Monday, January 25, 2010

AKTIVITI YG MENARIK SELAIN SHOPPING....

Rasanya semua pekerja..yg mempunyai waktu rehat tengahari panjang pada hari jumaat akan keluar ke mana-mana shopping kompleks...klu awal bulan apa lagi shopping la tengah bulan pon shopping gak akhir bulan pon shopping gak...atau kekadang window shopping je..(rasa itu lebih tepat lagi).... So samalah ngan beberapa kerat insan ni..... g CS tanpa tujuan... tak tahu nak g mana lagi...so rasanya elok gak klu g kedai buku...lagi pun memang nak beli satu buku tu... so apa lagi serbu popular yang terletak di aras 4... (pilih popular sebab ada kad popular leh dapat diskaun) hihihihi so jimat la sikit..duit tu leh bayar parking... :)

Dan yang menariknya...tak sangka pengikut-pengikut ku, telah duduk melepak di rak-rak buku pilihan sambil membaca..... wah menarik juga situasi ni... nak gelak pon ada...sebab tak disediakan kerusi kat situ.... tambahan plak tak semua kedai buku kat malaysia ni membenarkan pelanggan membaca disitu.... sebenarnye tak tahulah kedai ni benarkan ke tidak...tapi memang takde ditegur oleh kakitangan disitu...kira boleh la kot....... teringat kedai buku kinokuniya di KLCC....masuk kedai buku rasa macam masuk perpustakaan..... seronoknya...

Setelah snap beberapa aksi kat sini, dan menjumpai buku yg dikehendaki, serta setelah berulang kali melihat jam yang hampir menunjukan waktu rehat telah dapat.... kami pon keluar dari kedai buku dengan 1001 rasa, dan bagi diri ini ..apa yg paling best sebab dapat beli buku yg dicari.... nak citer pasal buku ni tak leh lagi sebab lum habis baca....lepas habis baca nanti baru leh story....
Seronok bila kita membaca sesuatu .... apatah lagi dari pembacaan tersebut kita dapat sesuatu info yg mungkin selama ini kita tak tahu.... melalui membaca kita telah memegang kunci pengetahuan.... Wahyu pertama yang turun kepada Rasulullah juga adalah Perintah supaya membaca...
" Bacalah dengan menyebut nama tuhan mu yang mencipta * Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah * Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha mulia * Yang mengajar manusia dengan pena * Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya "
Al-Alaq : 1-5
Jadi mari kita semaikan sikap cintakan ilmu melalui pembacaan... MEMBACA JAMBATAN ILMU.....(antara mutiara kata popular masa zaman sekolah dulu.... )

PERGINYA SULTAN BERJIWA RAKYAT......ALFATIHAH

Hari jumaat 22hb Januari 2010... pagi-pagi lagi hujan dah membasahi bumi.... badan takberapa sihat la hari ni, lepas subuh mengatal meletakkan kepala atas bantal apa lagi terus terlelap.... kelam kelibut dibuatnya bila sedar dah lewat....

Suasana hari ni suram je..maybe sebab hujan kot..... hari ni terus ke MARSAH sebab majlis tauliah Peguam Syarie Johor diadakan di Dewan Besar MARSAH... Petang kat office ada terdengar yg almarhum Sultan sedang gering..... Dan pada malamnya diumumkan kemangkatan Almarhum DYMM Sultan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman...

Sabtu, 23hb Januari 2010, telah diumumkan hari cuti umum..bagi negeri Johor, dan pada hari tu dapat menyaksikan upacara Perangkatan Jenazah Almarhum secara langsung di RTM 1...tak dapat tgk live sebab dah balik kg...almaklumlah tak berapa sihat..... tapi tgk dalam tv lagi jelas kot.....

Dan mungkin terdapat beberapa peristiwa yg bakal mencatat sejarah yang terdapat didalam artikel daripada Berita Harian ini utk info bersama: Alfatihah buat Almarhum DYMM Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum sultan Ismail.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20100123011241/pda/artikel
Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

�Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari,� katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

�Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri,� katanya.