Tuesday, June 29, 2010

Jun abadi selamanya...

Sekejap je Jun dah nak habis..... Khamis ni dah 1st of July..... sekejap nye masa berlalu... rasa macam baru je semalam 1st of Jun... Nak citer Jun dan kehidupan ku....

28 tahun yang lalu, 2hb Jun ...menjadi saksi kelahiran ku.. wah ini rupanya dunia baru dalam hidup ku hihihihihi...kata mak waktu tahun tersebut 2hb jun adalah cuti umum hari keputeraan Agung.... dan 2hb jun ni jugak adalah hari cuti persekolahan...jadi memang tak pernah sambut bufday ngan kekawan masa sekolah, kekadang rasa jeles gak nak smbut gak kekawan, selalunya sambut kat umah je ngan keluarga, sebenarnye tu lagi best kan, tapi biasalah masa kecik pikir nak enjoy je...hihihihiihih




18 tahun berikutnya, 3hb Jun adalah tarikh pendaftaran ke Kolej Universiti Islam Selangor (KISDAR)time tu namanya KISDAR lagi huhuhhuhu....tarikh baru memulakan hidup baru, berjauhan ngan keluarga, keluar dari kepompong persekolahan, rasanya lebih mencabar...memula nak sesuaikan diri susah sgt tapi alhamdulillah dapat kekawan yg byk membantu dan memahami .... well akhirnya dapat juga menghabiskan tempoh 2 tahun setengah dengan berada di zon selamat kih kih kih

dan 10 tahun berikutnya, tahun ni satu lagi hari bersejarah dalam hidup ku berlaku dalam bulan Jun.... 5hb Jun 2010 tarikh (emmmmmm segan plak nak cakap hihihihhi) pertunangan dengan seseorang yg juga lahir dalam bulan Jun.... Dan semoga ikatan ini berkekalan dan dirahmati Allah hendaknya amin....

DAn semoga pada hari hari yang mendatang, bukan setakat Bulan Jun sahaja yg bakal memberikan kenagnan terindah tetapi semoga setiap hari yg berlalu dan bakal dilalui adalah kenangan terindah dalam hidup ku...amin........

No comments: