Thursday, September 3, 2009

KUIH DULU KUIH CKARANG....

mak ai kecik nye...kuih ni..3 biji RM1.00 maksudnya sebiji Rm0.35 sen... iskkk klu ingat balik zaman kanak-kanak dulu kuih sebiji rm0.10sen pastu naik rm0.20 sen.. dan memang tak jumpa la kuih yg sekecil ni saiznya...carilah kat mana2 kuih besar2 leh bahagi dua....huhuhuhukuih burger malaysia dulu 20 sen siap timun besar leh bahagi dua makan, tapi sekarang timun pon takde pastu sekali masuk mulut dah habis...( ke sebab dulu mulut kecik lagi )hihihihi ntah la........Terpikir plak macam mana ye agaknya saiz kuih muih pada tahun 2020 nanti....agak2 la generasi akan datang dalam erti kata lain anak-anak kita, jumpa tak kuih muih ni..... bimbang kuih muih tradisi ni hilang begitu saje... tak yah tunggu diaorg... diri sendiri ni pon tak pernah makan halwa maskat....... pernah dengar citer mak je..... rugi kan.........

Teringat kenangan masa g berbuka ngan seorang kawan, dia nak beli kuih tapi bila tgk harganya 50 sen sebiji berat rasa nak beli... dah akhirnya dia beli dunkin donate.... hu hu hu kebelakang lagi kuih muih tradisi........ entah la nak salahkan peniaga 100% pon tak leh gak, dah tuntutan sekarang ni memang camtu, material kuih muih tu memang dah naik harga dulu masa kecik tepung sekili 70 sen je sekarang klu tak silap dah dekat rm 3.00... tu tak kira lagi kelapa, lada, gula (yg asal time perayaan je mesti tak cukup) hi hihi, minyak masak etc ..... membuat kan melambung2 harga sebiji kuih....kekadang pelik kan sikap kita kan...kita lebih sangup beli fast food dari makanan tempatan sebab pada kita alang2 mahal baik beli fastfood, jenama import...hihihih takyah cite pasal org lain diri sendiri ni yg selalu buat camtu...

Semoga kuih-kuih tradisi ini tidak akan hilang ditelan zaman... bak kata datuk Hang Tuah " takkan melayu hilang di dunia" dan semoga saiz kuih muih ni takkan menjadi kecik dan terus kecik sampai takde..... hi hi hi