Saturday, December 19, 2009

salam maal hijrah

Assalamualaikum semua........ lama dah tak post sesuatu kat blog ni.... kengkangan masa dan keletihan menyebabkan seperti kekeringan idea.... :) sempena tahun baru hijriah, 1431 hijrah ni nak ucapkan kepada semua... semoga kehadiran tahun baru ni akan memberi 1001 kebahagian, rezeki dan ketenangan kepada diri ini dan semua... dan semoga dapat mempertingkatkan kelemahan diri dan melunaskan segala azam yg belum terlaksana...(byk tak erk azam yg lum terlunas lagi?)
Sempena maal hijrah ni, kat Jb ni ada program yg dianjur oleh Jabatan Agama Johor...dan sebagai mengisi kekosongan aktiviti saje je la menghadiri program kat situ... so far ok..byk gak pengisian dan ilmu yg diperolehi.......
Salam maal hijrah utk semua....

Saturday, November 21, 2009

JOM MENABUNG...


Hai rasanya lama dah tak melepak kat blog ni..hihihi bz ngan keje dan senario sekeliling menyebabkan masa 24jam tu macam 2 jam je.... Ahad yang lalu teman rakan serumah ke Angsana, singgah disemua kedai menjual perhiasan dalaman rumah...best........rasa tak nak balik.... pusing2 terpandang satu tabung ni cantik.... ermmm boleh la letak duit syiling yg ada... sambil tu leh gak menabung...


Tambahan plak dalam keadaan ekonomi sendiri yg belum boleh dikategori kan selamat....ada baiknya menabung...sekurangnya ada gak la tempat nak mengorek bila terdesak nanti.... hi hi hi..
menabung ni bagus utk masa depan yg lebih gemilang...so berhati-hati dengan kewangan kita berhadapan dengan "Year End Sale"...hi hi hi
SELAMAT MENABUNG!!!

Thursday, September 3, 2009

KUIH DULU KUIH CKARANG....

mak ai kecik nye...kuih ni..3 biji RM1.00 maksudnya sebiji Rm0.35 sen... iskkk klu ingat balik zaman kanak-kanak dulu kuih sebiji rm0.10sen pastu naik rm0.20 sen.. dan memang tak jumpa la kuih yg sekecil ni saiznya...carilah kat mana2 kuih besar2 leh bahagi dua....huhuhuhukuih burger malaysia dulu 20 sen siap timun besar leh bahagi dua makan, tapi sekarang timun pon takde pastu sekali masuk mulut dah habis...( ke sebab dulu mulut kecik lagi )hihihihi ntah la........Terpikir plak macam mana ye agaknya saiz kuih muih pada tahun 2020 nanti....agak2 la generasi akan datang dalam erti kata lain anak-anak kita, jumpa tak kuih muih ni..... bimbang kuih muih tradisi ni hilang begitu saje... tak yah tunggu diaorg... diri sendiri ni pon tak pernah makan halwa maskat....... pernah dengar citer mak je..... rugi kan.........

Teringat kenangan masa g berbuka ngan seorang kawan, dia nak beli kuih tapi bila tgk harganya 50 sen sebiji berat rasa nak beli... dah akhirnya dia beli dunkin donate.... hu hu hu kebelakang lagi kuih muih tradisi........ entah la nak salahkan peniaga 100% pon tak leh gak, dah tuntutan sekarang ni memang camtu, material kuih muih tu memang dah naik harga dulu masa kecik tepung sekili 70 sen je sekarang klu tak silap dah dekat rm 3.00... tu tak kira lagi kelapa, lada, gula (yg asal time perayaan je mesti tak cukup) hi hihi, minyak masak etc ..... membuat kan melambung2 harga sebiji kuih....kekadang pelik kan sikap kita kan...kita lebih sangup beli fast food dari makanan tempatan sebab pada kita alang2 mahal baik beli fastfood, jenama import...hihihih takyah cite pasal org lain diri sendiri ni yg selalu buat camtu...

Semoga kuih-kuih tradisi ini tidak akan hilang ditelan zaman... bak kata datuk Hang Tuah " takkan melayu hilang di dunia" dan semoga saiz kuih muih ni takkan menjadi kecik dan terus kecik sampai takde..... hi hi hi

Thursday, August 27, 2009

PERTANDINGAN BOWLING

19HB OGOS 2009, office telah mengadakan pertandingan bowling antara staf.... (sebenarnye utk suka-suka) kita org main kat Pusat Bowling Danga CIty Mall,


Mula-mula ingat tak mau join, yelah baru balik dari Kluang program Klinik Guaman dan Undang-undang, esok plak ada kes kat Kota Tinggi, rasa macam lepak plak, tapi rasa rugi plak klu tak join... so lupakan sekejap letih tu dan pergi join bowling tu...


Yang paling kelakor, disebabkan ada sorang member ni tak bawa baju lain, dan ajak teman dia main pakai baju kurung, dan sebab malas nak tukar baju, aku setuju je jadi hari tu main pakai baju kurung, ala-ala ayu gitu....huhuhuhuhhu


Walaupun tak strike, tapi oklah yg penting bukan no last...aku klu main selalunya bernasib baik sebab tak dapat no last...... tapi nak bernasib baik dapat no satu tu jgn mimpi la...tak pernah..tapi sape tahu kan satu hari nanti....... well....


Lepas main bowling, lepas solat magrib...kita org empat org yg masih solo ni pergi makan malam sebelum balik...tapi yg kelakarnye nak keluar ke jalan skudai tu terpusing2 kat bandar JB tu dekat setengah jam sampai tersesat masuk lorong SEk Men Agama Al-ALtas( rasa takut masa lalu situ, sebab pagar sekolah tu adalah penghujung jalan tu, pagar dia besi dan tinggi tu yg rasa seraqm macam dalam citer seram) hi hi hi well akhirnya dapat juga cari jalan ke jalan skudai, kitaorg makan kat Restoren Agus Taman Universiti, sebab pstu terus nak hantar nini balik kat Mutiara Rini.

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Datang Ramadan


Aik kejap je dah 4 ramadhan..... rasa macam baru je dengar pengumuman puasa..... mungkin betul diakhir zaman ni waktu bergerak pantas tanpa disedari..... hari pertama ramadhan , berbuka puasa bersama keluarga dikampung, semua balik kecuali angah... terasa juga ketiadaan angah yelah takde org nak ajak gaduh pastu takde org nak bahagi kerja huhuhuhuhu semua kena buat sendiri.... rasa seronok dapat berbuka sama-sama keluarga.... masa ni terpikir indah dan bahagianya saat-saat bersama orang-orang yang kita sayangi...


Semalam, 3ramadhan berbuka puasa di Bazar Ramadhan Angsana Johor Bharu.... takde gambar la.. sebab nye segan nak snap gambar..klu tak boleh gak kan share ngan semua... tapi memang meriah gaklah.... beli-beli makanan dan kemudia ada disediakan canopy untuk makan.... seronok gak.. hi hi hi macam makan kat kenduri kawin bezanya makan makanan sendiri... nasi bungkus..hu hu hu


Dan paling bertuah lagi , rumah sewa dekat dengan masjid bandar baru uda, senang klu nak g terawih.... dari bilik pon dah dengar suara imam...


Semoga ramadhan tahun ini akan memberikan satu kenikmatan dan kemanisan iman dalam diri ini, amin... kepada rakan-rakan salam ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dan maaf zahir da batin..

Sunday, August 2, 2009

Tercapai Impian Zaman Kanak-kanak...


video

Perancangan awal minggu ni nak balik kampung ...tapi atas beberapa sebab yg tak dapat dielakkan tk dapat balik minggu ni..tapi takpelah dah amik cuti 10hb ni so leh la balik lama sikit....

Petang-petang rasa boring mana erk nak g tanpa perlu keluarkan duit...hahahahha dan teringat impian yg belum tercapai sejak aku berusia 10 tahun... ni semua gara-gara novel: Erliza yg aku baca.... aku teringin sangat nak pergi Taman Jepun... tapi tak tahu kat mana..... dan setelah mendapat sedikit info daripada seseorang.... dapat la jumpa taman jepun ni.... masa mula-mula sampai aku tercari-cari signboard taman jepun tapi takde pon yang ada hanya "Kebun bunga Istana Kerajaan Johor" betul ke ni... dan kalau ini la tempat yang dimaksudkan aku tahula ... pernah pergi ngan officemate tapi tak masuk dalam kat luar je masa tu.... rupanya betulla ini lah taman jepun yang menjadi impian.... well impian diusia 10 tahun tercapai pada umur sekarang.... kira ok la kan dari tak tercapai langsung...alhamdulillah.. bila masuk je kawasan taman.... cheng cheng....subhanaallah cantiknya........segar nyaman sgt kat situ..... cantik sgt... dan yang paling tak sangka...taman ni dekat sgt ngan office (sebelah je ngan bangunan kwsp tu)

.... dan dah banyak kali lalu depan taman ni.... memang lucu.... mungkin betul belum tiba masanya lagi Allah tentukan untuk ke sana.... dilewatkan mungkin supaya diri ini lebih bersyukur.....Alhamdulillah..

klu dilihat dari luar tadi...rasa macam taknak masuk sebab rasa macam tak best pon, tapi bila dah masuk rasa tak nak balik pula.... tula betul kata pepatah inggeris "dont judge the book by its cover" samalah macam ni.....

dan dari atas ni nampak Singapura, walau pun tak berapa jelas tapi nampak la.... dan nampak jb waterfront yg dah tak digunakan...rasa sayang plak bangunan yg dulunya gah kini dibiarkan kosong... semoga satu hari nanti ada pihak yg akan mengambil inisiatif memajukannya kembali..... saje je amik gambar waterfront tu dari celah pokok.... sebab nanti bila datang lagi nak gambar kat celah2 pokok tu......(susah klu org ada cita2 nak jadi model dulu ni hu hu hu) Dan yang hepi nye... g sini dapat 1001 kepuasan + ketenangan+ sesuatu pengajaran yg masih tersirat dan perlu difikirkan kelak+ jimat tak kuar duit (kecuali duit minyak la) = memori terindah........ Dan ketahuilah bahawa tersemat dihati ini...ini bukan kali pertama dan terakhir kaki ini menjejaki Taman Jepun ini.... Insyaallah..



Monday, June 1, 2009

DIA YG DICARI.....


Rasa insaf bila baca ayat-ayat tersebut, tapi bermakna kan kata-kata tu..... semoga ianya menjadi doa diriku dan dimakbulkan Allah ...amin

Monday, May 25, 2009

PENGALAMAN PERTAMA






13HB MEI yang lalu... satu pengalaman yg tak akan dilupakan..sewaktu menyertai Persidangan Pegawai BBG Malaysia, satu aktiviti yg tak pernah terpikir ialah apabila kami di bawa ke Taman Negara... perjalanan dari Cherating memakan masa hampir 5 jam... sakit gak lah pinggang duk dalam bus tapi tido je kan..hu hu hu hu.....

Tak dapat lupa sangat masa naik bot laju tu.... perg dasat best... sampai basah baju bila air masuk dalam bot..... dan yang tak kan dilupa ialah apabila naik jambatan gantung ....perg gayat..mula2 tak mau naik tapi rasa tak rugi plak klu tak naik...tapi memang menakutkan sejuk kaki ni.... dah akhirnya sampai ke check point kelima ada pintu keluar utk sesape yg tak dapat teruskan...perg pucuk dicita ulam mendatang..apa lagi aku cepat2 turun...tak kisah la lepas tu aku kena redah hutan tu sorang2 ...ke bawah dari aku kena teruskan perjalanan yg menakutkan tu...... tapi apapun best....
deras kan air sungai ni....


ni la tiket utk naik jambatan gantung tu... infonya ini adalah jambatan gantung terpanjang di asia tenggara ke dunia erk ( lupa lah......)

lagi satu yg best....makan tepi kat restoren terapung best...tapi tak dapat nak juntai kaki dalam sungai klu dapat mesti lagi best.... lauk dia pergggg marvelous sedap ikan patin masak tempoyak...(alamak lapar plak) hu hu hu

Apapun... memang seronok sangat and boleh dikatakan enjoy tak dapat diluahkan dengan kata-kata.hu huh uhu..walau jadual sangat padat tapi seronok....asyik makan besar je (sebenarnya tu yg paling best) hahahaha sampai muka jadi tembam.... bye cherating@pahang.... thanks kerana memberikan kenangan terindah disini....


pemandangan pantai Cherating dari bilik di Legend Beach Resort (memang classs)









Mengapa Jentayu

MENGAPA JENTAYU?



Mesti ramai yang pelik kenapa suka sangat nama jentayu, atau tak mustahil perkara pertama yang terlintas difikiran, jiwang nye dia ni... tapi bagi aku JENTAYU membawa erti yang begitu besar, membawa keazaman dan semangat mengejar cita-cita dan impian. Entah mengapa aku merasakan jentayu adalah lambang keazaman dan kekuatan dalam mengejar cita-cita.

Jentayu sejenis burung yang sering terdapat di dalam cerita-cerita dan kisah hikayat dan mitos. Adakah jentayu itu wujud? Kebanyakkan pendapat mengatakan Jentayu tidak pernah wujud, ada yang mengambarkan jentayu seperti burung garuda, tetapi mempunyai paruh yang panjang dan leher yang jinjang, sentiasa memandang ke langit menunggu hujan..... Dan ada yang mengatakan ianya seperti flamingo...



Apa yang penting ialah semangat dan kekuatan dalaman yang ada pada jentayu, jika benar jentayu itu besar seperti garuda, tentu sukar baginya untuk terbang tinggi, tetapi jentayu tetap berjaya terbang tinggi, dan jika benar ianya mempunyai paruh yang besar dan labuh ke bawah tentu sukar baginya untuk membawa paruh tersebut, tetapi ianya berjaya .. dan sekiranya ianya seperti burung flamingo tentu sukar baginya untuk mencari makanan dan menundukkan kepalanya ketanah, tetapi dia tetap berjaya mencari makanan........ dalam erti kata lain, walau sukar dan terdapat halangan-halangan semulajadi atau tidak, jentayu tetap dapat terbang tinggi tetap dapat mencari makanan di kawasan rendah dan tetap dapat meneruskan hidupnya dengan baik. disitulah semangat dan kekuatan jentayu yang boleh dijadikan ,motivasi dalam diri.

Bagi aku samaada jentayu itu wujud atau tidak,
namun semangat yang ada mata jentayu tetap menjadi dorongan dan sumber inspirasi dalam aku menempuh onak duri kehidupan ini.

Sunday, May 17, 2009

Akhirnya......


USAHA LIF KEJAYAAN HI HI HI
Hai... akhirnya setelah 2-3 hari aku menelek camne nak buat blog ni... dan sekali percubaan yang gagal (sebenarnya taklah gagal tapi aku rasa skema sgt la blog tu) walau sebenarnya blog ni pun skema gak huhuhuhuhuhu :)) dan akhirnya inilah hasilnya... maybe ianya tak secantik atau secanggih blog lain tapi tanpa langkah permulaan ini semestinya aku takkan mampu mempunyai blog yang menarik tertarik dan deboom satu har nanti... seronoknyaaaaaaaaa :))