Sunday, May 23, 2010

Akhirnya selesai jugak....

Hai... beli buku ni sejak 22hb Jan 2010 yg lalu kat Popular CS, Jb... dan Mac hari tu baru berjaya menghabiskannya dan hari ni baru sempat nak wat ulasan pasal buku ni..... hihihihi malunye lambat tul nak habiskan amik masa sampai 3 bulan...

Seronok baca buku ni rasa macam berada di satu zaman yg tak dapat diekspresikan secara jelas, hanya membayangkan dengan hasil2 dari cerita-cerita inggeris purba yg pernah ditonton dan gambar-gambar yg ada dalam buku ni..... baca buku berbentuk Sejarah ni memang perlukan imiginasi yg tinggi gak, klu tak sure tertido....huhuhuhuhuhuu tula cara aku baca buku sejarah masa sekolah dulu..... subjek yg jadi kegilaan aku dulu....

Sebenarnya, pengakhiran buku ni tak menjawab pun persoalan di kulit hadapannya, kerana pembaca yang kena fikir dan mencari jawapannya sendiri melalui analisis bahan2 dalam buku ini.... apapun kita tetap akan dapat jawapannya, kerana clue sudah diberi....

Melalui buku ni aku dapat tahu beberapa nama nabi yg tidak terdapat di dalam nama 25 orang Rasul yang wajib diketahui, seperti Nabi Khidhir (rasanya ni je nama nabi yang aku selalu dengar), Nabi Yushwa Bin Nun ( merupakan teman yang menemani Nabi Musa dalam pengembaraan menemui Nabi Khidhir) dan Nabi Syam'un..... em kalau tak baca buku ni sampai bila la baru dapat ilmu ni,alhamdulillah...

Satu lagi fakta sejarah yang menarik perhatian aku ialah isi kandungan di Muka Surat 5 mengenai kepelbagaian bahasa di Bumi sedangkan kita sedia maklum asal kita adalah Nabi Adam Alaihi Salam...  Ianya berpunca ketika zaman pemerintahan Raja Namrud, yang memerintahkan rakyatnya membina Menara Babel yang mana menurut falsafahnya pembinaan menara ini bagi menyatukan semua manusia, mahkluk ciptaan Allah. Maka binaan yang tinggi ini dapat mengapai langit yg tinggi bagi membuktikan yang manusia tidak selemah mana... Allah Taala tidak menurunkan azab kepada mereka tetapi hanya menimbulkan kacau bilau antara mereka dengan menjadikan mereka bertutur dalam pelbagai bahasa yang berlainan sehingga mereka tidak dapat berkomunikasi sesama mereka... kerana kekalutan ini tempat ini dinamakan Babel atau Babylon.. untuk meklumat yang lanjut kena la baca sendiri buku ni...

Rasanya takyah la cerita banyak2 tentang intipati buku ni, nak best la kan.... kena lah baca sendiri... seronok tau..... nak pinjam kita punye pon boleh satu hari RM0.50 sen je..huhuhuhu kalau amik masa macam kita sampai 3 bulan kiralah berapa kena bayar...huhuhuhuhuhuhuhu Kat Kedai buku harganya hanya RM17.50 sahaja kalau ada kat diskaun tolak la ngan 20% atau 10% (bergantung pada kedai) ..wah macam dah promote buku ni plak leh dapat royalti sama tak erk? hihihihi bukan apa benda yg baik bukan ke elok disebarkan dan dikongsi bersama?

Terima kasih pada Nini, kerana bagi baca buku dia sikit sebelum beli, dan teman g CS beli buku ni pada hari yang sama, dan topik pertama yang saya tertarik kat dalam buku ni yelah tentang kepelbagaian bahasa tu la tadi...Selain dari tu banyak yang kita leh amik iktibar.... Sejarah sebenarnya satu pengajaran hidup yang amat baik utk diteladani.... Belajar dari Sejarah....

No comments: