Tuesday, July 20, 2010

MENGAPA SUKAR MELAFAZKANNYA part 2


Ermmm sori lambat...ngah mencari idea maklumlah penulis amatur.... hihihi kekadang bimbang takut tersalah gaya penyampaian jadi lain plak nnt....


Ok sambung erk...........



Mr HA telah menghantar satu email kepada Miss SJ...antara intipatinya adalah dia mengaku dengan apa yg berlaku selama ni.. punca gosip antara mereka yg tidak disengajakan dan kemudian eksiden eksiden yg dirancang, panggilan telafon yg dirancang, dan pengakuan untuk menyelesaikan masalahnya dan melibatkan Miss SJ well dan akhirnya dia minta maaf atas apa yg berlaku..........


Perggggg senang nye ungkapan maaf di taip dan dan begitu mudah didengar di telinga tetapi hakikatnya.... well setelah hampir 12 tahun segala kejadian yg berlaku, memberi persepsi negatif org lain terhadap Miss SJ sehingga mengubah rentak, cara hidup dan menghalang sosial Miss SJ..... ianya hanya terlerai dengan ungkapan maaf? aku sendiri takleh nak baca.... reaksi sebenar Miss SJ, sebab masa dia citer n forward email tu pada aku.... gaya dia begitu bersahaja...aku tercari-cari isi hati sebenar dari sebalik ayat2 dan intonasi suara.... tapi aku sendiri gagal.... arggg Miss SJ memang pandai menyorok kan perasan sebenar dia.... hanya Allah sahaja yang tahu...


Tapi bagi aku setelah baca email tu ...apa yang dapat aku simpulkan........ :-
1) Pihak-pihak adalah mangsa keadaan (gosip zaman sekolah)
2) tapi MR HA telah mengambil kesempatan dan mengunakan gosip bagi mencapai hasrat di hatinya......
3) Mr HA  pentingkan diri sendiri......... dan bagi aku apa yg dia rasa bukan cinta..... maybe lebih kepada ego...kerana cuba memenuhi kehendak dihati dan merealisasikan cabaran dan gosip rakan2....
4) Dan Miss SJ adalah insan paling malang dalam kisah ini kerana menjadi mangsa keadaan kepada 2 keadaan..........
Aku sendiri pelik..kenapa sukarnya Mr HA mengakui perasaan nya pada Miss SJ tanpa perlu melalui semua ini, dan memberi ruang kepada Miss SJ menilai dirinya dan membuat keputusan menerima atau menolak... seharusnya Mr Ha ada rasa hormat kepada perasaan Miss SJ, terima keputusan Miss SJ dengan tenang dan cool... tanpa rasa bimbang dirinya akan ditolak.... kerana bagi aku cinta tu satu perasaan, anugerah...tanpa paksaan... ianya datang sendiri.... Tapi Mr HA telah cuba memprovokasi keadaan dan situasi sekeliling untuk buat Miss SJ menerima diri dia...... atau mungkin cuba untuk membuktikan sesuatu...ntah erk hanya dia je yang tahu......

MORAL OF THE STORY:
- Tak yah lah malu atau takut untuk melafazkan atau mengakui apa yg kita rasa... sama ada suka atau tak suka.....

- Amat mudah untuk kita melafazkan maaf tapi kena ingat kadangkala kata-kata maaf bukan lah penyelesai kepada semua perkara.... jadi sebelum kita buat sesuatu fikir dulu.....

- Hidup kita bukan satu skrip drama yg selalu berakhir dengan keindahan so bersedialah dan hadapilah kesukaran dengan tabah.... jgn lari dari kenyataan tetapi belajar la untuk menghadapinya.....

- Kita perlu meredahi hujan  terlebih dahulu sebelum dapat melihat keindahan pelangi......... dan bersyukurlah sekiranya hujan tersebut hanyalah gerimis........

Ok terima kasih..buat ayie: thanks kerana menunggu ngan penuh sabar.... Buat Miss SJ tabahlah menghadapi hidup ini sebab aku tau ko semakin tabah dan memang cool la.... :p (aku pon tak tahu Miss SJ ni wujud ke tak) ahaksssss

Ok Adios, dan maaf klu pengolahan ayat dan kata-kata ada menyinggung mana-mana pihak..... biasalah penulis amatur................

No comments: