Sunday, November 28, 2010

Hikayat 5 bulan 3 minggu 2 hari yang telah berlalu...

Tanpa disedari rupanya sudah 5 bulan 3 minggu dan dua hari cincin ini dijari manisku... kejap je.. rasanya letih memikirkan warna tema majlis, gubahan hantaran belum hilang dah 5 bulan erk... majlis pertunangan hari tu tema hijau..tetiba rasa suka plak ngan warna hijau sedangkan sebelum ni  suka warna biru semua benda nak biru, kalau dulu tgk barang-barang stationary semuanya warna biru... pelik gak bila majlis tunang pilih warna hijau...huhuhuhuhu hantaran buat sendiri je... bodoh-bodoh je maybe sebab rasa puas kalau buat dengan tangan sendiri, cantik ke tak cantik pon hasil tangan sendiri... tapi bukan lah buat sesorang ada pembantu, sape lagi kalau bukan angah dan mak, cuma masa sirih junjung tu je angah dah tak kuasa nak layan, nasib baik ada adik sepupu tolong buat sama-sama dengan dia.... jom kita biarkan gambar yang berbicara.....


bagi telur..mula-mula tiada dalam perancangan, tapi bila cousin saya tanya, telur bagi tak? oh kena bagi erk? jadi saya pun terus la sediakan bekasnya yang saya beli dah siap letak reben...huhuhuhu bekas tu satu RM1.80 dah siap reben tak yah fikir lagi pasal reben....cuba tapak tu je saya kena buat sendiri....



                                                                 
coklat dan gula-gula...tangkai tu asyik nak rebah je.. apapun berjaya...saje letak penuh bakul..sebab teringat yang Mr T mempunyai ramai anak saudara... jadi ada lah habuan untuk mereka... hihihihihi
biskut dan sumi jelly...
biskut tu saya ngan mak yang buat, balang tu saya beli dah lama, saya jatuh cinta pandang pertama...hihihihi
kain untuk baju melayu (untuk nikah nanti) saya buat bunga.... tak reti sangat tapi hentam je la labu.... dan hasilnya.... tak sekemas mana pun.... Mr T pon baju nikah saya buat bunga juga...tak sangka...tak rancang pon...
Inilah sirih junjung yang menyebabkan mata saya hitam tak cukup tidur....
saya dapat idea malam sebelum majlis...bunga saya beli kat JB, jenuh juga cari kat mane kedai jual bunga hidup area BBU... akhirnya saya dapat kat Tampoi... danhasilnya tarar.... taklah secantik gubahan profesioanal tapi boleh la.... hihihihihi


Ini agar-agar,
adik sepupu saya sponsor.... kira dulang akan terlebih bila ada agar-agar ni..makcik saya kata takpe yang penting jgn kurang... ok rezeki jgn ditolak.....
bunga rampai..... mula-mula saya dah siapkan bunga rampai dari rumah di JB lagi tapi saya salah simpan, saya simpan di bahagian beku, hasilnya bunga tu kering...wa wa wa jadi kat rumah saya kena lah racik lagi, tapi kali ni mak uda saya tolong..last minit nye keje... huhuhuhuhu yang penting bau dia wangiiiiii...

sebakul buah-buahan.....
saya beli buah-buah ni dari JB lepas balik kerja... satu bakul MASLEE tu penuh ngan buah je...hihihi abah yang kata kena bagi banyak sebab keluarga mereka besar....
nampak kilat tak buah tu? saya amik petua maklong saya masa kenduri kakak sepupu saya dulu, sapu minyak masak... alhamdulillah masih mengingati petua ni setelah 13 tahun berlalu..hihihihi


 kain samping songket ngan songkok....
samping di beli kat Kelantan... makcik dan Pak Bil yang belikan thanks tolong belikan ye.... sian juga susah nak cari warna yang saya nak.....


 ni pen untuk Mr T dan kembarnya...
sebab majlis kami adalah sehari selepas hari lahir mereka berdua..jadi saje saje nak banyak kan dulang bagilah pen ni... jenuh cari kedai yang boleh ukir nama kat pen... akhirnya jumpa di City Square....


teka ni apa? tuala...
saya tak tahu nak buat apa... tiba-tiba tangan saya lipat-lipat jadi segi empat ..terus dapat idea nak buat bantal... angah tolong sembat.. pastu  saya letak reben.... boleh la...



Majlis saya guna baju dan tudung sendiri.... saya belajar pakai tudung ngan fiza, housemate saya.. pastu saya beli batu kristal yg biasa org buat hias dulang hantaran saya letak kat tudung... disebabkan saya tak reti solek dan tak pernah solek jadi saya kena cari org yg pandai tuk solekkan sya...dan ada yg sudi membantu....

nampak tak kat tudung tu kristal hijau..tula batunya... saya pun tak tahu ni rupanya batu untuk menghias dulang sehinggalah saya terbaca di sebuah blog...

kelakar pon ada bila ingat..masa beli batu ni dulu saya sendiri tak tahu ianya untuk apa... tapi saya terfikir nak letak kat tudung.... sebab tu beli.... selendang putih tu sebenarnye saya nak cari warna cream...tapi tak jumpa jadi saya amik je warna putih pastu jahit manik hijau sikit-sikit mana yang sempat....alhamdulillah okla..cantik gak saya (perasan)hihihi

ni dah selesai majlis, officemate saya datang... jadi saya macam baik hati gitu nak layan diaorg..hihihihi

cincin? Mr T hadiahkan saya dua bentuk cincin... dua-dua pilihan saya... tapi paling susah nak cari cincin tunang...sebab saya dah jatuh hati pandang pertama pada satu cincin tu... tapi Mr T kata kita cari dulu yang serupa kat kedai lain.... satu bandar kota tinggi pusing tak jumpa... huhuhuhuhu dan akhirnya beli kat kedai yang saya nak tu juga... alhamdulillah tiba-tiba masa nak beli harganya kurang lagi RM20.00 well kira oklah tu dari mula-mula saya tanya uncle tu kasi kurang RM10.00 je.. kira rezeki Mr T la tu... dan habuan saya... hihihihi


Apa yang saya dapat dari Mr T selain cincin? ada 9 dulang hantaran warna hitam putih gitu.... huhuhuhuhu cantik.... .... Doa dan harapan saya.... semoga ikatan janji 5 bulan 3 minggu dan 2 hari ini akan berakhir dengan satu ikatan suci izin berwali aqad bersaksi pada Disember ini.... dan dirahmati serta dipermudahkan segala urusan..amin.. (ngah  taip ni berdebar-debar...risau + takut ) kekadang saya sendiri pun tertanya-tanya..apa yang saya takut kan erk? hihihihihihi



............ Jentayubiru ...............



Friday, November 26, 2010

DIY: yang lama dilupa jangan..

Em apa ye yang hendak disampaikan... jika baca tajuk tu je mesti tak faham.... DIY: DO IT YOURSELF... tapi apa kaitan dengan yang lama dilupa jangan? sebenarnya saya nak citer pasal almari lama dirumah..... rasanya tajuk ni macam best gitu.... huhuhuhuhu (perasan sendiri)

Cuti minggu yang lepas-lepas-lepas( sebab dah lama rasanya dalam bulan Oktober agaknya) saya telah mengubah sesuatu di rumah saya..iaitu almari buku... sebenarnya almari ni asalnya adalah almari lama yg dulu mak letak pinggan mangkuk dia yang lawa-lawa tapi kemudiannya kami tukar fungsi kepada almari buku-buku kami hihihihihi

Abah ada buat satu ruang di sebelah bilik adik, kami semua sepakat untuk letakkan almari buku ini disebut tetapi abah dah buat para disitu... jadi kami sepakat untuk letakan almari tersebut atas para tu je....
Jadi memandangkan almari tu tinggi sangat kami kena buang dulu kaki dia... huhuhuhu saya ngan angah yang cuba merealisasikan idea kami ini.... tapi akhirnya abah juga yang berjaya..sebab tektik yang kami gunakan salah dan lambat.... well biarlah gambar yang bercerita :-

ini kaki almari itu.... :)





ini hasil tangan saya.... kesan gergaji..huhuhuhu nak habiskan satu pun makan setengah jam...kui kui tangan pun melecet..dasat tu penangan gergaji...hihihi








ini cara abah yang mudah n simple huhuhuhuhu tanpa gergaji...tangan pun tak melecet, tak sampai setengah jam 3 lagi kaki almari selesai dipisahkan..


 ok inilah hasilnya setelah saya, angah, abah dan mak mengangkat bersama-sama almari ni .... fuh memang berat.... well ni baru separuh saya susun buku-buku koleksi kami adik beradik.... saya dah ambil gambar huhuhuhuhu....

Maka dah jimat dah tak yah beli almari buku lain atau papan playwood untuk buat rak buku disitu sebab itulah.... YANG LAMA DILUPA JANGAN.....


.........jentayubiru........

PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA?

Hai, hari jumaat memang hari yang cukup pendek... saya tak dapat siapkan pun perancangan kerja harian saya semalam.... walaupun saya tak keluar lunch tapi still tak sempat siap juga...adui camne nak amik cuti panjang ni..sempat ke? ada 5-6 fail utk hujah tak termasuk fail2 yang perlu kemaskini..aduhai.... takpe pelan2 saya yakin saya leh siapkan..bukan apa saya tak mahu menyusahkan click saya bila saya bercuti nanti...hihihihihihi

Ok sebenarnya bukan nak citer pasal keje atau cuti ..tapi nak cerita mengenai satu ceramah ringkas yang dibuat di pejabat tadi... iaitu mengenai pengesanan awal kanser payudara.... Saya telah membuat sedikit carian (macam biasa di internet ler...hihihihi) dan nak kongsi di blog ini:-

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

untuk keterangan lanjut boleh rujuk kat kat sini

Ceramah ringkas ini disampaikan oleh penceramah daripada YEH MARKETING SDN BHD... mereka memperkenalkan satu alat baru (menurut beliau baru di Malaysia tapi telah digunakan lama di Russia) menarik gak alat ni... nak tahu lebih-lebih kena rujuk di  laman web rasmi mereka: click sinun ye...hihihihi

ok selamat menambah pengetahuan.... :)

Saturday, November 20, 2010

KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN...., tempahan, bentuk dan edar.....

kad jemputan saya dah siap... huhuhuhu lega walau pun ada juga sikit yang saya tak puashati tapi alhamdulilah ok sebenarnya.... apapun waktu ni ada rakan2 yg dah terima kad saya, cume yang pos tu belum lagi saya lum sempat nak g beli setem huhuhuhuhu

saya tempah kad ni dah lama... dari bulan ramadhan lagi... hihihihihihi kebetulan ada masa tu yg terus tempah atas nasihat beberapa org yg rapat dan persetujuan Mr T... saya nye bajet ciput je.. takut nak cari kad mahal2 maklum lah saya org biasa je... kad pon biasa2 je..hihihihii tapi apapun dah tercapai hajat saya.... alhamdulilah...

sekarang bab nak edarkan kad plak..adui macam mana nak bagi kad ni erk... segan la... officemate saya cadangkan bagi awal sebab senang mereka yg bekeluarga nak set masa dan buat perancangan..jadi saya bagi awal... pastu saya send dulu kat fb... jadi masa bagi kad tu org dah tahu jadi takde la muka saya merah n segan sgt...huhuhuuhu susah kalau saya dah tersipu-sipu kat situ...jadi tahu kelemahan diri kena cari penyelesaian dulu ..hahahaha

 BAgi yang takde FB tu saya kena menghadapi situasi ni....tapi memang kelakar kalau diingat balik, ada yg, saya kata saya wakil menjemput la ..kembar saya nye la huhuhu punye la segan.. Mr T  ketawakan saya je..dia kata apalah itu pun nak malu... eeee nak wat camne dah memang saya pemalu kan? huhuhuhuhuhu



tak kisahlah masih ada banyak lagi yang saya lum edarkan, sebab masih tercari-cari cara nak edar huhuhuhu bimbang saya tersipu-sipu je lepas bagi kad tu..adui susah gak erk ada penyakit tersipu-sipu ni...

Apapun semoga majlis yang telah dirancang ini akan berjalan lancar dan dirahmati Allah dan semoga perhubungan kami berkekalan dan dirahmati, amin...

Thursday, November 18, 2010

SLE.....

hai hari ni saya gembira sangat...sebab saya dapat jumpa dengan pasangan suami isteri yg merupakan cikgu saya masa sek ren.. saya cari rumah cikgu tadi... cantik sgt rumah cikgu lanskap nye cantik ada gaya-gaya inggeris sikit dan gaya dalam taman...memang rasa damai sangat....... tu yg rasa tak mau balik je... hihihihi balik teacher bekalkan pisang ngan perencah soto n baby cucumber ...thanks teacher...

Tapi sedih juga...tengok keadaan teacher... teacher sakit SLE... saya pernah dengar tapi tak pernah nak amik tahu pun pasal sakit ni... tapi lepas cikgu cerita teacher sakit SLE saya jadi rajin research tentang sakit SLE ini... tapi saya kan caring orgnye hihihi jadi saya nak share dengan semua org mengenai penyakit ni..hari tu saya dah buat kelas kat office tentang sakit ni... pendengarnya ialah K.sabrina n Mr Adam...huhuhu ok ini saya share ye tentang SLE... ini pun saya amik dari blog n laman web lain gak... terima kasih Pakcik Google... :)

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
SLE ialah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.  Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ianya mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.  Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri.  Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.




Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr. 
Di antara gejala-gejala SLE ialah :
  • Sakit sendi atau bengkak sendi/arthritis.
  • Rasa lesu 50 peratus.
  • Demam yang tidak tentu.
  • Pecah-pecah mulut
  • Masalah kulit
  • Buah pinggang.
  • Sistem saraf
  • Gugur rambut.
  • Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka.
  • Kiraan darah putih yang rendah
  • Kiraan platelet rendah
  • Sawan
  • Gangguan urat saraf
Di antara Kaedah Rawatan Penyakit SLE ialah :
  • Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ pula merujuk kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.  Keaktifan penyakit diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
  • Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit.  Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.  Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE.  Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.  Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku pada pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.  Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.  Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.  Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.  Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
  • Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.  Oleh itu, seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
  • Merokok boleh meningkatkan risiko SLE.  Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  • Elakkan tekanan kerana ianya boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.  Perlu sentiasa berfikiran positif.
  • Perlindungan kulit seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45.  Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
 Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 26 Jun 2005

Sunday, November 14, 2010

WARNA PERSAHABATAN

Hai....... malas nye saya nak siapkan hujah ni... dah tiga hari fail ni saya pegang, letak, pegang belek-belek dan esok adalah hari terakhir... apapun alasan saya kena siapkan malam ni juga..waha wahahahaaaa camne ni..takde mood... ( nak wat hujah pon kena tunggu mood gak ker?) aduiiiii :)

Dalam melayan dan mencari-cari mood saya terfikir untuk mengemas kini inbox email saya... ada 1000 lebih email tak berbaca..ermm kebanyakkan adalah email forward atau berantai yang saya tak baca....hihiihi dan ketika sedang memilih email-email yang best saya terjumpa dengan satu email ni...macam best je... baca ye kita share... sharing is caring kan..... ok enjoy it dan cari iktibar disebaliknya... ...



"Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar. Semua menganggap dirinyalah yang terbaik yang paling penting yang paling bermanfaat yang paling disukai

HIJAU berkata:"Jelas akulah yang terpenting. Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.
Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.
Tanpa aku, semua haiwan akan mati.

BIRU menyampuk:
"Kamu hanya berpikir tentang bumi,pertimbangkanlah langit dan samudra luas.
Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.
Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa"

KUNING menjerit:
"Korang ni serius ke? Aku membawa tawa, kesenangan,ceria dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."

ORANGE menyusul dengan meniupkan trompetnya:
"Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah labu, jeruk, mangga dan papaya. Aku tidak ada dimana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazat saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalian akan terfikir di fikiran orang."

MERAH tidak boleh diam lebih lama dan berteriak:
"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan!
Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa.
Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy."


UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:
Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan. "Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, Pemimpin dan para marhain memilih aku sebagai pertanda kuasa dan
kebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."

Akhirnya NILA berbicara lebih perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:
"Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan kontra, untuk doa dan ketenteraman batin."

Jadi, semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan kehebatan dirinya.
Perdebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, cahaya halilintar melintas membutakan.
Guruh menggegar.

Hujan mulai turun tanpa kasihan.Warna-warna sama-sama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.

Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:
"WARNA-WARNA , kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus,unik dan berbeza?

Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"
Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata:

"Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai mengingatkan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian.

Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok."
Jadi, setiap kali HUJAN turun keras membasahi bumi dan saat Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.

MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK, KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHAN UNTUK SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, MEMBERI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN ....

Persahabatan itu bagaikan pelangi:
Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya.
Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.
Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.
Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.
Biru bagaikan air jernih.
Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.
Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.
Saya paling suka ayat yang saya colourkan hijau ini.... hihihihihi camne dah dapat memahami maksud tersiratnya? jom sama-sama hayati dan fikirkan.........

Wednesday, November 10, 2010

saya yang tiada idea untuk menulis

Hai...lama nye tak tgk blog ni... nak sempat atau dalam erti kata lain malas  hihihihihi ...sebenarnya byk idea-idea yg merencana di dalam minda tapi tak mampu diluahkan di papan keyboard ni.. bila jari jemari ni mula untuk menari tapi akhirnya gagal dalam mencari rentak..maka hilang la irama dan lagu untuk saya postkan ke dalam entry saya...


Tapi rasanya malam ni tetap nak gagahkan diri mencari kembali rentak dan irama untuk menghasilkan sebuah lagu yg menarik...cewah... saya sebenarnya dilanda kerisauan ... kenapa ntah rasa takut sikit... rasanya bukan saya je yg takut ni..mak abah n adik2 saya pon nampak risau....


Kekadang saya terfikir sendiri, susahnya menguruskan majlis walimah ye.... tapi kenapa ada sesetengah masih sibuk mencari dan mengintai ruang tuk memutuskan ikatan murni tersebut..adui kes tuntutan fasakh dan taliq boleh la tahannya..itu tak termasuk kes permohonan cerai dan lafaz cerai....


mungkin ada benarnya, kalau menguruskan majlis walimah sahja sudah sukar, apatah lagi kehidupan dalam perkahwinan tersebut...semestinya juga sukar ..tetapi semua perkara sukar dan susah jika kita tidak berjaya mengatasi dan mengurus masalah dengan baik.


Tak cakap lebih pon tak reti sebab belum cukup pengalaman dan belum pun menempuhinya, semoga melalui pengalaman rakan2, client (pengalaman yg paling banyak sampai kekadang buat saya takut hihihi), pembacaan dan observasi tak formal saya akan menjadikan saya lebih matang dan dapat melalui fasa tersebut dengan lebih baik

Dan semoga segala perancangan kami dipermudahkan berjalan lancar...aminnn

Monday, October 25, 2010

Filem Kita Wajah Kita?

Semalam, saya berkesempatan menonton Festivel Filem Malaysia yang Ke23... banyak juga filem yang tercalon tapi saya tak pernah dengar, contoh macam filem estet, Haq dan ada beberapa lagi... adakah filem tu kurang publisiti atau bajet kecil takde modal untuk publisiti? atau saya yang tak ambik tahu pasal filem tersebut..

Apapun sebagai penonton biasa yang tiada pengetahuan penuh mengenai filem apatah lagi dunia seni, saya tertarik untuk bercerita mengenai Filem yang telah menjadi filem terbaik iaitu Magika...bagi saya filem magika adalah satu anjakan dalam dunia perfileman Malaysia, walau dilihat ianya seakan meniru cerita-cerita Disney dari Hollywood namun bagi saya ianya tetap ada jati diri Malaysia, kisah dan jalan ceritanya tetap Malaysia kerana semua watak-watak didalamnya adalah watak-watak cerita rakyat masyarakat kita yang kian di lupakan...

Saya dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat ini, yang diselitkan dengan unsur-unsur moral yang bersahaja. Sekurang-kurangnya cerita ini dapat mengantikan kisah-kisah fairy tales seperti sleeping beauty, cinderella, Pinachio ddan sebagainya. Bukan apa tetapi jati diri dan asal usul kita perlu diterapkan kepada generasi muda kita terutama kanak-kanak...Bukan kah kanak-kanak adalah permata negara?

Bila melihat Magika saya tidak segan untuk melaungkan kembali sloganyang pernah diwar-warkan Finas satu masa dahulu "Filem Kita Wajah Kita" tapi sekiranya melihat lambakan filem diluar sana pada hari ini saya malu bukan setakat mewawarkan untuk menyebut slogan tersebut juga malu. Kerana saya malu untuk meniayakan apakah masyarakat yang gemar kepada kisah-kisah seram, mengeksplotasi wanita, atau kisah cinta yang tidak melambangkan masyarakat timur dan syariat Islam seperti yang digambarkan di dalam filem itu sama dengan realiti hidup masyarakat kita?

Saya teringat mengenai kupasan wartawan Utusan Malaysia sebulan yang lalu mengenai kurangnya filem berunsur Islam di Malaysia, jika dilihat sekeliling kita memang betul pun, cetusan pendapat seorang pembaca Utusan Malaysia (untuk penulisan penuh sila klik) mengenai filem kita hari ini, secara peribadi saya turut bersetuju dengan pendapat beliau...

Senaman Minda untuk hari ini......

* Sekadar luahan rasa dan pendapat dari pemikiran dan pandangan dari insan yang tidak mengerti dan memahami dunia seni tapi apa yang saya faham matlamat tidak menghalalkan cara...... Wa Allahu Alam.

Thursday, October 21, 2010

POMANDER BALL BUATAN SENDIRI

Saya kan memang giler bunga... hari tu saya terbaca sesuatu dari sebuah blog disini.....lepas tu masa saya g sebuah kedai saya ternampak gabus tu... ting...saya rasa saya nak cuba buat la.... saya pon apa lagi menyusahkan adik kedai tu untuk pilihkan bunga-bunga utk saya... adik ni memang super la layan saya... dan masa kat rumah tu tarar...saya berjaya menghasilkan pomander ball saya... sebenarnya saya pon tak tahu apa nak buat ngan pomander ball ni...(syppppppppp nanti angah marah dia asyik kata saya membazir...hihihihi) saya saje je nak cuba...alhamdulillah jadi takpe pasti  ada kegunaannya...

                                                           bunga yang saya pilih
                                                                dah siap separuh.........
                                          tarar............ dah siap..... sakit jari saya.... tapi puas...

Petang tu sebelum balik Jb.... saya telah berjaya menghasilkan satu lagi pomander ball tapi besar sikit dari yg asal... baru saya tahu saiz bunga membantu saiz pomander ball ni...saya gunakan gabus yg sama saiz tapi guna bunga besar..dan hasilnya lebih besar dari pomander ball pertama... dan pomander ball ini saya sudah tahu kegunaannya nnt... tgk lah nnt....

               nampak pucat ler.... dah bunga tu je yg ada... camne nak nampak nak pucat erk? ting.............

Kekasih Gelap ku Cedera..

 Sedihnya...kekasih gelap saya hari ni tercedera...akibat kecuaian saya..... isk isk isk... hari ni keluar waktu lunch g kotaraya beli barang sikit.... masa nak kuar dari parking tersilap bajet...terlanggar rumag dan tiang parking.. bunyi dia memang dasat...tgk rumah parking tu ada kemek sikit..tiang tu pon kemek.. dalam kepala ni habislah mesti teruk punye bumper keta ni.. tapi buat-buat cool tak turun pon keta.... takpelah sampai office nnt baru tgk.. pergg sampai je parking office... kelu tak terkata... sedih wooooooooo sian dia mesti sakit.... leh tahan gak teruknya... bumper terkoyak... apa erk nama satu lagi tu fander ke apa ntah kemek.... tgk dari jauh macam takd eper..tgk dekat pergggggggg...


Alhamdulillah sebab saya dikurniakan officemate yang caring dan baik-baik belaka... masing2 memerah dan mencurah idea membantu saya yg masa tu memang kusut giler... Thanks to K.Ina call tanya kan abg hery n bagi pinjam keta n hantar dan amik g court... K.Doty n En.Syed yg memberi info harga bumper , walau tak membantu sampai akhirnya tetapi info tu cukup berguna buat diri yg buta pasal memende ni semua... UStaz Rizal yg siap call kan Perodua, MrAdam yg beri info pasal insuran, Najaa yg bagi no phone Perodua, dan Encik Husin dan Acu yg kenalkan saya ngan Doktor yg berpatutan ngan bajet saya dan hasilnya muaahhhhhh rahsia...huhuhuhu opsss juga pada loloq yg teman amik keta ngan Acu n tlong tawarkan harga ngan uncle..

Uncle tu kata, luar nampak tak teruk, tapi dalam teruk banyak nak kena ketuk ... kaki lampu pon patah tapi uncle adjust... mahal tu klu lampu tu tak leh guna.... alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.... thanks uncle tlg pulihkan kekasih gelap saya kembali tanpa cacat cela...( nampak seperti baru!)

Terima kasih juga pada mak dan abah yg bri semangat dan mencool kan saya.. serta Adik yg tolong surver kan harga bumper kat Taman U dan Angah yang sentiasa disisi....( tak leh lupa la saat-saat suspen kat senai tue huhuhuhuhu)  dan akhirnya Mr T..walau saya tahu nada dia memberi ingatan (suara tegas tul...masa tu rasa saya macam anak murid dia je huhuhuhu) supaya saya jgn cuai dan lebih berhati2 tapi saya tahu dia amik berat pasal saya....

Apapun saya bersyukur kerana walau saya kehilangan Note RM50.00 sebanyak 6 keping dalam satu hari...tetapi saya sekadar melanggar rumah parking yang saya tak perlu bayar ganti rugi atau menyebabkan kehilangan nyawa atau menyebabkan saya tercedera... alhamdulillah...

Lepas ni saya kena memandu dengan lebih berhemah dan berhati-hati............ terima kasih Ya Allah di atas teguran kepada diri ini yg mungkin teralpa padaMu..... 

Saturday, October 16, 2010

Buku untuk Hantaran?

Awal suruhan ialah membaca

Menuntut ilmu disuruh budaya

Inilah teladan sepanjang masa

Gayakan hidup dengan membaca



Apalah nama andai tanpa ilmu

Apalah mahkota permatanya palsu

Tanpa membaca cacatlah minda

Tanpa ilmu ke manalah kita



Jika ilmu penuh di dada

Bila bergaya dengan membaca

Dunia sempit menjadi luas

Tempah kejayaan tiada terbatas



Negara yang kecil tinggi martabat

Kerana ilmu, negara berdaulat



Mari kawan kita membaca

Mari rakan, timba ilmu dengan membaca

Inilah perjuangan, sambutlah seruan

Jadikan Membaca Gaya Wawasan



Everybody!

Take a book and read

To gain knowledge, everyone has to read

Let's reach out, open up your mind

Let's make reading, a lifestyle of Wawasan

Ini lah bait-bait lirik lagu membaca gaya wawasan.... suka dengar lagu ni... iskk dah lari topik pula...

Menurut statistik, Kadar buta huruf di Negara kita semakin berkurangan.... tapi malangnya kadar pembaca tegar juga turut berkurangan... kenapa ya masyarakat kita lebih suka menjadi penagih tegar daripada menjadi pembaca tegar? Tak perlu lihat orang lain, cukup
lah dengan meneliti diri ini...dari Januari hingga Oktober ni rasanya tak sampai lima buah buku yang habis di baca...opsss tak termasuk novel erk.... kalau termasuk novel habis... tapi tahun ni adalah tahun paling sikit baca novel.... (abah mesti gembira dengar yang statistik baca novel berkurang tahun ni kui kui kui)
rak buku saya di rumah sewa..... ada dua ke tiga buku yang tak habis baca lagi..... 

Salah tak kalau tak mengadaptasikan hobi dan minat mengila aku pada buku...dengan menjadikannya sebagai salah satu dari hantaran nanti? tapi dari hasil observasi yang dijalankan ada dah yang menjadikan buku sebagai hantaran... cuma belum meluas... boleh juga erk kalau menjadi diantara perintis...(sedangkan dah ramai orang buat saje nak perasan gak jadi perintis..hihihihih)
sesuai tak letak buku-buku ni dalam bakul macam tu? kalau tak guna bakul?


suka suka suka sangat kalau dapat hadiah buku......... tapi kalau ikut dalam senarai hantaran dari My Mr T... takdelah senarai buku cuba nak selit pun tak leh.. kecuali la kalau tambah dulang...ooooo tak mau!!!! tapikan kalau ada ruang... nak buku Natrah.......... bestnya kalau dapat...nyum nyum nyum...opsss macam makanan plak......... Penerbit buku tu tak nak ke sponsore buku tu? hihihihihi (angan-angan yang pasti tak dapat direalisasikan.... hihihihi)

Ermmm membaca memang kunci pengetahuan.... terasa diri ini begitu kerdil dan teruk sangat..sebab untuk tahun ini tak sampai 5 buah buku berjaya dihabiskan....aduiiiiiiiiiiii... dashyat nye... tak sangka jadi salah seorang penyumbang kepada masyarakat celik huruf tapi tak membaca...malunyaaaaaaaa.... tapi tak membaca bukan bererti malas baca ye...kengkangan masa, keletihan menyebabkan akhirnya buku yang baca saya...( tidur la jawabnya........)

Oklah nnt saya nak tgk camne cara gubah buku sebagai hantaran ye... sebab dalam kepala saya ada 3 buah buku yg saya beli, saya tak tanya Mr T pun sebab dia pernah kata beli je la apa je.... baik kan Mr T saya...hihihihihihi jadi kerana kebaikan dia saya telah membeli buku-buku yang saya suka..... hihihihi kad keahlian Popular saya dah tamat tempoh dan sebab tak sempat g Popular, hari ni saya daftar pulak kad keahlian Badan Book Store... hihihii semoga saya akan jadi orang yg rajin membaca dan dapat berkongsi ilmu dengan insan-insan lain.... sebab saya nak jadi insan yang baik, memberi manfaat kepada insan lain, macam dalam Hadith Rasulullah: "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat untuk insan lain"

ok Ingat jangan lupa... membaca jambatan ilmu.......
Baca lah oleh Mu.... Iqra!

Sunday, October 3, 2010

Denggi? Virus Kencing Tikus? Jangkitan Bakteria di Paru-paru........

Dah seminggu bilik tu kosong....... minggu lepas masih ada fail dan buku-buku yg tersusun rapi, tapi minggu ni kosong...yang ada hanya kerusi, meja, rak-rak dan komputer yg kehilangan tuannya.... Ermm diaorg tu rasa tak erk kehilangan macam yang aku rasa? ada perasaan ke kerusi, meja tu? huhuhuhuhuhu

Rasa janggal bila balik lalu depan bilik tu tak cakap apa-apa macam dulu "bye balik dulu jumpa esok" ...takde member leh citer secara santai pasal kes-kes kat mahkamah, ragam client dan macam-macam la...nak jumpa tuan-tuan yang lain mesti la ala-ala skema sikit kan? fuhhhhhhhh sedih weiiiiiiiiiiiiiiiiii

Dan hari khamis tu, dikejutkan kan satu lagi berita.... dia masuk hospital...HUKM wad kritikal.... sakit apa la plak Cik Kak ni... menurut sumber... sesak nafas, kencing kotor, tekanan darah rendah dan doktor nak masukkan tiub air terus ke jantung...dan jika tak sedar malam tu juga akan dimasukkan ke ICU.... Ya Allah..bantulah kawan ku amin.... Malam sikit dapat call... nama dia yang naik... suspen takut plak nak angkat..bila angkat suara lemah kedengaran... citer dan maklumkan dia kat wad...sedih sgt bila dengar dia mengadu sakit..kena cucuk sana kena cucuk sini.... semoga dia tabah menghadapi Ujian ini...aminn..

Esokkannya kat office, kecoh citer pasal dia....... doktor suspect Denggi... petang dapat berita Doktor suspect Virus Kencing Tikus http://www.sihatselalu.com.my/2010/07/kencing-tikus-leptospirosis.html...
risau nye bila dengar macam ni.... tiba-tiba rasa sedih sebab hari last hari tu, tak dapat jumpa dengan dia, sebab terlibat dengan bengkel pelan tindakan ekonomi wanita Johor....... rasa nyesal plak tak lari je kejap petang tu....

Setelah pakat-pakat, sabtu pagi saya dan beberapa orang rakan pejabat (dua kereta) pergi ke HUKM... perjalanan rasa lambat sangat...tak sabar nak jumpa dia...... smpai HUKM petang, lega dapat tgk muka dia, walau rasa pilu dan sedih tengoh wajah pucat tu.......... Dan maklumat terbaru...doktor kata bukan virus kencing tikus.... doktor kata ada jangkitan kuman di paru-paru... diagnosis sekarang hanyalah antibiotik... Doktor juga manusia biasa, tak dapat mengesan penyakit dengan serta merta.... semoga doktor dapat mengesan penyakit sebenar dia dan yang paling penting dia cepat sembuh walau sakit apapun yang dihadapi...aminn
Alhamdulilah yang datang semuanya kecuali saya... memang pelawak hebat sehingga mampu buat dia ketawa.... dan makan nasi lebih dari semalam... (Akmal yang bagitau dia takde selera makan)


Dah tiba masanya untuk kami pulang dan tinggalkan wad tu..... sedihnya.... air mata dah bergenang tapi kena tahan, tak leh nangis...tak mau pulang dengan tangisan sebab air mata ini akan menambah kesedihan dan kesengsaraan dia.... kena tabah kuat hadapi ujian Allah ini.... Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak kuat untuk menghadapi ujian itu.....

Ya Allah ..
kuatkan lah semangat Noor Hanini Ismail dan suaminya (pengantin baru lagi...baru dua minggu)
dalam menghadapi ujian mu...
semoga cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa
aminnnn

Wednesday, September 29, 2010

TIADA YANG MUSTAHIL

Sebenarnya tajuk untuk entry kali ni macam tak berapa nak kena... tapi saje sebab tiba-tiba terfikir ayat tu, jadi nak guna juga....
tujuan entry ni sebab @ untuk menyatakan ralat pada entry sebelum ini......
 maaf, tak perasan video kat entry sebelum ni tak habis... takpe saya upload yang baru ni...tararrrr....



lama juga tunggu tuk upload video ni...mata dah mula kuyu, esok ada kes luar daerah...fail?

 boleh tahan lah 10 fail... huhuhuhuhu semoga esok berjalan dengan lancar.. masa menunggu di

terjumpa satu post yang rasa macam menarik untuk dikongsi....


utk diri ini: selamat memahami dan beramal...... (orange ? eeeee color yg orang Tu sukerrrr. hihhuhuhuhu)

belajar dari kehidupan



  
Pagi tadi dengar motivasi pagi dari IKIM.FM.... motivator cerita pasal hati.... dan apa yang menarik perhatian saya adalah apabila ustaz cerita pasal belajar dari kehidupan... Sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran, dengan mudah kita dapat menyerap ilmu-ilmu tidak formal dari persekitaran kita dankehidupan... sedar atau tidak, dalam tempoh 24 jam kita sebenarnya bertemu dgn 1001 pelajaran dan pengajaran, bezanya sama ada kita berjaya menyerapi nya atau ilmu itu pergi bagai angin lalu.... kalau itu terjadi betapa ruginya kita....

Tersentak bila ustaz tersebut, bercerita mengenai bapa peguin... teringat kepada satu video yang saya terima dari rakan FB... sama lah dengan apa yang ustaz ceritakan... ustaz telah menghuraikan mengenai sikap sabar bapa penguin dalam menjalani rutin dan sunahtullah yg telah ditetapkan kepada mereka.... alhamdulillah sikit sebanyak terkesan juga di hati saya....

Tapi apa yg ingin saya sampaikan sedikit berbeza, kisah yang sama tapi kesan yg berbeza... saya ingin menyentuh mengenai tanggungjawab seorang bapa terutama mengenai nafkah... ( mungkin pengaruh kerja saya menyebabkan saya berfikir begitu) Saya merasakan betapa bapa peguin sangat bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai anak mereka... mereka bersusah payah menjaga selama 4 bulan dan memberi makan walau mereka sendiri tidak makan... Cukup berbeza dengan sikap segelintir masyarakat kita hari ini... Mereka hanya pandai merancang untuk mendapat anak tetapi gagal dalam menyediakan keperluan anak tersebut... (tapi bukan semua ya) bagi saya masalah bapa culas dalam pemberian nafkah bukan isu kecil dan terpinggir tapi ia merupakan wabak yang semakin serius, kalau tak takkan lah sampai kerajaan terpaksa mewujudkan satu bahagian atau unit dibawah Jabatan Kehakiman Syariah semata2 untuk menguatkuasakan pembayaran nafkah oleh bapa-bapa culas ini...

Kekadang rasa lucu, apabila tanggungjawab dan amanah dibahu, perlu diingatkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan... Seharusnya sekiranya mereka-mereka ini beramal dengan AL-Quran dan Sunah, brpaksikan kepada ajaran Islam sebenar, maka semestinya isu bapa-bapa culas nafkah tidak timbul, kerana masing-masing tahu akan tangungjawab masing-masing...

Kadangkala kasihan kepada si ibu, bersusah payah turun naik mahkamah, menebalkan muka memohon bantuan guaman, JKM dan baitulmal kerana tidak mampu menanggung sendirian kos kehidupan anak, lagi malang ada yang  terpaksa menanggung kehidupan bapa-bapa culas ini.... dan bapa-bapa ini seolah seperti batu mendiamkan diri dan ada yang lebih dashyat melarikan diri atau menyusahkan diri sendiri dengan mengecilkan pendapatan di slip pendapatan masing-masing...

Bila melihat video ini dan membandingkan dengan sikap-sikap insan culas ini, terasa malu sendiri... sebagai insan yang dianugerahi akal dan fikiran seharusnya kita lebih teratur dan bertanggungjawab. Jika diteliti, saya berpendapat kes-kes culas nafkah  adalah satu dari faktor kebobrokan akhlak remaja, mereka mula mencari jalan pintas untuk mendapatkan duit kerana sedih melihat ibu bersusah payah atau mungkin kerana seronok jika memperolehi duit yang banyak... tepuk dada tanya lah minda...

Bila direnungi, sebenarnya sekeliling kita ada ilmu dan peringatan yang Allah berikan kepada kita, terserah kepada kita untuk mencari, menyedari dan menyerapi ilmu-ilmu tersebut dan akhirnya mengamalkannya...
Jom sama-sama kita belajar dari kehidupan ini.... sebab FOC je.... ( baru je belajar perkataan ni FOC = Free Of Charge... hai byk nye yg tak tahu hihihihi )

* Ini adalah pendapat peribadi hasil dari penelitian dan pengamatan tidak formal saya...yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan... wa Allah hu alam..

Sunday, September 26, 2010

MINAT YANG DAPAT DIREALISASIKAN

BUNGA....isskk saya memang giler ngan bunga.... sejak dari sekolah lagi memang suka bunga...walau tak reti mengubah bunga tapi sebab minat sangat saya tetap akan cucuk juga... kekadang habis bunga yang di beli saya mengatal gubah balik sebab nak tiru.... tak sangka sampai ke besar rupanya minat tu... adakalanya mak membebel gak... tak habis2 bunga...ui kui kui..


Klu pergi kedai buku plak pantang nampak buku mengenai krftangan atau gubahan mula la tercegat dan berdiri lama depan rak dan membelek-belek buku-buku tu.....  masa  belajar dulu, klu cari maklumat atau bahan assigment dari majalah di library dan sekiranya jumpa apa-apa gubahan yg cantik dan  berkenan saya akan potostat.... fuh yoooo punye la giler ngan bunga ni....
                                                                                          baki bunga dulang masa majlis pertunangan


Sempena satu majlis yang akan diatur oleh keluarga hujung tahun ni, saya telah cuba untuk menyiapkan sendiri bunga rozet untuk dipakai oleh mereka-mereka yang akan menyediakan makanan....  walau rasanya kos buat sendiri dan beli tak jauh bezanya.... (jika dicampur dengan kos tenaga)hhihihihihi kerana minat sangat,  maka saya rasa baik saya buat sendiri ...bukan banyak pun 80 keping je.. isk betuk ke penjodoh bilangan yg saya gunakan ni? kalau salah betulkan ye.... :)
saya bukan seorang yg kreatif, tetapi kerana minat maka...tarar...
 
Jadi setelah mencari contoh-contoh, dan kemudian mencari reben  
yang sesuai, maka akhirnya saya telah berjaya menyiapkan 80 keping bunga rozet ini....itupun setelah beberapa kali percubaan gagal... betul kata pepatah melayu... usaha tangga kejayaan

Wednesday, September 22, 2010

ekspedisi malam 16 september 2010

apa yang berlaku pada malam 16 september 2010? tahun ni 16hb september adalah hari cuti umum kerana meruapkan hari malaysia....
Seingat minda ini, 16 September 1963 merupakan hari pertama nama Tanah Melayu ditukar kepada nama Malaysia...dan diguna pakai sehingga hari ini. Sebelum ini ianya bukan cuti umum tetapi semenjak Datuk Seri Najib memegang tampuk pimpinan Malaysia dan dengan slogan 1 Malaysia, maka hari ini diangkat sebagai hari cuti umum Malaysia dan merupakan salah satu dari hari-hari bersejarah kepada Malaysia..... sebenanrnya kalau dihayati dan diterokai Sejarah Malaysia dan Tanah Melayu banyak kisah dan cerita-cerita yang tersurat dan tersirat, pengorbanan pelbagai pihak yang perlu dihargai oleh warga muda.... betapa susahnya untuk memperolehi apa yang telah kita perolehi.... Semoga Malaysia berada dibawah payungan rahmat Ilahi dan sentiasa aman dan damai sentiasa aminnnnn.


spa yg kami pergi tu lagi best dari gambar ni...suasananya nyaman je....macam tepi sungai

Tapi sebenarnya bukan nak cerita tu saje...tapi ada cerita lain sebenarnya... waktu tengah rehat2 kat rumah seorang rakan sepejabat telefon, ingat kenapa la ...rupanya bakal pengantin ni ajak teman dia pergi buat inai.... dan g pedicure dan menicure.... dan lepas asar kami..(bertiga tapi bukan nga pengantin lelaki ye... hihihihihi) menjalankan misi... pertama nya pergi ke SPA...dan nasib baik... kakak SPA tu bagitau rupanya kalau nak pakai inai tak sesuai buat Pedicure dan Menicure sebab nanti inai tak lekat..perg nasib baik dia bagitau...kalau tak ,, menangis tak berlagu la bakal pengantin ni nanti...huhuhuhu inai ni penting kan bagi pengantin ... Jadi dia just basuh rambut je.... (aktiviti lain dirahsiakan)

Lepas  maghrib, dalam perjalanan nak pergi kedai inai, tetiba makcik dia telefon suh cari coklat, yang macam mana ntah..jadi kami terus je ke jusco bukit indah cari coklat yang dibayangkan dan buah-buahan.... coklat yang dicari tak jumpa habis stock adapun sikit je separuh pun tak sampai.... last2 beli je coklat apa yang sesuai tapi kat situ je dekat 1 jam setengah... sempat juga tempah kek untuk hantaran kat secret recipe.....lepas tu kitaorg cepat2 g kedai inai tu... tapi malangnya kami dah lewat la.... kedai tu dah tutup, tapi masih bernasib baik bila kedai bawah tu bagi no telefon kakak tu.... membr ni terus telefon dan setelah sesi pujuk memujuk selesai kami bergegas ke rumah kakak tu... dasat kan siap g rumah buat inai... memang dasat la malam tu misi selesai jam 11.30 malam (tak termasuk time aku sampai umah) hihihihihi dan malam ni buat pertama kalinya aku memandu keta member ni yang tak pernah aku pegang streng nya... pertama kali aku memandu keta orang lain...selalunya aku memang mengelak, tapi kali ni memang tak leh nak elak dah..tawakal je la...

Kenduri kahwin? susah rupanya...selama ni menghadiri majlis kahwin nampak macam senang je yela kita sebagai tetamu dan pemerhati je...tapi bila tengok dan terlibat sikit aku dah rasa pergggggggggg susahnya nak kahwin.!!!!!!.. tak leh wat last minit, perlukan persiapan yagn rapi dan teliti.... tapi kekadang aku sendiri pun hairan, kenapa pasangan-pasangan sekarang (terutama client2 I ler) senang-senangn je nak minta cerai, tak menjalankan tanggungjawab dengan baik? mereka tak fikir dan tak ingat ke ye kesusahan mereka sewaktu persiapan perkahwinan dulu? hargailah perkahwinan yang di bina...

Untuk diri ini......  belajar la dari pengalaman mereka.... Dan semoga diri ini akan dapat menyerapi ilmu-ilmu tidak formal ini dengan baik, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.....