Sunday, July 4, 2010

MENCARI ERTI KEBAHAGIAN atau........

Buku ni dah lama abah beli...rasanya sejak tingkatan 5 la, tapi tak pernah pon nak baca.... yela buku teks sekolah masa tu pon dah habis baca hihihihihi.. masa kat kolej ada gak amik nak baca tapi....tak terbaca2 gak....Dan akhirnya setelah 10 tahun berlalu baru la aku dapat membacanya.... ni  ngah pulun nak memahami erti tasauf dan isi kandung buku ni...... tapi biasalah baru 2-3 muka surat..aku pon belayar hihihihihihi  apapun dalam buku ni menceritakan pasal kebahagian.... apa erti kebahagian sebenarnye... yang menariknya Prof Dr HAMKA telah menukilkan pelbagai pendapat dari Sarjana pelbagai Negara dan Agama dalam mencari pengertian bahagia....

Apa yang lebih menarik, dah lama dengar kat IKIMFM tentang satu kata-kata dari al- Anisah Mai.. yang diambil dari buku ni... malam ni baru aku jumpa ngan ayat-ayat tu.... masa baca tu terngiang-ngiang suara DJ yang membaca kata-kata ni.... panjang kalau nak tahu kena cari dan baca buku ni....tapi bagi aku kesimpulan kata-kata Al-Anisah Mai ni... mengalakkan kita menjadi seorang pemberi..kerana setiap apa yg diri kita jadi atau perolehi kemudian akan diminta untuk membantu orang lain plak.... ( siapa ye Al-Anisah Mai ni? takpelah nnt cari maklumat dan info mengenai beliau ...hurmmmmm ceteknya ilmu didada ini...)

Teringat plak motivasi pagi oleh Dr Pahrol Judi...yang mengatakan jangan takut untuk menjadi seorang pemberi kerana Allah Taala sering memberikan rezekinya kepada insan melalui insan yang lain, jadi mungkin kita adalah pengantara rezki dari Allah untuk seseorang dan kalau kita tidak menjadi seorang pemberi semestinya kitalah menyebab seseorang itu tidak menerima rezeki yang telah ditentukan untuknya..Dan bagi diriku, tak salah menjadi seorang pemberi kerana disitu kita akan perolehi kedamaian, ketenangan dan kebahagian. Kemewahan limpahan harta dunia bukan lah tiket untuk kebahagian berpanjangan di dunia ini, buktinya betapa ramai orang kaya di dunia mati kerana bunuh diri akibat tertekan..jadi mereka ni tak bahagia lah kan...........Alhamdulillah, Allah taala sentiasa mengkurniakan rezeki dan kebahagian kepada diri ini, dan semoga diriku jika ditakdirkan menjadi pengantara rezki Allah kepada hambanya, aku tidak menjadi penghalangnya....amin
Bersama lah kita mencari kemanisan dan kebahagian hidup yang diredhai Allah........... aminnnnnnn

No comments: