Sunday, February 7, 2010

MEMBERI SEBUAH KEHIDUPAN



Suka tengok kehijauan sayur-sayur yang mak tanam kat belakang, tepi dan depan rumah, seronok tgk pokok-pokok tu mengeluarkan hasil...cakap ngan mak, tak gak tanam kat Jb tapi takde tanah arg rumah sewa tu, so dengan bantuan dan idea mak...(sebenarnye mak yang buatkan semua) hihihihi dapat gak bawa balik 3 polybag hitam pokok... satu pokok cili, satu daun kesom dan satu lagi pokok kacang botol....

pokok kacang botol masa kecil

Mula-mula sementara tunggu pokok-pokok ni besar, letak kat depan, sebab senang bila nak g keje leh siram dulu....sambil nyanyi " cepatlah besar wahai pokokku nikmati hidup ini sayang" (tapi nyanyi dalam hati je...kang pelik plak mak haji sebelah umah ni...hihihihhi), tapi mungkin sebab panas atau tak cukup air..pokok daun kesum tu dah mengucapkan selamat tinggal... sedihnya... :( tapi takpelah nnt balik kg amik lagi..... hihihihihihi nak wat camne kan...


Pokok cili

minggu lepas tgk pokok cili dah besar, seronoknya tak sabar nak tunggu berbuah... tapi lupa lagi nak beli baja..."takde vitamin pokok tu..."kata mak waktu call citer ngn dia..hihihihihi pokok kacang botol dah dipindahkan kebelakang, dan dililitkan pada pagar rumah, yela kat depan rumah tak sesuai la, dah penuh sesak ngan gen2 n viva forever tu hihihihihi so letaklah kat belakang...

Pagi tadi tengok dah mula melilit kat pagar, hihihihihih seronoknya, lepas ni nak semai tomato dan jagung plak la.... benih jagung dah ada... tomato je lum ada...seronoknya.... tadi ingat g angsana nak beli pasu... tapi bila pikir2 tawaqufkan dulu la...sebab ada benda yg lebih penting yg perlu diutamakan dulu... cewah macam rancangan bijak wang plak....hihihihihihi

No comments: