Tuesday, July 20, 2010

MENGAPA SUKAR MELAFAZKANNYA part 2


Ermmm sori lambat...ngah mencari idea maklumlah penulis amatur.... hihihi kekadang bimbang takut tersalah gaya penyampaian jadi lain plak nnt....


Ok sambung erk...........



Mr HA telah menghantar satu email kepada Miss SJ...antara intipatinya adalah dia mengaku dengan apa yg berlaku selama ni.. punca gosip antara mereka yg tidak disengajakan dan kemudian eksiden eksiden yg dirancang, panggilan telafon yg dirancang, dan pengakuan untuk menyelesaikan masalahnya dan melibatkan Miss SJ well dan akhirnya dia minta maaf atas apa yg berlaku..........


Perggggg senang nye ungkapan maaf di taip dan dan begitu mudah didengar di telinga tetapi hakikatnya.... well setelah hampir 12 tahun segala kejadian yg berlaku, memberi persepsi negatif org lain terhadap Miss SJ sehingga mengubah rentak, cara hidup dan menghalang sosial Miss SJ..... ianya hanya terlerai dengan ungkapan maaf? aku sendiri takleh nak baca.... reaksi sebenar Miss SJ, sebab masa dia citer n forward email tu pada aku.... gaya dia begitu bersahaja...aku tercari-cari isi hati sebenar dari sebalik ayat2 dan intonasi suara.... tapi aku sendiri gagal.... arggg Miss SJ memang pandai menyorok kan perasan sebenar dia.... hanya Allah sahaja yang tahu...


Tapi bagi aku setelah baca email tu ...apa yang dapat aku simpulkan........ :-
1) Pihak-pihak adalah mangsa keadaan (gosip zaman sekolah)
2) tapi MR HA telah mengambil kesempatan dan mengunakan gosip bagi mencapai hasrat di hatinya......
3) Mr HA  pentingkan diri sendiri......... dan bagi aku apa yg dia rasa bukan cinta..... maybe lebih kepada ego...kerana cuba memenuhi kehendak dihati dan merealisasikan cabaran dan gosip rakan2....
4) Dan Miss SJ adalah insan paling malang dalam kisah ini kerana menjadi mangsa keadaan kepada 2 keadaan..........
Aku sendiri pelik..kenapa sukarnya Mr HA mengakui perasaan nya pada Miss SJ tanpa perlu melalui semua ini, dan memberi ruang kepada Miss SJ menilai dirinya dan membuat keputusan menerima atau menolak... seharusnya Mr Ha ada rasa hormat kepada perasaan Miss SJ, terima keputusan Miss SJ dengan tenang dan cool... tanpa rasa bimbang dirinya akan ditolak.... kerana bagi aku cinta tu satu perasaan, anugerah...tanpa paksaan... ianya datang sendiri.... Tapi Mr HA telah cuba memprovokasi keadaan dan situasi sekeliling untuk buat Miss SJ menerima diri dia...... atau mungkin cuba untuk membuktikan sesuatu...ntah erk hanya dia je yang tahu......

MORAL OF THE STORY:
- Tak yah lah malu atau takut untuk melafazkan atau mengakui apa yg kita rasa... sama ada suka atau tak suka.....

- Amat mudah untuk kita melafazkan maaf tapi kena ingat kadangkala kata-kata maaf bukan lah penyelesai kepada semua perkara.... jadi sebelum kita buat sesuatu fikir dulu.....

- Hidup kita bukan satu skrip drama yg selalu berakhir dengan keindahan so bersedialah dan hadapilah kesukaran dengan tabah.... jgn lari dari kenyataan tetapi belajar la untuk menghadapinya.....

- Kita perlu meredahi hujan  terlebih dahulu sebelum dapat melihat keindahan pelangi......... dan bersyukurlah sekiranya hujan tersebut hanyalah gerimis........

Ok terima kasih..buat ayie: thanks kerana menunggu ngan penuh sabar.... Buat Miss SJ tabahlah menghadapi hidup ini sebab aku tau ko semakin tabah dan memang cool la.... :p (aku pon tak tahu Miss SJ ni wujud ke tak) ahaksssss

Ok Adios, dan maaf klu pengolahan ayat dan kata-kata ada menyinggung mana-mana pihak..... biasalah penulis amatur................

Friday, July 16, 2010

MENGAPA SUKAR MELAFAZKANNYA? part 1

Hai ....bosannya hari sabtu ni tanpa aktiviti dengan cuaca yang begitu suram........ tidur? huhuhuhuhu tak larat dah tak tidur kih kih kih.... masa ngah menyibukkan diri kat dapur tadi teringat plak citer seorang teman... semalam dah minta izin dia nak post pasal citer tu...dia bagi tapi macam biasalah nama dan tempat dirahsiakan...kui kui kui........ Sebenarnya kisah ni dah lama... klu dalam hidup member ni (kita panggil je dia Miss SJ) dah 12 tahun berlaku...dan bagi diri ini yang hanya mengentahui kisah dan sesekali menjadi tempat bebelannya dan kekadang turut menjadi tempias kesan kepada kisah tesebut adalah dah hampir 9 tahun gak... aku yang hanya kena tempias ni pon kekadang stress apatah lagi Miss SJ yang melaluinya.... Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....


Hah suspen kan...apa lah kisahnya ni... kisah seorang insan yang tak mahu mengaku perasaannya dan menjadikan situasi sekeliling sebagai platform untuk meluahkan apa yang dirasakan.... hish susahnye ayat ni tuk difahami... ok lah kita panggil insan ni Mr HA...... Mr HA ni satu sekolah ngan Miss SJ dan maybe sebab banyak sgt jawatan yang seiring dan sejalan, maka tetiba timbul gosip mereka ni couple... dan yang paling best Miss SJ sendiri tak tahu apa punca dan sebab tetiba saje mereka digosipkan... tapi klu setakat tu je tak kisah la kan setakat gosip.... tapi yg paling menyakitkan hati adalah semua org dan rakan disekeliling menjadikan gosip tu seolah2 betul dan menyalahkan Miss SJ kerana merahsiakan hubungan mereka..... (masa ni watak aku takde lagi..tak satu sekolah)hihihihihi


Lepas sekolah masa kat kolej ...... tak tahu ye kenapa Mr HA ni pon pilih dan masuk satu kolej yang sama ngan Miss SJ... tak tahu kenapa rasa n cakap camtu sebab Mr HA lewat 1 semester masuk kolej ni... so confirm tak satu kelas...ada gak la hikmahnya... ok masa ni watak aku dah wujud... kui kui kui aku n Miss SJ satu totorial, satu kuliah angka giliran pon dekat beza dalam 6 orang je so kami jadi baik... berbeza latar belakang, berbeza perwatakan (confirm beza giler) tapi maybe sebab ada tolak ansur dan cube memahami perasaan kawan kami jadi baik dan berkawan sehingga kini.... (sebenarnye Miss SJ yang banyak tolak ansur ngan aku) huhuhuhuhu tapi Miss SJ tak pernah citer pasal huruf alif ni atau berbincang mengenainya.... aku tahu pon dalam tahun akhir di kolej melalui seorang lagi rakan aku.... tapi bila tanya Miss SJ seolah tak mau citer so aku abaikan je.... walau dalam hati ada gak keinginan nak tahu...hehehehe

Tapi masa kami di Kolej, ramai sahabat dan kekawan Mr HA ni marah dan srang Miss SJ dengan tuduhan yang menyakitkan hati, Miss SJ seolah2 dilabelkan sebagai seorang kekasih yang melupakan kekasihnya bila masuk kolej, penghancur hati org dan sebagainya... iskkk klu aku pon bengan dituduh dan dilabel atas apa yg kita tak buat... memang masa kat kolej ramai gak nak mentackle Miss SJ tapi takut kerana ramai yang tahu Miss SJ adalah "kawan" Mr HA ni.... kekadang ada gak yg tanya aku pasal diaorg....terpinga2 gak sebab bila lak diaorg ni couple, Miss SJ takde plak menunjukkan ciri2 atau tanda-tanda sedang dilamun cinta waktu tu....  DAn akhirnya setelah taman pengajian di Kolej baru Miss SJ citer dari Alif to Ya kepada aku..... iskkk ta sangka aku ada gak orang yg macam Mr HA ni... tapi yg menjadi persoalannya waktu tu betulke dia ada hati kat Miss SJ sebab dia tak pernah luah, atau call atau maklumkan isi hati dia ke perasaan dia ke pada Miss SJ... so camne? bagi aku dia memang PENAKUT.. tak sesuai..... yang paling hebat disebarkan adalah Miss SJ dan Mr HA dah berkahwin dan ada anak.....

Kerana peristiwa dan citer2 macam ni tak termasuk lagi serangan2 dari kekawn Mr HA... telah menyebabkan Miss SJ takut untuk bersosial...segala aktivit reunion tak pernah dia pegi, jumpa kekawan masa kolej pon dia tak mau, no telefon  juga ditukar...ermmm aku plak kena tempias bila takde kawan tu nak g reunion..jadi aku pon tak gi la reunion tu smua...kui kui kui walau Miss SJ marah aku bila tak g..tapi aku malas la nak g sesorang....takde kawan nak anyam ketupat n soh seh soh seh...kui ki kui

So setelah lebih kurang 4-5 tahun, kira sekarang la kan Miss SJ terima satu email dari Mr HA.... so barulah dia berterus terang....... apa yg diterus terangkan? nnt la aku sambung sebab nak kuar dah ni.... tggu  sambungannya ye.......

Friday, July 9, 2010

JAWAPAN KEPADA TANDATANYA......cinta dan perkahwinan

Hari-hari berdepan dengan masalah client yg hampir 80% adalah yang berkaitan dengan jodoh, cinta, perkahwinan, perceraian yang sebenarnya semuanya melibatkan perasaan...... DAlam mencuba untuk membantu, kekadang tidak dinafikan hati yang bukan kristal ini adalakanya terusik... kesal dan pelbagai pertanyaan dan persoalan bermain di minda...........



Apakah ertinya cinta, jika kita gagal memberikan kebahagian kepada insan yang kita akui mencintai dan menyayangi mereka......... Apakah ertinya perkahwinan jika pengabaian tanggungjawab menjadi hasilnya apakah ertinya perjanjian akad nikah jika kita memungkirinya...... Kalau boleh tak mahu kasi mereka failkan perceraian... tetapi argggggggg susahnya...

Bila tiap hari telinga dan prasaan ini disogokkan dengan cerita2 yg macam ni...hati ini jadi takut plak... bila pikir pasak kahwin...... aduiiiiiiii ngeri la plak, walau kekadang cuba mencari semangat dari cerita-cerita keluarga bahagia dan dan motivasi, namun tak dpat dinafikan, sedikit perasaan gusar dalam hati ini...   Dan rasa nya hari ini jumpa satu lagi cerita motivasi utk diri ini......

SO jom la kita enjoy sama-sama baca kisah Plato seorang ahli falsafah yunani (kalau salah betulkan ye) dalam mencari pengertian CINTA dan PERKAHWINAN :-

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya bisa menemukannya?"

Gurunya menjawab, "Ada ladang gandum yang luas didepan sana.

Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta."

Plato pun berjalan, dan tidak beberapa lama, Dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)." Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya."

Gurunya kemudian menjawab "Jadi ya itulah cinta"

Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya bisa menemukannya?"

Gurunya pun menjawab, "Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan."

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

 
Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa Tidaklah buruk-buruk amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya."

Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ya itulah perkawinan."

Note:
Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan. Cinta adanya di dalam lubuk hati, ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih.


Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta, maka yang didapat adalah kehampaan... tiada sesuatupun yang didapat, dan tidak dapat dimundurkan kembali. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur.


Terimalah cinta apa adanya.
________________________________
Perkawinan adalah kelanjutan dari Cinta. Adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kamu mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada, Maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya.

Ketika kesempurnaan ingin kau dapatkan, maka sia-sialah waktumu dalam mendapatkan perkawinan itu, karena, sebenarnya kesempurnaan itu hampa adanya.
JaDikAn HaRi EsOk LeBiH Baik dari HaRi InI




Kepada diri ini; jangan takut melangkah dengan langkah baru ke jalan yang baru kerana kita takkan tahu apa yang ada dihadapan tanpa kita melaluinya...dan kita juga lah aset dan punca kejayaan dan kelancaran perjalanan kita.......

DAn kepada yang telahmempunyai keluarga.........KeLuaRgA adalah HaDiaH TerBaiK DaLam HiDup KiTa..SayaNgi MereKA SelAgi AdA...






Sunday, July 4, 2010

MENCARI ERTI KEBAHAGIAN atau........

Buku ni dah lama abah beli...rasanya sejak tingkatan 5 la, tapi tak pernah pon nak baca.... yela buku teks sekolah masa tu pon dah habis baca hihihihihi.. masa kat kolej ada gak amik nak baca tapi....tak terbaca2 gak....Dan akhirnya setelah 10 tahun berlalu baru la aku dapat membacanya.... ni  ngah pulun nak memahami erti tasauf dan isi kandung buku ni...... tapi biasalah baru 2-3 muka surat..aku pon belayar hihihihihihi  apapun dalam buku ni menceritakan pasal kebahagian.... apa erti kebahagian sebenarnye... yang menariknya Prof Dr HAMKA telah menukilkan pelbagai pendapat dari Sarjana pelbagai Negara dan Agama dalam mencari pengertian bahagia....

Apa yang lebih menarik, dah lama dengar kat IKIMFM tentang satu kata-kata dari al- Anisah Mai.. yang diambil dari buku ni... malam ni baru aku jumpa ngan ayat-ayat tu.... masa baca tu terngiang-ngiang suara DJ yang membaca kata-kata ni.... panjang kalau nak tahu kena cari dan baca buku ni....tapi bagi aku kesimpulan kata-kata Al-Anisah Mai ni... mengalakkan kita menjadi seorang pemberi..kerana setiap apa yg diri kita jadi atau perolehi kemudian akan diminta untuk membantu orang lain plak.... ( siapa ye Al-Anisah Mai ni? takpelah nnt cari maklumat dan info mengenai beliau ...hurmmmmm ceteknya ilmu didada ini...)

Teringat plak motivasi pagi oleh Dr Pahrol Judi...yang mengatakan jangan takut untuk menjadi seorang pemberi kerana Allah Taala sering memberikan rezekinya kepada insan melalui insan yang lain, jadi mungkin kita adalah pengantara rezki dari Allah untuk seseorang dan kalau kita tidak menjadi seorang pemberi semestinya kitalah menyebab seseorang itu tidak menerima rezeki yang telah ditentukan untuknya..Dan bagi diriku, tak salah menjadi seorang pemberi kerana disitu kita akan perolehi kedamaian, ketenangan dan kebahagian. Kemewahan limpahan harta dunia bukan lah tiket untuk kebahagian berpanjangan di dunia ini, buktinya betapa ramai orang kaya di dunia mati kerana bunuh diri akibat tertekan..jadi mereka ni tak bahagia lah kan...........Alhamdulillah, Allah taala sentiasa mengkurniakan rezeki dan kebahagian kepada diri ini, dan semoga diriku jika ditakdirkan menjadi pengantara rezki Allah kepada hambanya, aku tidak menjadi penghalangnya....amin
Bersama lah kita mencari kemanisan dan kebahagian hidup yang diredhai Allah........... aminnnnnnn