Saturday, February 20, 2010

BOWLING = IOI MALL KULAI

Semalam, on the way g bandar tenggara, singgah kat ioi mall kulai, lenggang je ioi mall ni, kita terus g cari pusat bowling, cewah macam terer je main bowling.... hihihihihi seronok main, walau tak menang pon ( memang tak pernah menang pun) tapi kira okla dapat baling bola tu kira2 macam nak lepas geram... hihihihi kekadang terpikir, bowling ni nasib ke atau ada skill utk main, sebab tgk baling bola tu suka2 pon leh strike kekadang gaya dah cukup tapi masuk longkang... ermmm macam2..sempat gak la brhati dan mengamati org sekeliling yang datang (memang hobi suka memerhati kan org hihihihi) kebanyakkan datang berkeluarga, yela hari cuti bawa anak-anak,  disamping boleh hilangkan stress leh juga merapatkan hubungan kekeluargaan, yela klu hari keje tu susah nak kumpul semua masa cuti nilah...  mengalahkan profesional...                                                nak tarik hati kanak2 ni plak kena la ada caranya... kata
org kena beli dulu hati diaorg pastu baru suh diaorg ikut cakap kita..ermm betul ke? masih lum ada jawapan...sebab pengamatan tak cukup lagi....hihihihihi

Apapun best gak la semalam, first time main bowling ngan angah.... lepas main bowling kitaorg g nyanyi2 kat situ gak... lepas tu baru balik n lunch kat umah ami kat Inas.... dan first time gak lawan keta kat jalan semalam..yela wira tu dok ikut je dari belakang tak mau potong...kitaorg potong keta lain dia ikut...sampai kita org kat simpang Felda Inas..hahahhaha nasib baik anne yang bawa, klu I la yg bawa ...haru la sepanjang jalan membebel...kuang kuang kuang...

Thursday, February 18, 2010

TRIP TO KELANTAN


Chinese New Year tahun ni, buat rancangan nak bercuti ke Kelantan, g rumah Pak Bil and Walimah Fiza my housemate....So seminggu sebelum g tu bersungguh2 cari map utk ke Kelantan, almaklumlah tak pernah sampai pantai Timur lagi....paling jauh pon setakat ke Cherating...tu pon naik bus, dalam bus aku zzzzzzzzzzzzz....hihihihihihii berdebar + teruja nak g sana.... ni fiza yang nak kawin ke aku yg nak kawin? hihihihi. So pagi sabtu 7.30 pagi bertolak dari Nitar dan kami sarapan di Pantai Hiburan, Rompin pada jam 9.00 pagi..... Pada mulanya ingat nak ikut jalan highway yang fiza dah ajar, tapi ntah macam mana tersalah masuk lorong... dan terus terikut jalan biasa, tu pon sedar bila roundboard yg fiza lukis tak jumpa2 hihihihihi...tapi ada hikmahnya best dan lagi seronok ikut jalan tu.... happening..


Lepas isi minyak kat Bandar chukai dan call Pak Bil kami dengan berat hati teruskan perjalanan.... dan berhasrat nak makan tengahri kat Kuala Terengganu, tapi jauh lagi rupanya terengganu... so sebab semua dah lapar, kami berhenti rehat di Hutan Lipur Jambu Bengkok, atas sikit selepas Rantau Abang...

cantikkan......

Solat Zohor di Masjid Terapung , Kuala Terengganu....wah bestnye selama ni dok dgr citer je hari ni dapat lihat dan rasa sendiri solat kat sini...alhamdulillah.. lepas solat sempat la snap gambar..tapi tak sempat nak amik gambar ikan dalam air.... klu dapat bestnye...leh share keindahan ciptaan ilahi .....

Perjalanan ke Kelantan start terasa jauh dan letih bila terpaksa mengharung jem... kat Kuala Terengganu lagi dh start jem..yela lalu bandar..... lepas tu jem kat Besut dan Jerteh... ingat nak lalu Machang macam pelan fiza, tapi Pak Cik pesan jgn lalu situ..... nasib baik tak lalu situ..sebab kat situ lagi jauh n jem lagi teruk....
DAn akhirnya sampai ke Kelantan jam 8.30 malam... tak tahu kat mane rumah pakcik tengok dalam google macam senang je...tapi rupanya susah gak la..maybe sebab first time.... rumah pakcik kat wakaf mek zainab... hihihihi..ok ni la entry hari pertama perjalanan ke Kota Bahru....

Apapun sepanjang perjalanan, banyak sungguh keindahan  ciptaan Ilahi yang dapat diperhati dan direnungkan kebesaran Allah..bila difikir-fikir rasa kerdil dan kecik nye kita sebagai insan di Muka Bumi ini... ok jumpa di entry akan datang ...




Wednesday, February 17, 2010

SUKARNYA MEMBUAT PILIHAN..


Ermmm susah nye utk membuat pilihan, mencari dan terus mencari, kemudian membuat plihan yang berkenan di hati dan sesuai dengan jiwa, selain itu kena juga pastikan yang pilihan tu sesuai dengan jiwa dan sekeliling serta pengisian blog ni nanti... dan akhirnya setelah mengorbankan waktu makan malam .... pilihan pon dibuat... dan setelah memilih beberapa layout dan kemudian disuai padan kat blog ni akhirnya berjaya juga membuat pilihan layout yg ada sekarang.... diantara layout yg berjaya menarik hati..

Maybe nampak keanakkan sikit, tapi sengaja pilih layout yang nampak lebih santai, satu terapi bagi diri ini yg setelah seharian berdepan ngan kerja yang menstresskan dan bila buka blog rasa rehat sikit....

Lagipun blog yang satu lagi tu dah cukup skema....hihihihi rasanya blog ini lebih sesuai klu berjiwa santai....tetapi tetap tidak meninggalkan sifat-sifat dan pengisian ilmu di dalamnya cume mungkin ianya berbentuk santai dan tidak formal...

So harapnya, layout baru ni memberi semangat kepada diri ini utk tidak meninggalkan blog sehingga bersawang tanpa ditambah dengan pengisian baru....

ok tahniah utk diri ini dan semoga diri ini akan lebih rajin lagi dalam semua hal..chayo!!!

Sunday, February 7, 2010

MEMBERI SEBUAH KEHIDUPAN



Suka tengok kehijauan sayur-sayur yang mak tanam kat belakang, tepi dan depan rumah, seronok tgk pokok-pokok tu mengeluarkan hasil...cakap ngan mak, tak gak tanam kat Jb tapi takde tanah arg rumah sewa tu, so dengan bantuan dan idea mak...(sebenarnye mak yang buatkan semua) hihihihi dapat gak bawa balik 3 polybag hitam pokok... satu pokok cili, satu daun kesom dan satu lagi pokok kacang botol....

pokok kacang botol masa kecil

Mula-mula sementara tunggu pokok-pokok ni besar, letak kat depan, sebab senang bila nak g keje leh siram dulu....sambil nyanyi " cepatlah besar wahai pokokku nikmati hidup ini sayang" (tapi nyanyi dalam hati je...kang pelik plak mak haji sebelah umah ni...hihihihhi), tapi mungkin sebab panas atau tak cukup air..pokok daun kesum tu dah mengucapkan selamat tinggal... sedihnya... :( tapi takpelah nnt balik kg amik lagi..... hihihihihihi nak wat camne kan...


Pokok cili

minggu lepas tgk pokok cili dah besar, seronoknya tak sabar nak tunggu berbuah... tapi lupa lagi nak beli baja..."takde vitamin pokok tu..."kata mak waktu call citer ngn dia..hihihihihi pokok kacang botol dah dipindahkan kebelakang, dan dililitkan pada pagar rumah, yela kat depan rumah tak sesuai la, dah penuh sesak ngan gen2 n viva forever tu hihihihihi so letaklah kat belakang...

Pagi tadi tengok dah mula melilit kat pagar, hihihihihih seronoknya, lepas ni nak semai tomato dan jagung plak la.... benih jagung dah ada... tomato je lum ada...seronoknya.... tadi ingat g angsana nak beli pasu... tapi bila pikir2 tawaqufkan dulu la...sebab ada benda yg lebih penting yg perlu diutamakan dulu... cewah macam rancangan bijak wang plak....hihihihihihi

Friday, February 5, 2010

MYVI VS BUAH OREN



hurmmmm saje je pilih tajuk tu, maybe sebab nak protes tak suka keta cloor ni kot...hihihihi rasa macam duduk dalam buah oren ( marah pemilik-pemilik myvi warna ni)hihihihi ermmm apapun nak wish tahniah pada "pemilik myvi" ini JLY ...... kerana setelah bersusah payah dan menempuhi pelbagai dugaan akhirnya berjaya juga memiliki buah oren tersayang ini.........

masa keluar hari tu segan plak nak gambar ngan "buah oren" ni dari luar..ambil gambar dari dalam je... apapun sempat gak bergambar ngan angah dalam keta ni... hihihihihi

apapun selamat datang dan selamat berkhidmat...JLY ****........ :)