Tuesday, August 31, 2010

APABILA 'DIA' BERKEHENDAK BEGITU........

Gara-gara tertidur siang tadi begitu lama, malam ni tak boleh tidur...... setelah usai melakukan perkara yang seharusnya dilakukan...cuba juga melelapkan mata...tapi gagal...jadi apa lagi segera kesayanganku hp pavillion 1000 dicapai dan celcom broadband dicucuk..hihihihi dan malam ni aku menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain membaca, mencari intipati yang sesuai dan menerapkan ilmu-ilmu itu kedalam neuron-neuron minda ku..... Dan Alhamdulillah blog ini ketemui: http://keranacinta.wordpress.com, dan hati ini tertarik dengan satu entry ini... tajuk nya saja dah buat aku nak membacanya....

Tahniah Catriona Ross Kerana Memilih Hijab!

Betullah, sekiranya Allah berkehendak kepada sesuatu dengan mudah ianya terlaksana...alhamdulillah kerana kita masih dibawah payungan rahmat dan nur Allah.... Diri ini cukup tertarik dengan cerita dan pengolahan ayat dalam entry ini... Jadi saya share entry ini sebagai panduan dan pedoman kepada diri ini yang sering lupa dan lalai.... Terima kasih penulis blog kerana cinta (ummu abbas)...

Jom kita ikuti perceritaan Cat mengenai momen indah tersebut ;

Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross ini menjelaskan, sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.
Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
“Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
“Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu,” katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.


“Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
“Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
“Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
“Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? “Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.


“Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham,” kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.
Perasaan gembira melakukan penghijrahan itu turut dikongsi bersama ibu tercinta. Sebaik mengetahui Cat bertudung, ibunya bergegas terbang ke Kuala Lumpur, malah turut dibelikan tudung untuk dihadiahkan kepada aktres itu.
“Ibu sanggup terbang dari Kelantan semata-mata mahu melihat perubahan saya. Terharu saya melihat riak gembira di wajah ibu dan berita itu turut dimaklumkan kepada bapa saya yang bertugas di Romania.
“Ramai juga teman terkejut dengan perubahan saya dan masing-masing bertanya apa menyebabkan saya tiba-tiba ubah imej. Terus-terang saya sangat bersyukur diberi hidayah dengan cara begini.
“Tak pernah saya rasa setenang ini, sesungguhnya saya antara manusia bertuah,” kata Cat sambil mencium pipi montel buah hatinya, Sephia Rania Ross-Iddin.
Hadir berdua ke Balai Berita, Cat cekap menguruskan Rania. Lebih menarik, bayi comel berusia empat bulan setengah itu seakan-akan memahami komitmen ibunya yang perlu memberi pose terbaik di depan lensa kamera tidak banyak kerenah.
Berkongsi pengalaman sebagai ibu, Cat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang mudah dijaga. Lumrah ibu beranak kecil, pasti kurang rehat dan tidur, namun berbeza dengannya apabila tidak berdepan situasi itu.
Zuriat hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Shahruddin Mokhtaruddin itu senang dibawa ke mana-mana, malah dari kecil dia yang menguruskan segala keperluan Rania. Jika terbabit dengan penggambaran, Rania ditinggalkan dengan mentua atau ibunya jika bertandang ke Kuala Lumpur.
“Mula-mula memang kekok, maklumlah tidak ada pengalaman, tetapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri. Rania anak yang baik dan bukan jenis suka merengek atau menangis.
“Saya gembira dapat melihat dia membesar depan mata. Setiap perkembangannya dapat saya saksikan dan itu momen yang sungguh bermakna.
“Daripada pemerhatian saya, Rania mudah mesra, sangat berdikari dan suka berkawan tetapi mudah terasa hati. Dialah permata hati saya dan suami,” kata lulusan Bachelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia ini.
Beralih perihal karier, Cat masih aktif berlakon, cuma seperti kebanyakan teman artis yang mempunyai anak kecil, aktiviti seninya sedikit terhad di mana dia hanya menerima tawaran penggambaran sekitar Kuala Lumpur.
Dia tidak ralat meskipun banyak tawaran terpaksa ditolak demi Rania. Ini kerana sebagai ibu dia mahu memberikan perhatian terbaik buat anaknya.
Serentak perubahan imejnya, ada suara nakal berbisik kononnya ruangnya untuk berkarya dalam persada lakonan kian terbatas, namun bagi Cat itu cuma omong kosong yang sedikitpun tidak berbekas di hati.
“Saya sedikit pun tak risau soal ini. Ada doa yang berbunyi: ‘Ku mohon rezeki dari langit Kau turunkan, rezeki dari bumi Kau keluarkan, rezeki yang jauh Kau dekatkan, rezeki payah Kau permudahkan’. Saya pegang doa ini. Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah dan sebagai manusia kita kena berusaha dan bertawakal.
“Tiada apa perlu saya takutkan dengan perubahan imej ini. Bukankah menutup aurat itu tuntutan agama. Jika kita perhatikan sudah ramai artis bertudung, tak ada masalah pun.
“Kalau benar kerana memakai tudung tawaran selepas ini mula berkurang, saya pasrah. Dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini pun saya tidak ralat kerana tawaran ada, cuma saya perlu lebih selektif kerana tidak sampai hati berjauhan dengan Rania. Jika penggambaran di lakukan sekitar Kuala Lumpur saya akan terima.
“Jika tidak terbabit dengan penggambaran, sambil uruskan Rania saya ambil tempahan biskut cip coklat dan sibuk dengan bisnes aksesori serta pin tudung. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, termasuk dari Kota Bharu.
“Seperti saya katakan tadi, dengan izin Allah rezeki ada di mana-mana saja dan datang dengan berbagai cara. Justeru, tidak perlu ragu-ragu bila ada suara sumbang cuba menakutkan kita,” katanya.

Sumber: Metro

Setelah membaca entry ni, hati saya sedikit bergetar... teringat kepada sebuah lagu nasyid di zaman persekolahan dulu....
"hidayah Allah adakah terasa, jika masih belum carilah segera, dimana-mana ia tetap ada cuma diri kita mungkin menolaknya....."
Semoga diri ini tidak melarikan diri dan menolak hidayah yang diberi oleh Allah, amin.....

Tuesday, August 24, 2010

SHARING IS CARING so?????

Tadi masa lunch aku didatangi oleh seorang collegue... dari riak wajah dia macam ada masalah je..  macam biasa nak share la kisah dia maybe leh jadikan panduan n pedoman tuk diri ini... dan seperti biasa nama adalah dirahsiakan hihhihihihi cukup la sekadar dipanggil Miss V...


Rupanya Miss V nak share masalah atau sebenarnye bagi aku bukan lah masalah tetapi perasaan tidak puashati atau salahfaham je antara Miss V dengan tunang dia... ai nampaknya aku bukan je jadi pendengar kepada mereka yg sudah berumahtangga tapi turut kepada yg bakal berumahtangga...isk lagi wat aku jadi takut ni.....


Miss V akan melangsungkan perkahwinan dia Oktober ni....(office aku tahun ni macam tahun pengantin huhuhuhuhu) tapi dia rasa macam dia sorang je yg pikir dan risaukan pasal majlis mereka, Tunang dia relax je... bila dia send rafting kad jemputan, tunang dia tak reply atau komen apa2 pon dia nak cakap byk kali pon naik segan..akhirnya dia buat keputusan sendiri je.... macam tu jugak fikir macam2 dia jadi takut, sebab semuanya di bahu dia.... dia sendiri serba salah ngan sikap tunang dia...mana mulanya dia rasa biasa je...tapi bila adik dia sendiri tegur yg tunang dia nampak relax je, jadikan Miss V ni kalut sendiri....


Aku nak nasihat lebih2 pon tak la pandai sgt jadi aku menyumbangkan la beberapa idea dan pendapat harap2 ianya tidaklah menjadikan irama mereka sumbang...hihhhhihi Mungkin memang tunang Miss V ni jenis cool n relax, dan Miss V ni memang aku akui ada sedikit sikap kelam kabut tu (sori frenz hihihihihi) so ada kontra kat situ... memandangkan tunang Miss V anak yatim tiada ibu, mungkin dia sebenarnye rasa sedih bila memikirkan majlis kerana ianya maybe akan menyebabkan rasa rindu yg teramat dan rasa terkilan sebab Arwah ibu nya tak dapat bersama...sama ngan My Mr T... so dari story My Mr T aku adaptasi dan share dengan Miss V plak.... jadi Miss V kena lah tolak ansur kat situ....tapi rasanya kena gak kot bagitau dan bawa berbincang dengan tunang dia ....agar leh cari penyelesaian bersama.... tapi Miss V kata dia tak mahu bebankan atau menyebabkan tunang dia stress.... so dia masih leh tanggung sorang2... ermmmmmm aku pon tak faham kekadang ngan sikap wanita ni... muda terusik tapi masih keras mlindungi insan yg disayangi...


Aku akui majlis perkahwinan ni memang memberi tekanan.... kekadang terpikir kenapa ye masyarakat kita suka menyusahkan perkara yg hakikatnya mudah? ermmmmm entahlah.... aku kekadang terpikir...macammana ye agaknya nnt aku menguruskan majlis aku? well ntahlah aku plak yg rasa takut mudahan dengan bantuan keluarga, adik-adik. My Mr T, kawan-kawan sekeliling aku tidak akan tertekan ketika membuat persiapan perkahwinan aku kelak.... aminnnnnnn Kepada Miss V...berterus terang, komunikasi dan perbincangan adalah jalan terbaik dalam mengatasi sesuatu kesalahfahaman..kita dan pasangan kita adalah dua insan yang berbeza latar belakang dan sikap jadi perlukan banyak perbincangan dan tolan ansur serta memahami dalam mengatasi sesuatu isu...(nasihat ini ditujukan untuk diri sendiri juga hihihihihi) ok selamat berjaya semua...Dan jangan lah menyusahkan perkara yg telah dipermudahkan oleh Agama hanya kerana Adat..make life simple.....

Sunday, August 15, 2010

ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI

4 hari sebelum Ramadhan, sewaktu berhenti di sebuah petrol pum ternampak majalah ANIS yang lama tak dimiliki....... bukan tak mau beli tapi kekangan masa untuk membaca menyebabkan niat untuk membeli dibatalkan, tapi kali ni rasa nak beli juga lagi pon angah yang drive jadi leh baca sepanajng perjalanan........ Dan waktu membuka ke halapan Terapi Hati, tertarik dengan artikel tulisan Sofiyah@Satuyah Rasin mengenai cara dan penerimaan kita ketika tiap kali menerima ujian..... nak share intipadi penulisan beliau kat sini.... klu nak baca penuh kena dapat kat ANIS..... semoga lepas membaca entry ni ramai-ramai la dapatkan ANIS di pasaran... hehehhehehe

Maya yang sedang menghadapi pelbagai masalah telah meluahkan perasaannya terhadap ibunya. Setelah mendengar cerita Maya, Ibunya telah mengajak Maya ke dapur, Ibu mendidihkan tiga periuk air kosong. Setelah air mendidih ibu masukkan lobak merah, telur dan serbuk kopi asli ke dalam periuk berasingan. Semua dibiarkan mendidih beberapa lama. Selepas itu ibu mengeluarkan lobak merah dan telur dan kopi dari periuk serta meletakkan nya di dalam mangkuk. Dan minta untuk maya cuba memegang lobak merah.... lembik... kemudian pecahkan telur yang telah direbus.... kemudian menghidu dan rasa aroma wangi kopi... Maya mohon penjelasan ibu mengenainya.......

Lobak merah, telur dan kopi telah dididihkan dengan cara dan jangka masa yang sama....

Lobak Merah = pada mulanya keras tetapi setelah dimasukkan ke dalam air yang mendidih menjadi lembik.


Telur = sebelum di masukkan dalam air mendidih mempunyai kulit yang rapuh dan isi yg lembut.. tapi setelah itu mempunyai kulit yang keras dan isi yang beku.

Beza dengan Serbuk Kopi.... sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sangat keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air panas mendidih. Sifat pepejal luarannya hilang, larut seolah-olah mengalah kepada air panas, namun ia berjaya mengubah warna, rasa dan bau air panas mendidih.

Air yang jernih menjadi air kopi. Jatidiri kopi tidak berubah walaupun ia larut dalam air panas, bahkan ia tela mengubah air kosong menjadi air kopi..

PERSOALANNYA DIMANA KAH KITA?

Adakah kita seperti lobak merah yang keras dengan warna gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila diuji? meratap sepanjang hidup atas "malangnya" nasib yang menimpa diri? mencari-cari siapakah yang patut dipersalahkan atas panasnya penderitaan kita?
atau...........

Seperti telur yang bermula dengan memiliki hati yang lembut, menjadi keras hatinya apabila menghadapi bencana dan ujian?Luarannya seperti tidak berubah tetapi keras di dalamnya, tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas kerana penderitaan yg melanda, mengukur berapa tebal tembok yang perlu dibina antara diri dengan 'penjahat' yang membuat hidup menjadi susah?
atau..................

Seperti biji kopi yang tidak pernah hilang jati diri walau pun telah dikisar dan dimasukkan ke dalam air mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian tidak mengubah jatidiri. Kepasrahannya menerima apa jua yang mendatang tidak membunh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi. Lebih banyak cabaran dan rintangan, potensi diri terus berkembang sehingga mampu pula memberi inspirasi kepada orang lain. Dari pengalaman menghadapi 'kepanasan' mampu pula membimbing orang lain...

jawapannya ada pada kita............
tepuk dada tanya la Iman dan akal serta hati kita.............

copyright from: ANIS OGOS 2010

Wednesday, August 4, 2010

FACEBOOK...... ADA RISIKO YANG NEGATIF????

7 Things to Stop Doing Now on Facebook


by Consumer Reports Magazine

Wednesday, May 12, 2010


Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.


Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.

Copyrighted 2009, Consumers Union of U.S., Inc. All Rights Reserved.