Monday, May 25, 2009

Mengapa Jentayu

MENGAPA JENTAYU?



Mesti ramai yang pelik kenapa suka sangat nama jentayu, atau tak mustahil perkara pertama yang terlintas difikiran, jiwang nye dia ni... tapi bagi aku JENTAYU membawa erti yang begitu besar, membawa keazaman dan semangat mengejar cita-cita dan impian. Entah mengapa aku merasakan jentayu adalah lambang keazaman dan kekuatan dalam mengejar cita-cita.

Jentayu sejenis burung yang sering terdapat di dalam cerita-cerita dan kisah hikayat dan mitos. Adakah jentayu itu wujud? Kebanyakkan pendapat mengatakan Jentayu tidak pernah wujud, ada yang mengambarkan jentayu seperti burung garuda, tetapi mempunyai paruh yang panjang dan leher yang jinjang, sentiasa memandang ke langit menunggu hujan..... Dan ada yang mengatakan ianya seperti flamingo...



Apa yang penting ialah semangat dan kekuatan dalaman yang ada pada jentayu, jika benar jentayu itu besar seperti garuda, tentu sukar baginya untuk terbang tinggi, tetapi jentayu tetap berjaya terbang tinggi, dan jika benar ianya mempunyai paruh yang besar dan labuh ke bawah tentu sukar baginya untuk membawa paruh tersebut, tetapi ianya berjaya .. dan sekiranya ianya seperti burung flamingo tentu sukar baginya untuk mencari makanan dan menundukkan kepalanya ketanah, tetapi dia tetap berjaya mencari makanan........ dalam erti kata lain, walau sukar dan terdapat halangan-halangan semulajadi atau tidak, jentayu tetap dapat terbang tinggi tetap dapat mencari makanan di kawasan rendah dan tetap dapat meneruskan hidupnya dengan baik. disitulah semangat dan kekuatan jentayu yang boleh dijadikan ,motivasi dalam diri.

Bagi aku samaada jentayu itu wujud atau tidak,
namun semangat yang ada mata jentayu tetap menjadi dorongan dan sumber inspirasi dalam aku menempuh onak duri kehidupan ini.

No comments: