Sunday, May 30, 2010

P Ramlee & Saloma - Dalam Air Ku Terpandang Wajah

lagu yang paling aku suka....dari filem yang paling aku giler...huhuhhuu tgk citer ni dah berapa puluh kali ntah..tapi suka nak tgk lagi.... best.... huhuhuhu " hui orang sebelah!" hihihihihi

P.Ramlee - Tiada Kata Secantik Bahasa

Lagu: "tiada kata secantik bahasa" dari filem AnakKu Sazali..... indah lirik dan bait senikata......

Itulah Sayang (P. Ramlee & Normadiah)

lagu "tanya sama hati" Allahyarham P. Ramlee bersama Allahyarhamah Normadiah..... lagu dari filem Anak Ku Sazali..... citer ni aku tgk tak habis.....sebab tak sampai hati tak tgk penghabisannya..sedih wooooooo

Biduan Negara: Allahyarham TanSri Dr P.Ramlee

Semalam masa tgk Galeri Perdana TV1... ada dinyatakan yg semalam adalah Ulangtahun pemergian Allahyarham yang ke 37 tahun.... Beliau meninggal dunia kerana sakit jantung pada usia 45 tahun..... muda lagi waktu tu... kalau ikut umur kematian P.Ramlee tu aku ada lagi 17 tahun.... cukup ke...amal tak banyak lagi ni...dosa semakin bertambah.... itulah hikmahnya Allah rahsiakan tarikh kematian manusia agaknya..apapun semoga aku menghadapNya dalam keadaan husnul khatimah....aminnnnnnnnnn

try juga search mengenai P.Ramlee ni kat dan jumpa...malas nak type jadi semua baca kat link ni ye;
http://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee

nak share beberapa lagu dari beberapa filem yg berjaya menarik minat aku...sebab rasanye citer-citer Allahyarham ni 1000 kali tgk pon tak jemu... bak kata abah mlm ni, hasil seni beliau memang bagus bila pikir balik kenapa kita tak jemu tak tgk citer dan dgr lagu2 dia tak macam citer2 sekarang 2-3 kali tgk je dah bosan....huhuhuhu ok enjoy la lagu-lagu ni.......

Itulah Sayang (P. Ramlee & Normadiah)

Lagu tanya sama hati dendangan Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarhamah Normadiah " Tanya sama Hati" dari filem Anak Kum Sazali....

Sunday, May 23, 2010

PELAM EPAL DARI SESEORANG

Ermmmm dah lama dah dapat buah ni, thanks pada dia bagi pelam ni, sebenanrya dah bagitau dia tak suka sangat makan pelam tapi kalau ada makan, so bila sampai je kat umah belek2 pelam ni dekat 10-15 minit.... apa yg dibelek pon tak tahu hihihihihihi ketika asyik membelek tetiba rasa pelam ni cantik la macam bentuk LOVE...terus amik kamera.... click dah terabadi pic pelam ni....


ada nampak tak macam bentuk LOVE? hihihihih


Rumah kami ni kalau tak dipotong-potong pelam ni alamatnya akan busuk la pelam ni begitu saja..macam sebelum sebelum ni.... :(  jadi sebab malam ni terlebih rajin semua buah yang ada ..... spt pelam ni, honeydeew dipotong-potong dan dimasukkan dalam bekas n disejukkan dalam peti sejuk huhuhuhuhu.... belum masak sgt pelam ni tapi sebab tetiba rasa nak makan ngan kicap colek colek..... sedapnye nyum nyum masam....hihihihihi

dan menjadi habuan fiza yang ngah uwek uwek sekarang ni..... kami yg tak uwek uwek ni pon makan gak...hihihihihi... Apapun terima kasih kepada si dia yang sudi mencarikan pelam yang paling besar buat diri ini sebab tu agaknya nampak macam bentuk LOVE walau bila pandang 2 -3 kali takde iras pon...hihihihihi Semoga akan datang bawa lagi ye...... hihihihihihhi

P/s: setiap kali balik office mesti buka peti sejuk cari honeydeew yang masih ada tu... sedap sejuk je..... nyum nyum :) makan la buahan tempatan.. rakan penaja FAMA hihihihihihi

Akhirnya selesai jugak....

Hai... beli buku ni sejak 22hb Jan 2010 yg lalu kat Popular CS, Jb... dan Mac hari tu baru berjaya menghabiskannya dan hari ni baru sempat nak wat ulasan pasal buku ni..... hihihihi malunye lambat tul nak habiskan amik masa sampai 3 bulan...

Seronok baca buku ni rasa macam berada di satu zaman yg tak dapat diekspresikan secara jelas, hanya membayangkan dengan hasil2 dari cerita-cerita inggeris purba yg pernah ditonton dan gambar-gambar yg ada dalam buku ni..... baca buku berbentuk Sejarah ni memang perlukan imiginasi yg tinggi gak, klu tak sure tertido....huhuhuhuhuhuu tula cara aku baca buku sejarah masa sekolah dulu..... subjek yg jadi kegilaan aku dulu....

Sebenarnya, pengakhiran buku ni tak menjawab pun persoalan di kulit hadapannya, kerana pembaca yang kena fikir dan mencari jawapannya sendiri melalui analisis bahan2 dalam buku ini.... apapun kita tetap akan dapat jawapannya, kerana clue sudah diberi....

Melalui buku ni aku dapat tahu beberapa nama nabi yg tidak terdapat di dalam nama 25 orang Rasul yang wajib diketahui, seperti Nabi Khidhir (rasanya ni je nama nabi yang aku selalu dengar), Nabi Yushwa Bin Nun ( merupakan teman yang menemani Nabi Musa dalam pengembaraan menemui Nabi Khidhir) dan Nabi Syam'un..... em kalau tak baca buku ni sampai bila la baru dapat ilmu ni,alhamdulillah...

Satu lagi fakta sejarah yang menarik perhatian aku ialah isi kandungan di Muka Surat 5 mengenai kepelbagaian bahasa di Bumi sedangkan kita sedia maklum asal kita adalah Nabi Adam Alaihi Salam...  Ianya berpunca ketika zaman pemerintahan Raja Namrud, yang memerintahkan rakyatnya membina Menara Babel yang mana menurut falsafahnya pembinaan menara ini bagi menyatukan semua manusia, mahkluk ciptaan Allah. Maka binaan yang tinggi ini dapat mengapai langit yg tinggi bagi membuktikan yang manusia tidak selemah mana... Allah Taala tidak menurunkan azab kepada mereka tetapi hanya menimbulkan kacau bilau antara mereka dengan menjadikan mereka bertutur dalam pelbagai bahasa yang berlainan sehingga mereka tidak dapat berkomunikasi sesama mereka... kerana kekalutan ini tempat ini dinamakan Babel atau Babylon.. untuk meklumat yang lanjut kena la baca sendiri buku ni...

Rasanya takyah la cerita banyak2 tentang intipati buku ni, nak best la kan.... kena lah baca sendiri... seronok tau..... nak pinjam kita punye pon boleh satu hari RM0.50 sen je..huhuhuhu kalau amik masa macam kita sampai 3 bulan kiralah berapa kena bayar...huhuhuhuhuhuhuhu Kat Kedai buku harganya hanya RM17.50 sahaja kalau ada kat diskaun tolak la ngan 20% atau 10% (bergantung pada kedai) ..wah macam dah promote buku ni plak leh dapat royalti sama tak erk? hihihihi bukan apa benda yg baik bukan ke elok disebarkan dan dikongsi bersama?

Terima kasih pada Nini, kerana bagi baca buku dia sikit sebelum beli, dan teman g CS beli buku ni pada hari yang sama, dan topik pertama yang saya tertarik kat dalam buku ni yelah tentang kepelbagaian bahasa tu la tadi...Selain dari tu banyak yang kita leh amik iktibar.... Sejarah sebenarnya satu pengajaran hidup yang amat baik utk diteladani.... Belajar dari Sejarah....

Saturday, May 15, 2010

HARI IBU...

emmm dah seminggu berlalu, tapi rasanya aura nye masih ada kerana sebenarnye setiap hari adalah hari ibu...hihihi mak...sayang mak..


Pagi tu dengar satu slot di RTM berkenaan hari ibu, penceramah tu kata, hari ibu ni asalnya dari perayaan orang kristian...bagi menghormati Mother Mary atau Maryam , ibu kepada Nabi Isa Alaihi Salam atau dalm agama Kristian Jesus... Dan menurut beliau lagi kita hendaklah menyayangi ibu kita sepanjang hari dengan erti kat alain setiap hari adalah hari ibu... Sebenarnye tak dapat dgr dengan penuh sebab ngah sibuk mengemas tapi kiranya ada juga la intipadi yg dapat diambil..dan selebihnya melalui carian di internet terjumpa satu artikel ni..maybe leh share:

"ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.


Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.


Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?


Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day

ok tu apa yg aku dapat cari n share.... dn bagi aku plak hari ibu ni sekadar satu hari yg luarbiasa sikit dari hari biasa...hari2 biasa pun tetap sayang mak, zahirkan kasih sayang tetapi time hari ibu ni, dapat zahirkan dengan yg luarbiasa macam buat kek yg ditujukan utk ibu, atau belikan sesuatu hadiah utk ibu... atau apa2 je utk menghiburkan hati ibu asalkan tidak bercanggah dengan syarak....
 
yela ibu kan ratu hati ku,
http://www.youtube.com/watch?v=sU4jZMeKBL0&NR=1
 
macam dalam lagu ni.... masa kecik dulu suka sangat dgr iklan ni....dulu iklan nye versi lain...tak sangka dah besr ni keluar balik walau dengan versi yg lain yela ikut peredaran zaman.... hihihihi
 
Tak dapat nak bayangkan camne nak teruskan perjalanan hidup tanpa mak disisi..... satu hari tak dgr suara mak rasa tak tenang je... Ya Allah panjangkan la usia ibu ku dan pelihara la beliau dibawah naugan rahmat Mu, amin..
 
 







Read more: http://www.metrolyrics.com/i-cant-get-over-you-lyrics-ibu.html#ixzz0o3Q5QWXT