Tuesday, August 24, 2010

SHARING IS CARING so?????

Tadi masa lunch aku didatangi oleh seorang collegue... dari riak wajah dia macam ada masalah je..  macam biasa nak share la kisah dia maybe leh jadikan panduan n pedoman tuk diri ini... dan seperti biasa nama adalah dirahsiakan hihhihihihi cukup la sekadar dipanggil Miss V...


Rupanya Miss V nak share masalah atau sebenarnye bagi aku bukan lah masalah tetapi perasaan tidak puashati atau salahfaham je antara Miss V dengan tunang dia... ai nampaknya aku bukan je jadi pendengar kepada mereka yg sudah berumahtangga tapi turut kepada yg bakal berumahtangga...isk lagi wat aku jadi takut ni.....


Miss V akan melangsungkan perkahwinan dia Oktober ni....(office aku tahun ni macam tahun pengantin huhuhuhuhu) tapi dia rasa macam dia sorang je yg pikir dan risaukan pasal majlis mereka, Tunang dia relax je... bila dia send rafting kad jemputan, tunang dia tak reply atau komen apa2 pon dia nak cakap byk kali pon naik segan..akhirnya dia buat keputusan sendiri je.... macam tu jugak fikir macam2 dia jadi takut, sebab semuanya di bahu dia.... dia sendiri serba salah ngan sikap tunang dia...mana mulanya dia rasa biasa je...tapi bila adik dia sendiri tegur yg tunang dia nampak relax je, jadikan Miss V ni kalut sendiri....


Aku nak nasihat lebih2 pon tak la pandai sgt jadi aku menyumbangkan la beberapa idea dan pendapat harap2 ianya tidaklah menjadikan irama mereka sumbang...hihhhhihi Mungkin memang tunang Miss V ni jenis cool n relax, dan Miss V ni memang aku akui ada sedikit sikap kelam kabut tu (sori frenz hihihihihi) so ada kontra kat situ... memandangkan tunang Miss V anak yatim tiada ibu, mungkin dia sebenarnye rasa sedih bila memikirkan majlis kerana ianya maybe akan menyebabkan rasa rindu yg teramat dan rasa terkilan sebab Arwah ibu nya tak dapat bersama...sama ngan My Mr T... so dari story My Mr T aku adaptasi dan share dengan Miss V plak.... jadi Miss V kena lah tolak ansur kat situ....tapi rasanya kena gak kot bagitau dan bawa berbincang dengan tunang dia ....agar leh cari penyelesaian bersama.... tapi Miss V kata dia tak mahu bebankan atau menyebabkan tunang dia stress.... so dia masih leh tanggung sorang2... ermmmmmm aku pon tak faham kekadang ngan sikap wanita ni... muda terusik tapi masih keras mlindungi insan yg disayangi...


Aku akui majlis perkahwinan ni memang memberi tekanan.... kekadang terpikir kenapa ye masyarakat kita suka menyusahkan perkara yg hakikatnya mudah? ermmmmm entahlah.... aku kekadang terpikir...macammana ye agaknya nnt aku menguruskan majlis aku? well ntahlah aku plak yg rasa takut mudahan dengan bantuan keluarga, adik-adik. My Mr T, kawan-kawan sekeliling aku tidak akan tertekan ketika membuat persiapan perkahwinan aku kelak.... aminnnnnnn Kepada Miss V...berterus terang, komunikasi dan perbincangan adalah jalan terbaik dalam mengatasi sesuatu kesalahfahaman..kita dan pasangan kita adalah dua insan yang berbeza latar belakang dan sikap jadi perlukan banyak perbincangan dan tolan ansur serta memahami dalam mengatasi sesuatu isu...(nasihat ini ditujukan untuk diri sendiri juga hihihihihi) ok selamat berjaya semua...Dan jangan lah menyusahkan perkara yg telah dipermudahkan oleh Agama hanya kerana Adat..make life simple.....

No comments: