find someone who has time for your business.

 Saya rasa vendor bukan masalah besar bagi saya...sebab saya bukan nya ada vendor pun nanti... paling kurang pon ada mak andam je..jadi takde lah stress sangat nanti....
 
Wah belum apa-apa lagi saya dah sediakan diri untuk menghadapi tiupan awal pra perkahwinan...huhuhuhuhuhuhu memang kelakar la ..ni semua gara-gara terpengaruh dengan persiapan rakan sepejabat.... huhuhuhuhuhuhu ok apapun kepada rakan sepejabat ku...selamat menghadapi dugaan pra perkahwinan ini ye.... dan chayok chayok.... Semoga segalanya berjalan lancar sebagaimana dirancang...aminnnn.....
 
 
 

cornflakes madu eksperimen

Kalau Syawal tahun-tahun lepas, buat ngan mak...balik kampung dulu pastu hari terakhir ramadhan baru kami wat kuih dan biskut raya.... sakan satu hari buat sampai 3-4 jenis biskut... huhhuhuh tapi tahun ni kalau ikut jadual abah memang tak sempat la nak wat kat umah jadi umah plan.....

Jadi, tahun ni semangat nak buat kuih raya dari rumah sewa dan pastu bawa balik kampung dgn kuih dan biskut yang dah siap.... pergi TESCO ngan angah dan beriya beli barang-barang wat kuih... dekat RM50.00 gak habis...dalam kepala ni macam2 nak buat... buku resepi mak lupa plak nak pinjam hari tu... harap buku resepi aku? hahhahaha takde apa pun huhuhuhuhuhu takpe leh cari kat Internet je nanti kan.....

Memang takde masa sebenarnya nak buat, apataknya hari minggu masing2 ada aktiviti yg tak melekat kat rumah.... nak wat solat terawih perggg memang tak larat la.... tapi masa semak-semak resepi yang best kat internet... terjumpa resepi cornflakes madu...nampak cantik dan menarik... jadi apa lagi rajin2 kan diri menyalin....Ahad..sebenarnya dah ada janji g cari barang ngan seseorang...tapi lepas subuh terus gagahkan diri buat juga... difikir-fikir bukan susah pon buat cornflakes madu ni...terima kasih kepada tuan punya blog..saya dah lupa apa ye nama blog tu..ada salin kat dalam buku resepi tapi tertinggal kat rumah plak ....
setelah dicampur semua ramuan

Tak beli madu pon sebab gunakan madu asli yang saya beli kat office 4 bulan yang lepas...tengok madu tu dah digunakan pon jadi baik gak saya buat cornflakes madu ni guna madu tu.... lepas tu hias cantik-cantik biar nampak ceria dan menawan... :) ...
Kebetulan orang tu lewat satu jam dari yang dijanjikan...jadi saya dapat membakar dan menyimpan cornflakes yang telah siap dengan sempurna....
AKhirnya eksperimen berjaya....dan dapat la bawa balik..bukan setakat utk rumah mak dan abah..tapi dapat bawa balik rumah atuk lagi... huhuhuhuhu well tahun leh cuba lagi...dan lepas ni makin banyak lah eksperimen-eksperimen... kalau sedap takpe kalau tak sedap camne erk??? huhuhuhuhu apapun kali ni saya telah berjaya.............

Monday, September 13, 2010

MEMORI BERBUKA PUASA

Minggu ketiga ramadhan tahun ni, keluar cari barang-barang raya dan barang-barang lain.... dan susah juga ye nak cari tempat berbuka puasa..padahal punyela melambak kedai makan dan restoren kat JB ni...kedai yg telah kami aim nak pegi tutup rupanya nasib baik ada kawan yang memang kaki makan dan kaki cari kedai makan yang best...terpaksalah buat muka takmalu call tanya dia kat mana best.... dia cadangkan kat Malay Village kat Jalan Nong Chik...mula nye macam sayang  je nak makan kat situ huhuhuhu tapi takpelah bukan selalu kan....
Banyak tul makanan, nak memadankan dengan apa yg telah dibayar...iskk dasat betul... tapi kira ok la seronok...suasana pon seronok...lum raya tapi dah rasa macam raya....

cume tak bestnye, pihak restoren tak buka radio atau rancangan yang kita boleh tahu waktu berbuka... tertanya-tanya dah berbuka ke belum...dekat je ngan masjid tapi faham-faham jelah dah ramai camtu memang susah nak dengar laungan azan dari masjid apatah lagi pihak restoren bukak radio lagu-lagu raya memang la tak dengar ..


Apa yang mengejutkan ialah terjumpa dengan senior masa sekolah dulu..iskk kecik tul dunia ni kan.... My En. T pun satu sekolah huhuhuhuhuhu....

Apapun Alhamdulillah dan syukur dengan nikmat ilahi diatas segala rezki dan kebahagian yang dianugerahkan... semoga semuanya sentiasa dibawah rahmatNya...amin.

Thursday, September 2, 2010

RAMADHAN YG SENTIASA DIRINDUI

Hari ni 23 ramadhan...... kejap je... rasa macam baru je sambut 1 ramadhan tetiba dah nak raya... zaman sekarang tak macam dulu........ masa bergerak cepat sangat...

tahun depan entah dapat ke tidak lagi merasai ramadhan... Ya Allah terima kasih diatas nikmat-nikmatMu, pertemuan Ku dengan Ramadhan, Kesihatan ku Menjalani ramadhan, dan pelbagai nikmat lain yang tidak terhitung banyaknya,

Ya Allah semoga engkau tidak murka kepada kealpaan ku, kepada kelalaian Ku sehingga Meanrik kembali nikmat-nikmat ini keatas ku....

Ya Allah Ampuni dosaku dan semoga diberi kesihatan yang baik dn dipertemukan ku lagi dengan Ramadhan tahun depan, amin...

Ramadhan ku bakal merinduimu..........