Friday, July 16, 2010

MENGAPA SUKAR MELAFAZKANNYA? part 1

Hai ....bosannya hari sabtu ni tanpa aktiviti dengan cuaca yang begitu suram........ tidur? huhuhuhuhu tak larat dah tak tidur kih kih kih.... masa ngah menyibukkan diri kat dapur tadi teringat plak citer seorang teman... semalam dah minta izin dia nak post pasal citer tu...dia bagi tapi macam biasalah nama dan tempat dirahsiakan...kui kui kui........ Sebenarnya kisah ni dah lama... klu dalam hidup member ni (kita panggil je dia Miss SJ) dah 12 tahun berlaku...dan bagi diri ini yang hanya mengentahui kisah dan sesekali menjadi tempat bebelannya dan kekadang turut menjadi tempias kesan kepada kisah tesebut adalah dah hampir 9 tahun gak... aku yang hanya kena tempias ni pon kekadang stress apatah lagi Miss SJ yang melaluinya.... Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....


Hah suspen kan...apa lah kisahnya ni... kisah seorang insan yang tak mahu mengaku perasaannya dan menjadikan situasi sekeliling sebagai platform untuk meluahkan apa yang dirasakan.... hish susahnye ayat ni tuk difahami... ok lah kita panggil insan ni Mr HA...... Mr HA ni satu sekolah ngan Miss SJ dan maybe sebab banyak sgt jawatan yang seiring dan sejalan, maka tetiba timbul gosip mereka ni couple... dan yang paling best Miss SJ sendiri tak tahu apa punca dan sebab tetiba saje mereka digosipkan... tapi klu setakat tu je tak kisah la kan setakat gosip.... tapi yg paling menyakitkan hati adalah semua org dan rakan disekeliling menjadikan gosip tu seolah2 betul dan menyalahkan Miss SJ kerana merahsiakan hubungan mereka..... (masa ni watak aku takde lagi..tak satu sekolah)hihihihihi


Lepas sekolah masa kat kolej ...... tak tahu ye kenapa Mr HA ni pon pilih dan masuk satu kolej yang sama ngan Miss SJ... tak tahu kenapa rasa n cakap camtu sebab Mr HA lewat 1 semester masuk kolej ni... so confirm tak satu kelas...ada gak la hikmahnya... ok masa ni watak aku dah wujud... kui kui kui aku n Miss SJ satu totorial, satu kuliah angka giliran pon dekat beza dalam 6 orang je so kami jadi baik... berbeza latar belakang, berbeza perwatakan (confirm beza giler) tapi maybe sebab ada tolak ansur dan cube memahami perasaan kawan kami jadi baik dan berkawan sehingga kini.... (sebenarnye Miss SJ yang banyak tolak ansur ngan aku) huhuhuhuhu tapi Miss SJ tak pernah citer pasal huruf alif ni atau berbincang mengenainya.... aku tahu pon dalam tahun akhir di kolej melalui seorang lagi rakan aku.... tapi bila tanya Miss SJ seolah tak mau citer so aku abaikan je.... walau dalam hati ada gak keinginan nak tahu...hehehehe

Tapi masa kami di Kolej, ramai sahabat dan kekawan Mr HA ni marah dan srang Miss SJ dengan tuduhan yang menyakitkan hati, Miss SJ seolah2 dilabelkan sebagai seorang kekasih yang melupakan kekasihnya bila masuk kolej, penghancur hati org dan sebagainya... iskkk klu aku pon bengan dituduh dan dilabel atas apa yg kita tak buat... memang masa kat kolej ramai gak nak mentackle Miss SJ tapi takut kerana ramai yang tahu Miss SJ adalah "kawan" Mr HA ni.... kekadang ada gak yg tanya aku pasal diaorg....terpinga2 gak sebab bila lak diaorg ni couple, Miss SJ takde plak menunjukkan ciri2 atau tanda-tanda sedang dilamun cinta waktu tu....  DAn akhirnya setelah taman pengajian di Kolej baru Miss SJ citer dari Alif to Ya kepada aku..... iskkk ta sangka aku ada gak orang yg macam Mr HA ni... tapi yg menjadi persoalannya waktu tu betulke dia ada hati kat Miss SJ sebab dia tak pernah luah, atau call atau maklumkan isi hati dia ke perasaan dia ke pada Miss SJ... so camne? bagi aku dia memang PENAKUT.. tak sesuai..... yang paling hebat disebarkan adalah Miss SJ dan Mr HA dah berkahwin dan ada anak.....

Kerana peristiwa dan citer2 macam ni tak termasuk lagi serangan2 dari kekawn Mr HA... telah menyebabkan Miss SJ takut untuk bersosial...segala aktivit reunion tak pernah dia pegi, jumpa kekawan masa kolej pon dia tak mau, no telefon  juga ditukar...ermmm aku plak kena tempias bila takde kawan tu nak g reunion..jadi aku pon tak gi la reunion tu smua...kui kui kui walau Miss SJ marah aku bila tak g..tapi aku malas la nak g sesorang....takde kawan nak anyam ketupat n soh seh soh seh...kui ki kui

So setelah lebih kurang 4-5 tahun, kira sekarang la kan Miss SJ terima satu email dari Mr HA.... so barulah dia berterus terang....... apa yg diterus terangkan? nnt la aku sambung sebab nak kuar dah ni.... tggu  sambungannya ye.......

No comments: