Monday, May 25, 2009

PENGALAMAN PERTAMA






13HB MEI yang lalu... satu pengalaman yg tak akan dilupakan..sewaktu menyertai Persidangan Pegawai BBG Malaysia, satu aktiviti yg tak pernah terpikir ialah apabila kami di bawa ke Taman Negara... perjalanan dari Cherating memakan masa hampir 5 jam... sakit gak lah pinggang duk dalam bus tapi tido je kan..hu hu hu hu.....

Tak dapat lupa sangat masa naik bot laju tu.... perg dasat best... sampai basah baju bila air masuk dalam bot..... dan yang tak kan dilupa ialah apabila naik jambatan gantung ....perg gayat..mula2 tak mau naik tapi rasa tak rugi plak klu tak naik...tapi memang menakutkan sejuk kaki ni.... dah akhirnya sampai ke check point kelima ada pintu keluar utk sesape yg tak dapat teruskan...perg pucuk dicita ulam mendatang..apa lagi aku cepat2 turun...tak kisah la lepas tu aku kena redah hutan tu sorang2 ...ke bawah dari aku kena teruskan perjalanan yg menakutkan tu...... tapi apapun best....
deras kan air sungai ni....


ni la tiket utk naik jambatan gantung tu... infonya ini adalah jambatan gantung terpanjang di asia tenggara ke dunia erk ( lupa lah......)

lagi satu yg best....makan tepi kat restoren terapung best...tapi tak dapat nak juntai kaki dalam sungai klu dapat mesti lagi best.... lauk dia pergggg marvelous sedap ikan patin masak tempoyak...(alamak lapar plak) hu hu hu

Apapun... memang seronok sangat and boleh dikatakan enjoy tak dapat diluahkan dengan kata-kata.hu huh uhu..walau jadual sangat padat tapi seronok....asyik makan besar je (sebenarnya tu yg paling best) hahahaha sampai muka jadi tembam.... bye cherating@pahang.... thanks kerana memberikan kenangan terindah disini....


pemandangan pantai Cherating dari bilik di Legend Beach Resort (memang classs)









Mengapa Jentayu

MENGAPA JENTAYU?



Mesti ramai yang pelik kenapa suka sangat nama jentayu, atau tak mustahil perkara pertama yang terlintas difikiran, jiwang nye dia ni... tapi bagi aku JENTAYU membawa erti yang begitu besar, membawa keazaman dan semangat mengejar cita-cita dan impian. Entah mengapa aku merasakan jentayu adalah lambang keazaman dan kekuatan dalam mengejar cita-cita.

Jentayu sejenis burung yang sering terdapat di dalam cerita-cerita dan kisah hikayat dan mitos. Adakah jentayu itu wujud? Kebanyakkan pendapat mengatakan Jentayu tidak pernah wujud, ada yang mengambarkan jentayu seperti burung garuda, tetapi mempunyai paruh yang panjang dan leher yang jinjang, sentiasa memandang ke langit menunggu hujan..... Dan ada yang mengatakan ianya seperti flamingo...



Apa yang penting ialah semangat dan kekuatan dalaman yang ada pada jentayu, jika benar jentayu itu besar seperti garuda, tentu sukar baginya untuk terbang tinggi, tetapi jentayu tetap berjaya terbang tinggi, dan jika benar ianya mempunyai paruh yang besar dan labuh ke bawah tentu sukar baginya untuk membawa paruh tersebut, tetapi ianya berjaya .. dan sekiranya ianya seperti burung flamingo tentu sukar baginya untuk mencari makanan dan menundukkan kepalanya ketanah, tetapi dia tetap berjaya mencari makanan........ dalam erti kata lain, walau sukar dan terdapat halangan-halangan semulajadi atau tidak, jentayu tetap dapat terbang tinggi tetap dapat mencari makanan di kawasan rendah dan tetap dapat meneruskan hidupnya dengan baik. disitulah semangat dan kekuatan jentayu yang boleh dijadikan ,motivasi dalam diri.

Bagi aku samaada jentayu itu wujud atau tidak,
namun semangat yang ada mata jentayu tetap menjadi dorongan dan sumber inspirasi dalam aku menempuh onak duri kehidupan ini.

Sunday, May 17, 2009

Akhirnya......


USAHA LIF KEJAYAAN HI HI HI
Hai... akhirnya setelah 2-3 hari aku menelek camne nak buat blog ni... dan sekali percubaan yang gagal (sebenarnya taklah gagal tapi aku rasa skema sgt la blog tu) walau sebenarnya blog ni pun skema gak huhuhuhuhuhu :)) dan akhirnya inilah hasilnya... maybe ianya tak secantik atau secanggih blog lain tapi tanpa langkah permulaan ini semestinya aku takkan mampu mempunyai blog yang menarik tertarik dan deboom satu har nanti... seronoknyaaaaaaaaa :))