Wednesday, April 14, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA KERJAYA KU

Hihihihihi...tanggal 6 april 2010....genap setahun aku berkhidmat dengan kerajaan bawah skim LS27.... tahun lepas 6 april 2009 aku melapor diri di JKSM Putrajaya dan 3 hari lepas tu baru dapat surat dan arahan penempatan.... dan ditempatkan di JBG Jb.....well dah setahun dalam perkhidmatan awam ni, macam-macam yg aku dapat tgk, dapat buat dan dapat maccam2 lagi la.... semalam 13hb april 2010 cukup setahun kan BBg johor ni..... teringat plak mula2 melapor diri kat sini..... dan pada tarikh yang sama cuma tahun yg berbeza...aku masih di sini ....

Setahun kat JBG atau dulu BBG Jb ni pelbagai perkara baru aku belajar dan ketahui... dari yg elok utk dijadikan panduan sehingga kepada perkara dijadikan iktibar......... huhuhuhuhu.. tahun depan samaada masih disini atau tidak hanya Allah yang tahu...

Dan pada tanggal 13april ni juga dapat satu berita yg sedih...:( ermmm rasa tak bermaya satu hari...tapi bila difikir dan direnung2...tentu terselit hikmahnya... yela sebagai manusia biasa kita tak tahu apa akan berlaku kepada kehidupan kita akan datang.... Selama ni pon aku berdoa... semoga allah lorong dan permudahkan urusan yang terbaik bagi diriku... jadi apabila aku gagal memiliki atau mendapatkan apa yg dihajati aku kena redha dan bersyukur kerana Allah dah makbulkan doaku.... mungkin kejayaan ku dalam perkara tersebut bukan yang terbaik bagi diri ku pada masa ini...

Betul kata mak abah dan seseorang... aku kena redha, pasrah dan berbaik sangka kepada Allah..kerana itu adalah intipati doa dan permohonan yg aku panjatkan kepada Nya saban waktu...dan juga kena tambahkan lagi doa dan harapan kepada Nya....sebenarnya klu ikut sedih memang sedih tapi sebab dah biasa hadapi kegagalan maka jadikan diri ini kuat untuk menghadapinya kali ini...

Terima kasih kepada semua...mak abah... angah...uda ..adik ..dia....dan semua kawan-kawan yang membantu diri ini bermuhasabah dan mensyukuri nikmat Allah..serta yang paling penting berbaik sangka dengan Allah.... sebenarnya ikhlas dari hati..susah nak buat tapi kena cuba juga ialah fitrah manusia sukakan yg terbaik... dan sukar utk menerima ujian dan pemberian yg kurang dari Nya.....

Semoga selepas ini...hati ini akan bertambah kuat dan tabah menjawab soala-soalan yg berbaur perkara tersebut..... Semoga kejayaan akan menjadi milik diri ini hari ini, esok dan selamanya bersama rahmat dari Ilahi...amin....

1 comment:

Anonymous said...

mungkin sebab ragu-ragu atau tidak tetap ketika berdoa... kena yakin dan tetap penderian jgn takut2 bergantung pengharapan....